“Lepas Tu Kau Nak Makan Apa?” – Salesman Kereta Risau Ramai Gen Z Bergaji RM1,700 Nak Beli Mazda 3
Menurut jurujual dikenali sebagai Waibimazda itu, bulanan pinjaman yang perlu dibayar untuk Mazda 3 sahaja sudah mencecah RM1,200.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap daripada kita sudah tentu mempunyai cita-cita dan impian masing-masing sebagai contoh memiliki kediaman sendiri, kereta mewah, pekerjaan tetap yang stabil dan sebagainya.
Pun begitu, masih ramai khususnya golongan muda yang tidak berpijak di dunia yang nyata iaitu dengan melaburkan wang simpanan yang terhad untuk barangan mewah. Kadangkala, mereka tidak perlukan pun barang itu, tetapi disebabkan pengaruh rakan sebaya mereka terlupa tentang kesan buruknya.
Yelah kita sepatutnya boleh membezakan antara keperluan dan kehendak. Akhir sekali, barangan yang mewah itu yang akan ‘makan’ diri sendiri. Nak menyesal pun dah terlambat.
Baca Artikel Berkaitan: Jurujual Kongsi Ragam Majoriti Anak Muda, Mahu Beli Kereta Tak Ikut Poket Sendiri Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Selera Besar”- Nak Beli Mercedes A45S Dengan Gaji RM3,000, Pelanggan Ini Buat Penjual Kereta Tepuk Dahi
Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Faktor Golongan Muda ‘Blacklist’ Awal
Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang
Jurujual Bimbang Lihat Trend Kini, Dakwa Ramai Anak Muda Mahu Beli Kereta Mewah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang jurujual kereta dikenali sebagai Waibimazda berkongsi kerenah ramai golongan anak muda kini yang tidak berfikir jauh sebelum mahu membuat pinjaman bagi membeli kereta baharu.
Jelasnya, ramai golongan Gen Z dengan gaji bersih RM1,700 mahu membeli model kereta Mazda 3. Walaupun caj bulanan yang perlu dibayar hanya RM1,200, namun dengan baki RM300 (selepas penolakan caruman KWSP) untuk menampung kos sara hidup selama sebulan dikatakan tidak mencukupi.
“Tak boleh la macam tu. RM1,700 basic. Tolak caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja jadi) RM1,500. Kalau bulanan Mazda 3 RM1,200, tinggal RM300. Matcha je 25 cawan. Lepas tu kau nak makan apa?
“Ha! Tak boleh la dik! Tak apa pasangkan niat, kerja keras lagi. Satu hari nanti korang bolehlah pakai Mazda 3. Nak lagi mudah senang je, korang tag je mak korang cakap, ‘Mak nak Mazda 3’,” katanya.
Menerusi semakan kami, harga Mazda 3 di Malaysia untuk model Sedan 2025 adalah dari RM118,900 (1.5G High Plus) hingga RM165,000 (2.0L High Plus).

Terpaksa Block Nombor Kerana Ramai Sangat Gen Z Dengan Gaji Rendah Mahu Beli Mazda 3
Oleh disebabkan permohonan yang terlalu tinggi, jurujual tersebut terpaksa menyekat nombor individu bergaji RM1,700 yang mahu membeli model Mazda 3.
Buat mereka yang mahu mengumpul duit bagi mendapatkan kereta idaman itu, Waibimazda memberi pesanan agar membuat simpanan dan mengawal nafsu daripada membeli segala keinginan yang tidak diperlukan.
“Kawal nafsu minum matcha, saya akan awal-awal ucapkan, ‘Tahniah Mazda 3 milik sis’,” katanya.
@waibimazda Kepada GenZ gaji yang bergaji RM1,700, ni Abang B nak pesan 🙏🏻😄 #mazda3 #waibimazda ♬ original sound – waibimazda
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terkejut Anak Muda Bergaji RM1,700 Berani Submit Loan Kereta Mewah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mempersoal tindakan anak muda yang mahu membeli kereta mewah walaupun baru sahaja memasuki alam pekerjaan dengan gaji yang rendah.
“Dik, akak gaji RM7,000 sebulan. Pergi kerja naik Axia je. Nak buat pinjaman Mazda 3 fikir 70 kali. Bukan kedekut dik, tapi tak nak la sengkek hujung-hujung bulan,” kata seorang netizen.
“Orang gaji RM7,000 pun pakai Ativa dik oi. Malas nak fikir maintenance pakai kereta mahal-mahal. Tiap bulan akan nak makan sedap-sedap,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.
Namun bukan semua di kalangan anak muda yang mempunyai ragam sama, ramai juga yang bijak melakukan pilihan tepat berdasarkan kemampuan masing-masing.
“Nasib baik saya Gen Z lanjut yang sedar diri gaji RM1,700 pakai Myvi terpakai,” kata seorang lagi individu.







Baca Artikel Berkaitan: Siap Minta Diskaun! Jurujual Kongsi Ragam Gen Z, Gaji Bersih RM1,700 Tapi Nak Beli Honda Civic FL1 Berharga RM163K
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tiada Rumah & Kereta Mewah. Aset Saya Cuma Kilang Sambal Nyet Je” – Khairul Aming
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Rugi” – G Wagon RM1.45 Juta Dibeli Lelaki Ini 3 Tahun Dulu Kini Dapat Dijual RM670,000 Sahaja

