Lelaki Minta Ibu Bapa Pantau Konten Kanak-kanak Di Media Sosial, Ada Lagu Tunjuk Contoh Tak Baik [Video]
Menerusi video animasi itu lagu yang dinyanyikan membawa maksud yang tidak baik serta tidak bersesuaian untuk anak-anak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan dunia teknologi yang semakin maju pada masa kini banyak memudahkan urusan harian setiap individu termasuklah dalam bidang pendidikan dan juga hiburan.
Malah ramai menggunakan aplikasi seperti YouTube dan sebagainya untuk memudahkan anak belajar.
Namun setiap kandungan yang ditonton oleh anak-anak perlulah ditapis kerana bimbang mereka melihat perkara yang tidak sepatutnya sekali gus boleh menjejaskan pemikiran dan tingkah laku si kecil.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ayah Perlu Bijak, Ini Cara Pilih Mainan Yang Boleh Membantu Rangsang Minda & Fizikal Anak
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ayah Kena Cakna, Ini 3 Tanda Anak Anda Mungkin Alami Brain Rot [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ayah Gen Z Kurang Membaca Kepada Anak, Anggap Hanya Sebagai Subjek Pembelajaran
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Anak Suka Main Game Online Guna Gajet? Pakar Perjelas Boleh Wujud Risiko Gangguan Mental [Video]
Lelaki tegur ibu bapa untuk pantau kandungan di tonton oleh anak-anak
Baru-baru ini seorang lelaki telah bertindak menegur semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak khususnya yang masih kecil untuk memantau konten yang ditonton.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Shamir Rajadurai di TikTok mengatakan ibu bapa perlu beri perhatian kepada kandungan yang ditonton oleh anak-anak.
Malah Shamir turut menunjukkan satu video YouTube memaparkan animasi sedang menyanyi lagu yang membawa maksud tidak sepatutnya.
Kartun nyanyi lagu bawa maksud tak baik
Dedahnya dalam video itu, kelihatan kartun berkenaan menyanyikan lagu menceritakan kecurangan ibunya sewaktu bapa pergi bekerja.
Lagu tersebut mempunyai ritma seperti lagu kanak-kanak dan ceria namun maksud dan jalan cerita muzik video itu tidak membawa makna yang baik.
“Itulah guys, awak perlu berhati-hati, banyak video macam ni. Jadikan anda tahu apa yang anak-anak kamu tonton online dan kawal aktiviti dalam talian mereka,” katanya.
@shamir.rajadurai pastikan kamu perhatikan apa yg anak kamu tonton online. #fyp #anak #online #safety #parents
♬ original sound – Shamir Rajadurai – Shamir Rajadurai
Ramai kecam kandungan bawa maksud tak baik dan ajar perkara tak sepatutnya
Melihat di ruangan komen ramai yang mengecam kandungan tersebut serta meminta orang ramai untuk menyekatnya.
Malah ada yang mengatakan mereka sanggup membayar aplikasi yang khas memuat naik kandungan khas untuk kanak-kanak seperti durioo+ untuk ditonton oleh anak-anak.
Ada juga menyifatkan kartun yang dipertontonkan nampak begitu baik namun liriknya begitu mengejutkan orang ramai sehingga ada yang mengelarnya sebagai cubaan ‘brain wash kids’.
“Ini dinamakan ‘brain wash kids’. Dia akan tak nampak pemikiran untuk anak-anak sejak kecil lagi sehingga dewasa akan jadi normalisasi”

“Menteri Media dan Komunikasi tak nak pula sekat video macam ni”

“Saya tak ajar anak main telefon. Tengok cerita dekat televisyen. Itu pun saya beli pendrive yang sudah banyak cerita kartun dalam tu.”

“Kanak-kanak dilarang untuk mempunyai atau menonton telefon sehingga mereka sekurang-kurangnya berusia 16 tahun. Ibu bapa sila jalankan tanggungjawab anda. Kami faham anda sibuk, dan kanak-kanak bosan tetapi ada perkara lain seperti buku dan kerja rumah.”




