Now Reading
Bekas Intern Dakwa Ada Staf Housekeeping Malas Tukar Cadar, Guna Tuala Tetamu Lap Tandas & Jamban

Bekas Intern Dakwa Ada Staf Housekeeping Malas Tukar Cadar, Guna Tuala Tetamu Lap Tandas & Jamban

Dakwa bekas pelatih praktikal itu, sebuah hotel 4 bintang di Pulau Pinang sebelum ini menggunakan tuala yang sudah digunakan tetamu untuk menyental mangkuk tandas yang basah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali membuat tempahan di sesebuah hotel ataupun rumah inap, sudah tentu kita mengharapkan perkhidmatan tip-top dan memuaskan yang berbaloi dengan harga dibayar.

Namun masih ada juga tetamu yang berdepan dengan masalah kebersihan semasa menginap akibat kecuaian pihak hotel. Perkara itu bukan sahaja menjatuhkan imej tempat penginapan tetapi juga membuatkan tetamu rasa kesal dan hilang mood untuk bercuti serta berehat dengan santai.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelancong Jumpa 10 Ekor Lipas Dalam Bilik Hotel, Sanggup Check-out Tengah Malam Sebab Geli

Baca Artikel Berkaitan: “Masa Booking Lawa” – Wanita Kongsi Pengalaman, Dapat Homestay Kotor Ketika Bercuti Di Langkawi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tetamu Kecewa Bilik Resort Kotor, Pihak Pengurusan Mohon Maaf & Bakal Bayar Ganti Rugi

Bekas Intern Dedah Sisi Gelap Industri Perhotelan

Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang individu mendedahkan sisi gelap industri perhotelan yang dilihatnya semasa menjalani latihan praktikal di dua buah hotel berbeza sebelum ini.

Dakwanya, dia terkejut apabila pekerja housekeeping dari sebuah hotel rating 4 bintang di Pulau Pinang tidak menitikberatkan isu kebersihan bilik tetamu. Seperti yang kita tahu, staf akan mengemas dan membersihkan setiap sudut bilik dengan rapi sebelum tetamu baharu daftar masuk (check-in).

Namun lain pula yang terjadi di hotel terbabit. Dakwanya, seorang staf warga asing memintanya untuk lap setiap ruangan yang basah di dalam tandas menggunakan tuala yang sudah dicampak oleh tetamu. Ini termasuklah tab mandi, lantai tandas dan juga mangkuk tandas.

“SOP kena keringkan dan bersih + lain warna kain bermakna lain lah fungsi dia. Staf tu pun cakap ambil saja kain itu sambil tunjuk kepada tuala yang tetamu dah sepuk atas lantai. Kita pun apa lagi. Tapi sebab kita intern, ambil je lah buat lap mangkuk tandas, tab mandi dan tenyeh-tenyeh lantai tandas tu bagi kering,” dakwanya.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Staf Hotel Di KL Tidak Tukar Cadar Bilik Walau Sudah Digunakan

Pengalaman kurang senang bekas intern tersebut tidak terhenti di situ. Dakwanya, isu kebersihan lain pula yang berlaku di sebuah hotel 3 bintang di Kuala Lumpur.

Selain membersihkan tandas, staf hotel ditugaskan untuk menukar cadar tetamu. Bagaimanapun dakwanya, seorang pekerja di hotel terbabit hanya memintanya mengemas cadar yang terselak, dan bukan menukarnya.

“Sebelah (katil) tak usik manakala sebelah lagi ada kesan orang tidur. Selimut dah tersingkap tetapi bersih la. Tak renyuk, kita pun siap sedialah nak cabut cadar semua. Tiba-tiba staf tu cakap jangan, biarkan sahaja.

“Dia cakap, ‘You kasi kasi kemas sahaja, tarik bagi tegang dan tepuk-tepuk sikit bantal’. Lagi sekali mak (saya) terkejut. Persoal juga tanya ni kan kesan orang dah tidur? Dia balas, ‘Dia tidur sikit-sikit sahaja, tak kotor tak payah. Tandas pun kasi lap dan flush sahaja’,” dakwanya lagi.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Minta Tetamu Hotel Biarkan Bilik Hotel Yang Sudah Berselerak

Disebabkan kejadian itu, individu berkenaan meminta orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar pihak hotel tidak mengambil kesempatan. Situasi yang selalu berlaku setiap kali menginap di hotel adalah sesetengah tetamu akan bertindak membersihkan bilik sebelum meninggalkannya.

Segelintir daripada mereka mahu memudahkan tugas para pekerja. Namun perbuatan itu dikatakan akan menyebabkan sesetengah staf hotel curi tulang dan tidak membersihkan bilik dengan rapi.

“Jadi kalau kakak dan abang-abang yang suka kemas balik katil, lipat-lipat sebelum check-out, baik jangan! Ini adalah kesempatan untuk mereka tak tukar cadar.

“Adalah lebih bagus kalau akak abang terus tarik cadar, selimut semua longgok dekat lantai sekali dengan tuala. Lebih mudah, diorang masuk terus angkut je letak dalam tong kotor,” pesannya.   

View on Threads

Orang Ramai Terkejut Dengan Servis Pembersihan Yang Teruk Di Hotel

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut berkongsi pengalaman buruk mereka semasa menginap di hotel sebelum ini.

“Baru check-in hotel. Suami nak pakai jubah mandi (bathrobe), seluk poket ada lighter. Terus eww. Tak nak dah pakai jubah mandi lepas ni,” kata seorang pengguna Threads.

Sementara itu, seorang pekerja housekeeping turut mendedahkan perkara sama yang berlaku ketika bertugas di sebuah vila terkenal.

“Saya kerja dekat vila popular dan hotel tumpuan ramai, 5 star. Tetapi kami diarahkan untuk tidak tukar cadar jika tiada kotoran, walaupun berbau kami sembur sahaja.

“Cawan-cawan lap menggunakan tuala yang diguna buat lap singki dan mangkuk jamban. Dengan diri sendiri dan keluarga pun saya selalu nasihat jangan guna barang diorang (hotel),” dakwa seorang wanita.

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Bayar RM4,500 Satu Malam” – Lelaki Kecewa, Dakwa Fasiliti Hotel 5 Star Teruk & Kurang Memuaskan

Baca Artikel Berkaitan: Kisah Tetamu Minta Tuala Homestay Yang Kotor Selepas Deposit Ditolak Cetus Perdebatan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Saya Kena Tanggung RM100?” – Wanita Bengang Dituduh Pecahkan Pasu Ketika Menginap Di Homestay

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.