“Wah Siap Berkaki Ayam” – Ramai Puji CEO Batu Pantas Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Raya [Video]
Dalam video terbabit, jelas kelihatan CEO Batu yang hanya berkaki ayam berjalan di tengah jalan raya untuk membantu mengalihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah beberapa bulan kita tidak melihat konten-konten daripada influencer muda, CEO Batu selepas dia ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun sekitar bulan Mei lalu.
Dia didakwa menghantar mesej lucah kepada gadis berkenaan dengan menunjukkan parut kesan pembedahan apendiks di bahagian bawah perutnya.
Tidak hanya itu, CEO Batu atau nama sebenarnya Muhamamd Iqbal Muhamad Nor, 22, turut menghadapi pertuduhan menyimpan video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya, namun tertuduh mengaku tidak bersalah.
Tular CEO Batu pantas bantu mangsa kemalangan jalan raya
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan CEO Batu membantu mangsa kemalangan di sebuah kawasan persimpangan lampu isyarat.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang wanita di akaun TikTok miliknya @lahpul4k yang kebetulan berada di dalam kereta berdekatan kawasan kemalangan itu.
“Siapa kata CEO Batu jahat, dengan tak pakai kasut dia boleh tolong orang ‘accident’,” kata wanita itu.
CEO Batu didakwa berlari bantu mangsa kemalangan
Menurut wanita itu, semasa kemalangan berlaku dia melihat seorang lelaki berlari dengan pantas untuk membantu mangsa dan tidak menyangka bahawa individu itu adalah CEO Batu.
Dalam video terbabit, jelas kelihatan CEO Batu yang hanya berkaki ayam berjalan di tengah jalan raya untuk membantu mengalihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat.
“Kemalangan di lampu isyarat berdekatan Ibu Pejabat Bomba, terkejut tengok ada seorang abang ini lari laju gila datang tolong akak itu (mangsa kemalangan), tak sangka pula abang itu CEO Batu,” tulisnya di kapsyen.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana kemalangan itu berlaku.
@lahpul4k accident dkt traffic light ibu pejabat bomba..terkejut tngk ada sorng abg ni lari laju gila mai tlong akak tu..tak expect pulak abg tu CEO BATU..
♬ original sound – 𝓋𝒾𝓇𝑔ℴ ♍︎
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang akui CEO Batu sememangnya seorang yang baik
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.
Kebanyakan pengguna TikTok memberi pujian kepada CEO Batu yang pantas dan tidak teragak-agak untuk membantu mangsa yang terlibat kemalangan.
Tidak kurang juga beberapa netizen yang mengakui bahawa influencer terbabit sememangnya seorang yang baik dan rajin membantu.




Baca Artikel Berkaitan: CEO Batu Ditahan Polis Selepas Tular Dakwaan Hantar Mesej Lucah Kepada Remaja Bawah Umur
Baca Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Ajuk Cakap Jepun & Buat Mata Sepet, TikTokers Buat Permohonan Maaf [Video]



