fbpx
Now Reading
Puma Lancar 3rd Kit Harimau Malaya, Bawa Tema ‘Bangkit Bersama’ [Foto]

Puma Lancar 3rd Kit Harimau Malaya, Bawa Tema ‘Bangkit Bersama’ [Foto]

Jersi Ketiga PUMA x FAM Harimau Malaya kini boleh didapati pada harga RM319 di kedai dan lawan web PUMA serta kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

PUMA Malaysia, melalui kerjasama berterusan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam (4 Disember) telah melancarkan Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 yang menggabungkan inovasi prestasi dengan elemen reka bentuk moden dan segar. Pelancaran ini melengkapkan rangkaian jersi musim 2025, susulan pengenalan Jersi ‘Home’ dan ‘Away’ pada awal tahun ini.

“Tema bagi Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 ialah ‘Bangkit Bersama’ yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu terhadap bola sepak negara.

“Edisi ini turut mengetengahkan padanan warna yang baru bersama corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia — keberanian, kekuatan dan aspirasi terhadap kecemerlangan,” kata Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan.

Tampilkan kombinasi warna biru merah untuk jersi ketiga HM

Jersi ini tampil dalam kombinasi warna biru dan merah yang cukup menonjol, direka dengan potongan regular fit, lengan pendek serta kolar bulat.

Dihiasi logo PUMA Cat pada bahagian dada kanan dan Jalur Gemilang pada bahagian kiri, Jersi Ketiga ini turut menampilkan teknologi prestasi dan kelestarian terkini PUMA, memastikan pemain dapat beraksi pada tahap optimum dengan keselesaan maksimum — sejajar dengan komitmen jenama tersebut terhadap penghasilan produk sukan yang lestari.

Ciri-ciri utama jersi ini termasuk:

  • Reka Bentuk Baharu yang Simbolik: Reka bentuk jersi ini diinspirasikan oleh elemen Harimau Malaya, menonjolkan identiti dan sejarah bola sepak negara, serta menjadi lambang perpaduan bagi semua peminat Harimau Malaya.
  • Teknologi Prestasi: Dilengkapi teknologi penyerapan peluh DRYCELL daripada PUMA bagi memastikan pemain dan peminat kekal kering serta selesa, sama ada di atas padang atau di ruang penonton.
  • Bahan Lestari: Sebagai sebahagian daripada inisiatif RE:FIBRE PUMA, Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 ini diperbuat daripada sekurang-kurangnya 95% bahan kitar semula, tanpa menjejaskan kualiti.

Jersi Ketiga PUMA x FAM Harimau Malaya kini boleh didapati pada harga RM319 di kedai dan lawan web PUMA serta kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.