fbpx
Now Reading
Posting Warga Jepun Tak Puas Hati Wanita Pakai Kimono Sambil Berhijab Raih Kecaman

Posting Warga Jepun Tak Puas Hati Wanita Pakai Kimono Sambil Berhijab Raih Kecaman

Tular di laman X apabila rakyat Jepun itu mempersoal pelancong Islam kerana tidak mahu menanggalkan tudung apabila menyarungkan pakaian tradisional mereka iaitu kimono.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali berkunjung ke negara orang, sudah tentu kita mahu mencuba pelbagai benda dan aktiviti baru selain meneroka budaya tempatan di sana.

Sebagai contoh menikmati makanan dan juadah terkenal, melawat tempat bersejarah dan muzium serta mencuba pakaian tradisional. Yelah, bukan selalu dapat peluang bercuti ke destinasi yang jauh.

Meskipun begitu, kita sebagai pelancong pastinya akan cuba mematuhi peraturan atau budaya tempatan sebagai menghormati mereka asalkan tidak melanggar prinsip atau pegangan agama masing-masing. Siapa sangka isu sebegini juga boleh membuatkan segelintir penduduk tidak berpuas hati dengan segala yang dilakukan oleh para pelancong, walhal perkara itu langsung tidak melanggar sebarang peraturan ditetapkan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi Rutin Pekerja Di Jepun Pada Awal Pagi, Berdiri Secara Serentak & Bersenam

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Orang Jepun Tak Suka Dengan Warga Asing?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Fasih Berbahasa Jepun, Makcik Cleaner Di Masjid Negara Buat Ramai Terpegun

Warga Jepun Persoal Wanita Muslimah Pakai Kimono Sambil Berhijab

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter) apabila seorang wanita warga Jepun berkongsi gambar seorang pelancong wanita yang memakai pakaian tradisional Jepun iaitu kimono.  

Namun lain pula yang mendapat perhatian apabila pengguna X tersebut mempersoalkan tindakan wanita yang memakai baju berkenaan bersama hijab di kepala. Menurut logiknya, para Muslimah perlu menanggalkan tudung atau dalam bahasa mudahnya tidak bertudung sekiranya mahu berjalan sekitar bandar Jepun sambil memakai kimono.

“Ramai orang Islam yang mahu berjalan di bandar dengan memakai kimono tanpa menanggalkan hijab 😮‍💨” kata netizen tersebut.

Malah dia juga memuat naik gambar seorang wanita Muslimah yang sedang berjalan di Jepun sambil memakai kimono dan bertudung dari arah belakang.

Sumber: X

Perlu Tinggalkan Budaya Asal Setiap Kali Melancong Ke Negara Orang?

Perkongsian ini yang dimuat naik pada 8 November kemudiannya tular semula dan sohor sehingga mencetuskan perdebatan di kalangan pengguna X. Rata-rata pengguna termasuklah rakyat Jepun sendiri tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut mempersoalkan pelancong wanita yang menggayakan kimono bersama hijab.

Jelas seorang individu, seseorang tidak sepatutnya meninggalkan budaya asal tanah air mereka atau kepercayaan agama hanya kerana melancong ke luar negara.

“Saya termasuk dalam golongan yang rasa pelik dengan komen-komen seperti ini. Orang Jepun sendiri pun akan pakai pakaian tradisi negara lain kalau mereka melancong ke luar negara, kan?

“Kalau ikut cara berfikir awak, bila pergi melancong ke Afrika (contoh) kita ‘wajib’ buat rambut dreadlock, dan bila kita pergi ke negara Islam pula, kita pun perlu memakai hijab, betul tak? Awak nak buat macam tu ke? Sama saja, kan? Jangan campur adukkan isu imigrasi dengan budaya!” tegur seorang warganet.

Sumber: X

Toke Kedai Kimono Suka Lihat Wanita Berhijab Pakai Tudung Bersama Kimono

Malah ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka berjalan-jalan sekitar Jepun sambil menggayakan tudung bersama kimono. Jelas seorang gadis, seorang pemilik kedai sewaan pakaian tradisional malah memuji penampilannya bersama rakan-rakan lain.

Sumber: X

Kecewa Penduduk Tempatan Tidak Hormat Privasi Pelancong Asing

Umum juga mengetahui bahawa negara Jepun sering mendapat pujian dan sangat disenangi ramai kerana budaya disiplin yang tinggi. Namun hantaran ini nyata mengecewakan banyak pihak.

Beberapa individu turut menegur sikap wanita yang sesuka hati mengambil foto pelancong dan memuat naik di platform media sosial tanpa izin.

“Orang selalu kata budaya Jepun mementingkan privasi dan tidak mengambil gambar orang asing sesuka hati, tapi kamu ambil gambar seseorang yang tak buat salah pun kemudian muat naik di media sosial. Hanya sebab dia memakai kimono bersama hijab,” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Wanita Jepun Zaman Dahulu Juga Sarungkan ‘Hijab’

Dalam masa sama, ramai pengguna X dari Jepun yang turut tidak berpuas hati dengan sikap wanita itu kerana golongan hawa di Jepun pada zaman dahulu juga dikatakan memakai penutup kepala tradisional dikenali sebagai Okoso-Zukin.

Kain seolah-olah hijab itu mula dipakai oleh orang sana sehingga Zaman Edo Jepun sekitar tahun 1603 ke 1867.

Menurut laman Instagram Islam di Jepang, ia berfungsi sebagai pelindung diri dari musim dingin. Penutup kepala ini juga adalah simbol kesopanan, kehormatan, dan martabat seorang wanita.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi 5 Perkara Yang Dianggap Biadap Di Jepun

Baca Artikel Berkaitan: Tak Banyak Surau & Masjid, Lelaki Kongsi Tips Solat Ketika Bercuti Di Jepun

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Jepun Hasilkan Tudung Dari Kimono, Dapat Idea Setelah Lihat Wanita Berhijab Di Malaysia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.