Pernah Jaring 2 Gol Lawan MU, Amri Yahyah Kini Jadi Ejen Hartanah [Video]
Difahamkan, Wak Am tidaklah berehat sepenuhnya dari dunia bola sepak, sebaliknya beliau juga menjadi pemain dan duta bagi kelab bola sepak amatur, Vigor FC.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya peminat bola sepak tempatan pasti masih mengingati beberapa bekas pemain yang pernah menerajui skuad kebangsaan suatu masa dahulu.
Ada di antara mereka yang masih aktif di dalam arena bola sepak meskipun tidak lagi menjadi pemain dan ada juga yang terus menyepikan diri.
Namun, ada pula yang secara tiba-tiba ditemui dengan pekerjaan lain selepas bersara dari arena bola sepak.
Tular Amri Yahya kini jadi ejen hartanah
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video yang memaparkan bekas penyerang dan pemain tengah Harimau Malaya, Mohd. Amri Yahyah kini menceburi industri hartanah pula.
Menerusi video yang ditemui di TikTok, Amri Yahya didapati menjadi ejen hartanah di syarikat Vigor Properties Sdn Bhd.
Difahamkan, Amri tidaklah berehat sepenuhnya dari dunia bola sepak, sebaliknya beliau juga menjadi pemain dan duta bagi kelab bola sepak amatur, Vigor FC.
Amri nampak santai buat house tour, promosi rumah subsale
Di dalam video terbabit, kelihatan Amri dengan berwatakan yang menghiburkan dan bersahaja telah melakukan ‘house tour’ di sebuah unit apartment yang terletak di Bandar Sunway.
Beliau yang turut mesra disapa Wak Am itu dilihat menerangkan setiap fungsi dan kelebihan kediaman subsale itu yang ingin dibeli oleh pemilik baharu.
Daripada ruang tamu, bilik tidur, tandas dan dapur, habis dikongsikannya dengan penuh santai dengan caranya sendiri.
Tidak dinafikan, telatah Amri itu berjaya menambat hati ramai di mana ruangan komen penuh dengan orang-orang yang terhibur.
@vigorpropertiesmalaywing Ejen Wak Am kembali! 🧑🏻💼 Kali ini, Wak am nak share dengan korang sebuah unit Apartment yang cantik terletak di Bandar Sunway! Unit ni confirm akan jadi rebutan ramai tau! Dah siap renovation, lampu blink blink dan…. Korang kena tengok video ini sampai habis baru tahu 🫣 Confirm korang akan terpikat! Lagi-lagi buat mereka yang mencari first home atau family kecil. Psst, apartment ni ada swimming pool tau 🫣 ⚫️ VIGOR PROPERTIES 🟠 Your Trusted Guide to Homeownership #SubsalePropertySpecialistInMalaysia #VigorPropertiesKingdom #VigorPropertiesMW #PakarHartanahAnda #VigorTakluk ♬ original sound – VIGOR PROPERTIES MALAY WING
@vigorpropertiesmalaywing Wak am @Amri Yahyah 17 dah seru tu 🤓 Jom hadirkan diri andaaaa ke event kami 🫣 Esok last day guys 🫡 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐊𝐔𝐃𝐀𝐈 📍Fesko’69, Dataran UTM Skudai 𝐙𝐎𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 📍Majestic Johor Festival Iskandar Puteri, Dataran Laksamana #fyp #tiktokmalaysia #tiktok ♬ suara asli – fathiahna
Amri pernah jaring 2 gol ketika Harimau Malaya menentang Man United
Untuk info, Amri yang mula bermain bersama Harimau Malaya pada sekitar 2004 lalu pernah mencipta sejarah dengan menjaringkan dua gol ketika perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang kelab bola sepak gergasi dunia, Manchester United pada 2009.
Malah, beliau juga banyak membantu skuad kebangsaan sepanjang kariernya termasuk kejayaan menjulang Piala AFF 2010.
Anak jati Tanjung Karang yang berusia 44 tahun itu juga antara pemain terlama yang berada di kelab Selangor FA (Kini dikenali sebagai Selangor FC) sebelum berpindah ke kelab Johor Darul Takzim (JDT) dan beberapa lagi kebal seperti Melaka United, Sarawak FA dan Sabah FC.
Beliau kemudiannya mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak profesional pada tahun 2023 lalu.
Berikut kami kongsikan sedutan gol yang dijaringkan Amri semasa menentang MU:



