Huffaz Raih 11A SPM Nekad Tolak Banyak Biasiswa Demi Kejar Tajaan Mara Untuk Jadi Pilot [Video]
Kisah adik Adam itu dikongsikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki selepas pelajar terbabit bersama ibunya hadir ke pejabat beliau untuk membuat rayuan tajaan MARA.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menjadi seorang juruterbang pesawat komersial merupakan antara salah satu cita-cita pilihan orang ramai sewaktu kecil dahulu.
Manakan tidak, bukan hanya menerima gaji yang tinggi dan dipandang gah oleh orang ramai, bahkan mereka juga dapat menjelajah ke merata negara sambil bekerja.
Maka tidak hairanlah jika ramai pelajar yang berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar cita-cita yang diimpikan itu dapat dikejar.
Pelajar cemerlang SPM tolak beberapa tawaran demi kejar cita-cita jadi pilot
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang pelajar cemerlang SPM yang meraih 11A bernama Muhammad Adam sanggup menolak beberapa tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran, sebaliknya dia mengejar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) demi mengejar impiannya terbang di awan biru.
Kisah adik Adam itu dikongsikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di akaun TikTok miliknya selepas pelajar terbabit bersama ibunya hadir ke pejabat beliau untuk membuat rayuan tajaan MARA.
“Saya menerima komen di TikTok daripada Puan Adderina (ibu Adam) berkaitan permohonan anaknya untuk melanjutkan pengajian dalam Program Latihan Juruterbang Malaysia Aviation Group (MAG).
“Selepas membalas komen, puan Adderina dan adik Adam sendiri datang ke pejabat saya bagi menghantar surat rayuan bagi tajaan MARA,” katanya.
Adik Adam bukan hanya cemerlang SPM, tapi hafal 30 juzuk al-Quran juga
Menurutnya, apa yang lebih mengujakan, adik Adam juga merupakan seorang Hafiz yang telah menghafal 30 juzuk al-Quran lepasan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
“Kagum saya melihat kesungguhan dan keazamannya untuk mengejar cita-cita menjadi juruterbang dan beliau menolak beberapa tawaran tajaan lain termasuk daripada Petronas kerana ingin benar-benar mengejar minatnya dalam bidang penerbangan.
“Sambil berbual bersama ibunya dan adik Adam mengenai progres pengajiannya sebelum ini, saya sempat tebuk beberapa ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah untuk menguji hafazan beliau. MasyaAllah, jelas terpancar kesungguhan, kelancaran bacaan dan adab seorang Hafiz,” katanya.
Asyraf akan bawa surat rayuan adik Adam ke Jawatankuasa Sektor Pendidikan MARA
Susulan daripada pertemuan itu, Asyraf berkata, beliau akan membawa surat rayuan terbabit ke Jawatankuasa Sektor Pendidikan MARA untuk pertimbangan sewajarnya.
Menurutnya lagi, MARA sentiasa komited menyokong usaha melahirkan generasi huffaz profesional yang bukan sahaja hebat dalam akademik, tetapi juga berakhlak tinggi dan hebat dalam bidang ukhrawi.
“Semoga Allah permudahkan urusan adik Adam dan seluruh anak-anak muda yang sedang mengejar impian mereka demi masa hadapan yang cerah.
“Sentiasa berdoa, berusaha dan bertawakkal dalam mengejar cita-cita agar berjaya dalam membina masa depan yang lebih cemerlang di dunia dan akhirat,” ujar Asyraf.
@drasyrafwajdi NAK JADI PILOT…KENA TEBUK HAFAZAN DULU! Semalam saya menerima komen di TikTok daripada Puan Adderina berkaitan permohonan anak beliau, adik Muhammad Adam, untuk melanjutkan pengajian dalam Program Latihan Juruterbang Malaysia Aviation Group (MAG). Selepas membalas komen beliau semalam terus hari ini Puan Adderina dan adik Adam sendiri datang ke pejabat saya bagi menghantar surat rayuan bagi tajaan MARA. Apa yang lebih mengujakan, adik Adam bukan calang-calang anak muda pelajar cemerlang SPM 10A+ 1A, hafiz 30 juzu’ Al-Quran, serta lepasan Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Kagum saya melihat kesungguhan dan keazamannya untuk mengejar cita-cita menjadi juruterbang dan beliau menolak beberapa tawaran tajaan lain termasuk daripada Petronas kerana ingin benar-benar mengejar minatnya dalam bidang penerbangan. Sambil berbual bersama ibunya dan adik Adam mengenai progres pengajiannya sebelum ini, saya sempat tebuk beberapa ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah untuk menguji hafazan beliau. MasyaAllah, jelas terpancar kesungguhan, kelancaran bacaan dan adab seorang Hafiz. InsyaAllah, saya akan membawa rayuan ini ke Jawatankuasa Sektor Pendidikan MARA untuk pertimbangan sewajarnya. MARA sentiasa komited menyokong usaha melahirkan generasi huffaz profesional yang bukan sahaja hebat dalam akademik, tetapi juga berakhlak tinggi dan hebat dalam bidang ukhrawi. Semoga Allah permudahkan urusan Adik Adam dan seluruh anak-anak muda yang sedang mengejar impian mereka demi masa hadapan yang cerah. Sentiasa berdoa, berusaha dan bertawakkal dalam mengejar cita-cita masing-masing agar berjaya dalam membina masa depan yang lebih cemerlang di dunia dan diakhirat. #MerakyatkanMARA #MARAGemilang #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah ♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Baca Artikel Berkaitan: Dulu Bawa Tren Kini Bawa Airbus, Perkongsian Tentang ‘Co-pilot’ Ini Buat Ramai Terinspirasi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terkejut Pemuda Rupanya Pilot Lepas Lihat Gaya Yang Simple, Pakai T-Shirt & Selipar Jepun [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Anak Buat Kejutan Jadi Pilot Untuk Penerbangan Ibu Ke Tanah Suci Tunai Haji [Video]



