Bukan Patung Je! PU Salman Kongsi Punca Malaikat Tidak Masuk Rumah [Video]
Sebenarnya banyak kali perkara dan objek selain patung yang menyebabkan malaikat rahmat tidak masuk ke dalam rumah para Muslim.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
“Rumahku Syurgaku.”
Ungkapan ini pasti tidak asing bagi kita kerana rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi ruang untuk mencari ketenangan dan keindahan dalam membina kebahagiaan. Buat penganut Islam, mereka percaya bahawa kehadiran malaikat ke rumah membawa keberkatan, dan juga perlindungan dari Allah SWT.
Kedatangan malaikat ini juga membawa maksud bahawa para Muslim di rumah itu mengamalkan ajaran Islam dengan betul dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak disukai Tuhan Yang Maha Esa.
Sebab itu juga setiap kita digalakkan untuk membaca kebersihan selain menghidupkan suasana rumah dengan bacaan kitab suci al-Quran secara berkala.
Perkara Yang Membuatkan Malaikat Tidak Masuk Ke Rumah
Baru-baru ini, pendakwah bebas, PU Salman atau nama penuhnya Salman Maskuri menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya ada berkongsi tentang perkara atau benda yang menyebabkan malaikat tidak masuk ke rumah anda.
Berikut adalah antaranya:
#1. Patung
Objek pertama yang menjadi punca malaikat tidak masuk ke rumah adalah patung. Seperti dalam satu hantaran tularnya sebelum ini, PU Salman menegur orang ramai agar tidak menormalisasikan perbuatan memberi anak patung sebagai hadiah kepada orang dewasa.
Patung mainan seperti teddy bear yang disimpan di dalam rumah adalah antara punca mengapa malaikat rahmat — yang membawa ketenangan tidak memasuki kediaman itu.
Memetik pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI), malaikat rahmat ini ditugaskan untuk mencatat segala amalan baik dan buruk dilakukan setiap individu.

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Normalisasikan Beri Hadiah Patung Kepada Graduan & Orang Dewasa, Berdosa – PU Salman [Video]
#2. Anjing
Menurut PU Salman, berdosa dan haram bagi seseorang Muslim membela anjing sebagai haiwan peliharaan. Sekiranya terdapat anjing di dalam rumah, ia juga akan menyebabkan malaikat tidak singgah ke kediaman anda.
“Bukan malaikat maut, kalau malaikat maut seronok je. (Tetapi) malaikat rahmat membawa ketenangan, kebahagiaan, dan protect kita,” kata PU Salman.
Memetik hadis diriwayatkan daripada Abu Talhah, sabda Nabi SAW:
“لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ”
Maksudnya: Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang mempunyai anjing dan juga gambar (atau patung).
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

#3. Loceng
Objek yang ketiga yang perlu dijauhkan dari rumah anda adalah loceng. Mungkin ada yang tertanya loceng jenis apa?
Jelas PU Salman, loceng yang dimaksudkan adalah loceng besi dan bulat yang besar seperti yang selalu dilihat serta diletakkan dalam gereja.

#4. Najis Yang Bertakung Dalam Rumah
Perkara seterusnya adalah apabila ada kencing yang bertakung dan dibiarkan di dalam rumah. Antara situasi yang kadangkala berlaku adalah seseorang terlupa untuk flush selepas membuang air kecil.
“Kalau air kencing pun tak masuk apatah lagi ada najis dalam mangkuk tandas, ada menara berkembar (tahi). Jadi kena bersihkan dan flush baru malaikat masuk,” kata PU Salman.
Jelas UAI dalam satu hantaran di YouTube sebelum ini memaklumkan bahawa malaikat sukakan ruangan yang wangi dan harum.

#5. Kulit Harimau
Objek terakhir yang boleh menyebabkan malaikat enggan masuk ke rumah adalah kewujudan kulit harimau.
“Malaikat tak bersama dengan kumpulan manusia yang ada pakai jildunamir (kulit harimau) kerana membawa kebanggaan dan kesombongan. Jadi Nabi SAW tak suka tu,” ulasnya.

@pusalman 5 perkara menyebabkan Malaikat tidak masuk rumah #rumah #sunnah #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – PU Salman – PU Salman pendakwah
Tonton video penuh [DI SINI].
JAKIM Turut Kongsi Perkara Lain Yang Membuatkan Malaikat Tak Masuk Rumah
Terdapat juga perkara lain yang boleh menjadi penyebab utama kenapa malaikat tidak masuk ke rumah. Antaranya:
- Rumah orang yang memutuskan hubungan silaturahim.
- Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
- Rumah yang banyak menyimpan gambar menghina para sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
- Rumah yang mengumandangkan nyanyian memuja sesuatu selain Allah SWT.
- Rumah didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
- Rumah yang menggunakan perhiasan seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelumang dengan maksiat.
- Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
- Rumah golongan individu yang mengamalkan riba.
- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti melakukan pembaziran (berhias secara berlebihan).
- Rumah yang didiami peminum arak.
- Rumah individu dalam keadaan berjunub.
- Rumah yang didiami mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening.
Baca Artikel Berkaitan: “Pembedahan Plastik Untuk Cantikkan Kulit Hingga Ubah Ciptaan Allah SWT Adalah Haram” – Mufti Pulau Pinang
Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Dilarang Sertai Marathon Dianjurkan Syarikat Berasaskan Riba

