fbpx
Now Reading
Akak Kurier Gigih Buat Pelbagai Kerja Raih Pujian, Ramai Doa Dapat Jodoh Yang Baik [Video]

Akak Kurier Gigih Buat Pelbagai Kerja Raih Pujian, Ramai Doa Dapat Jodoh Yang Baik [Video]

Menerusi video yang dikongsikan oleh Hanee, meskipun pelbagai pekerjaan dilakukan namun dia dilihat bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu pastinya mempunyai impian tersendiri yang ingin dicapai dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar cita-cita itu.

Malah ada yang melakukan pelbagai jenis pekerjaan dalam sehari kerana mahu mengumpul wang yang lebih untuk keselesaan atau sesuatu tujuan.

Tidak kiralah apa pun jenis pekerjaan asalkan ia adalah halal dan tidak salah di sisi undang-undang.

Wanita buat banyak kerja raih perhatian ramai

Baru-baru ini seorang wanita menjadi perhatian apabila menunjukkan dirinya yang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk mencari rezeki sehingga meraih perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Hanee di TikTok, kelihatan Hanee melakukan pelbagai perkara dalam kerjayanya untuk meneruskan kehidupan.

Pandu van dan tunggang motosikal untuk hantar barang pelanggan

Pada mula dia menunjukkan dia menjadi seorang penghantar parcel dan boleh membawa van untuk menyelesaikan tuntutan kerja tersebut.

Bukan hanya memandu van malah ada ketika dia juga akan menaiki motosikal untuk menghantar barangan pelanggan dan dipercayai bekerja dengan sebuah syarikat kerana turut memakai uniform yang sama setiap kali bekerja.

Makan dalam kereta, dan masih kerja walau tangan cedera

Malah ada ketika sewaktu membuat penghantaran dia terpaksa makan di dalam kenderaan untuk melunaskan tanggungjawab sebagai akak kurier.

Apa yang menjadi perhatian walau dalam keadaan badan yang kurang sihat seperti alami kecederaan pada tangan, Hanee tetap bekerja seperti biasa.

Dipercayai turut ambil tempahan buat kek batik dan biskut

Selain bekerja sebagai penghantar barangan, Hanee juga dipercayai mengambil tempahan makanan yang maseperti membuat biskut dan kek batik.

Meskipun melakukan pelbagai pekerjaan namun Hanee dilihat gembira dengan setiap pekerjaan yang dilakukan.

Dia juga mengatakan dia bukanlah seorang wanita yang berdikari dan ada masa dia juga memerlukan bantuan daripada orang lain.

@hneena_

saya bukan independent women . saya juga memerlukan bantuan 🥹 #fyp #xyzbca #foryoupage

♬ bunyi asal – natasyabihaaznan🍓 – natasyabihaaznan🍓

Ramai kagum dan bangga lihat kesungguhan wanita bekerja

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan apa yang dilakukan oleh wanita ini.

Malah ada yang mengatakan dia sememangnya seorang wanita yang berdikari serta boleh menjadi ketua keluarga.

Ada juga mengatakan Hanee mungkin melalui pelbagai ujian dalam hidupnya sehingga menjadi hebat seperti itu. Hanee lalu menyifatkan ujian itulah yang mendewasakannya.

Tidak kurang ada yang bangga dengan apa yang dilakukan oleh Hanee dan berdoa agar dia terus berjaya serta mendapat jodoh yang baik.

Bahkan videonya itu turut menjadi perhatian kaum lelaki yang tidak kisah membayar hantaran semahal apa pun sekiranya mendapat isteri yang hebat seperti Hanee.

“Semoga akan ni dapat suami gaji ribu-riban, provider, tak berkira, handsome, pemurah, penyayang, baik, bertanggungjawab dan bukan 50/50.”

“Kita kuat walaupun banyak benda yang berselirat dalam kepala. Sampai tak reti nak cerita masalah dekat orang”

“RM25,000 pun tak ada masalah awak hantaran kalau macam ni. Boleh cakap zaman sekarang ni, ramai pandai belajar sana sini tapi tak ramai boleh fikir secara waras untuk membina kehidupan dari segi kudrat. Lain orang lain caranya berfikir..”

“Kakak doakan adik dihargai dan dikahwini lelaki yang bertanggungjawab supaya lepas kahwin dapat kurangkan beban..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.