fbpx
Now Reading
Wanita Berang Ada Jiran Tinggalkan Longgokan Sampah Tepi Rumahnya Sehingga Berbau [Video]

Wanita Berang Ada Jiran Tinggalkan Longgokan Sampah Tepi Rumahnya Sehingga Berbau [Video]

Menerusi video kelihatan sampah-sarap banyak dilonggokan di tepi rumah wanita tersebut dan ia tidak dikemas dengan baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila hidup berjiran kita sentiasa dinasihatkan untuk saling menghormati antara satu sama lain dan cuba memudahkan urusan orang lain.

Malah di dalam Islam mahupun agama lain sering menekankan mengenai adab apabila berhadapan dengan orang termasuklah jiran.

Meskipun kita semua mempunyai personaliti yang berbeza, namun kita juga perlu membuatkan orang di sekeliling dapat hidup dalam keadaaan yang tenang dan aman.

Oleh itu, kita tidak digalakkan untuk membuatkan jiran berasa kurang senang seperti bising, membiarkan sampah-sarap dan banyak lagi.

Wanita berang jiran longgokan sampah di tepi rumah

Baru-baru ini, seorang wanita turut berdepan dengan perkara sama apabila mempunyai jiran yang tidak cakna terhadap perkara yang dilakukan sehingga mengundang rasa kurang senang kepadanya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Intan Baiduri di TikTok, awalnya kelihatan dia menunjukkan satu kawasan yang dipenuhi dengan longgokan sampah.

Malah kelihatan sampah-sarap berkenaan tidak diletakkan ke dalam tong sehingga membuatkan keadaan di tepi rumahnya bersepah dan ‘semak’.

“Situasi berjiran dengan orang yang tak ada otak buang tepi-tepi rumah kami pula,” katanya.

Dah maklum banyak kali tapi masih lagi buang

Intan turut meluahkan dia telah memaklumkan kepada jiran mengenai hal itu berulang kali namun ia masih lagi berlaku.

“Ni b*d*h mana ni, b*d*h mana yang sampai otak dia dekat sini (tunjuk sampah sarap). Ha saya dah cakap banyak kali dah tau, siapkan tong sampah masing-masing.

“Kalau macam ni, siapa yang nak kutip ni? Hina sangat ke orang yang kerja kutip sampah (pekerja pembersihan) tu, hina sangat ke? Sampai dia nak kena kutip macam ni sekali.”

@intan_baiduri_2

#kejiranan yg x de otak…sampai bau busuk masuk kerumah kami

♬ original sound – INTAN BAIDURI – INTAN BAIDURI

Minta jiran-jiran sediakan tong sampah

Jelasnya dia telah duduk di taman perumahan tersebut sekitar dua ke tiga tahun dan menyediakan beberapa tong sampah sendiri memandangkan ia tidak disediakan oleh mana-mana pihak.

Malah dia turut meluahkan sampah yang berlonggok itu juga mengeluarkan bau yang kurang senang dan meminta jiran terbabit untuk menyediakan tong sampah di rumah masing-masing.

Di ruangan komen, wanita itu mengatakan sebenarnya isu sampah itu timbul pada jiran di belakang rumah namun perkara itu tidak diendahkan.

Menerusi ruangan komen, ramai yang turut simpati dengan wanita berkenaan dan memahami apa yang dirasainya.

Ada juga yang mengatakan segelintir kawasan sememangnya tidak menyediakan tong sampah dan ia perlu disediakan sendiri.

“Letak CCTV kak. Biar akak buat aduan sorang-sorang”

“Pasang CCTV sis, rakan video ada bukti siapa yang buang dekat situ”

“Saya tengok pun dah stres, semoga dipermudahkan urusan”

“Teruknya, kalau saya pun sakit hati”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.