Rasa Tak Bermaya Bila Bangun Pagi? Mungkin Anda Alami Obstructive Sleep Apnea [Video]
Masalah apnea tidur obstruktif (OSA) berlaku apabila saluran pernafasan tersekat dan kebiasaannya dialami oleh mereka yang obes.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pernah tak walaupun dah dapatkan tidur yang lama semalaman, anda masih berasa penat badan pada keesokan harinya?
Bila sampai sahaja ke tempat kerja ataupun kelas, anda tak henti-henti menguap kerana amat mengantuk.
Sepatutnya tidur tujuh ke lapan jam dah mencukupi untuk seorang dewasa, tapi kenapa masih berasa tidak bermaya dan mengantuk sepanjang hari?
Baca Artikel Berkaitan: Dah Tidur 8 Jam Tapi Masih ‘Barai’? Mungkin Ini Penyebabnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coach Fitness Perjelas Kenapa Tidur Lambat Tak Bagus Walau Sudah Cukup 8 Jam
Baca Artikel Berkaitan: Kurang Tidur & Obes Ada Kaitan? Ini Info Anda Perlu Tahu
Rasa Tak Bermaya Mungkin Kerana Ada Masalah Sleep Apnea
Menurut doktor kesihatan Dr Hanif Arshad, seseorang mungkin mengalami situasi sedemikian disebabkan oleh masalah apnea tidur obstruktif atau lebih dikenali sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA).
Katanya, masalah ini akan menyebabkan saluran pernafasan tersekat khususnya disebabkan obes serta beberapa keadaan tertentu seperti:
- Lidah terlalu besar
- Tengkuk terlalu besar
- Saiz tonsil yang besar
Keadaan saluran pernafasan yang tersekat sudah tentu akan menyebabkan nafas terhenti, sekali gus membuatkan otak menghantar signal pada badan untuk bangun bagi menarik nafas.
Pesakit OSA Kerap Terjaga, Tidak Masuk Fasa Deep Sleep
Seperti yang ditunjukkan oleh Dr Hanif, ‘tarik nafas’ yang dimaksudkan itu bukanlah menerusi hidung seperti dalam keadaan normal.
Sebaliknya nafas diambil secara berdengkus (snort) atau menerusi mulut seperti yang berlaku ketika seseorang berdengkur dengan kuat sewaktu tidur.
“Boleh jadi sekali, boleh jadi 100 kali. Dia tak sedar pun benda ni jadi dekat dia,” katanya.
Dr Hanif berkata seseorang yang mengalami masalah ini tidak akan memasuki fasa Deep Sleep kerana tubuh badannya kerap terjaga walaupun tidak disedari oleh dirinya sendiri.
@drhanifarshad Kenapa dah tidur lama tapi still mengantuk. Mungkin korang ada obstructive sleep apnea. Jadi perlu jumpa doktor ya #doctorsoftiktok #malaysiantiktok #hospitaltiktoks #sleepapnea #tidur ♬ Thawing Blossoms – glowy
Tonton video penuh [DI SINI].
Simptom OSA Yang Perlu Diperhatikan Termasuk Ketika Berjaga
Jadi bagaimana nak kenal pasti jika seseorang menghidap OSA? Menurut Dr Hanif, antara tanda-tanda yang biasa kelihatan ialah:
- Tidur berdengkur
- Mulut kering
- Nafas tersekat
- Mengantuk sepanjang hari
Selain itu, Cleveland Clinic turut menyenaraikan simptom lain yang dialami sewaktu tidur iaitu:
- Kerap terjaga di tengah malam
- Terjaga dengan keadaan sukar bernafas (seperti tercekik)
- Berpeluh di waktu malam
- Rasa resah
Simptom OSA juga boleh dirasai di sebelah pagi, antaranya:
- Kepenatan, mengantuk atau berasa lesu
- Perubahan mood (tekanan atau kegelisahan)
- Sukar memberi fokus atau mengingati
- Sakit kepala (selalunya ketika baru bangun)
- Disfungsi seksual

OSA Boleh Sebabkan Kematian Akibat Serangan Jantung
Menurut Cleveland Clinic, terdapat kira-kira satu juta individu di seluruh dunia yang berumur antara 30 ke 69 tahun yang mengalami masalah OSA. Dalam masa sama, ia juga boleh dihidap oleh kanak-kanak.
Walaupun Dr Hanif menyatakan bahawa OSA selalunya dialami oleh mereka yang berbadan obes, terdapat juga faktor risko lain seperti keadaan genetik yang mempengaruhi bentuk kepala dan leher seseorang (seperti sindrom Down dan sindrom Prader-Wili).
Malah, struktur yang tidak normal juga boleh menyebabkan OSA termasuk underbite (gigi bawah terkeluar melebihi gigi atas), rahang bawah yang kecil, lidah, tonsil atau adenoid yang besar, serta leher atau saiz kolar yang besar (41-43cm).
Masalah ini tidak boleh dipandang enteng kerana boleh mendatangkan komplikasi serius jika tidak dirawat, iaitu:
- Mengantuk di waktu siang yang berbahaya jika melakukan sesuatu yang memerlukan fokus penuh, seperti memandu
- Kerosakan dan kegagalan jantung
- Masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi atau diabetes Jenis 2
- Aritmia (degupan jantung tidak seragam)
- Strok
- Serangan jantung yang mengakibatkan maut

Cara Kenal Pasti OSA & Kaedah Rawatannya
Jika anda kerap berdengkur, minta pasangan atau orang sekeliling untuk perhatikan ciri-ciri ini ketika anda tidur untuk kenal pasti jika ia mungkin disebabkan oleh OSA:
- Dengkur kuat yang biasanya bermula sebaik sahaja tidur
- Dengkuran tiba-tiba berhenti, iaitu apabila seseorang tidak bernafas
- Berdengkus atau tercungap-cungap untuk bernafas sebelum berdengkur semula
Masalah OSA juga boleh didiagnosis oleh doktor dengan melakukan ujian tidur polysomnografi yang memerhatikan sistem otak, jantung dan pernafasan bagi mengenal pasti tahap kualiti tidur.
Jika seseorang didapati menghidap masalah OSA, kaedah rawatan akan dilakukan termasuk:
- Melakukan perubahan gaya hidup seperti posisi tidur yang bersesuaian atau berat badan yang sihat
- Menggunakan mesin CPAP (continous positive airway pressure)
- Memakai peralatan oral (mouthpiece)
- Menjalani prosedur pembedahan bagi meluaskan saluran pernafasan
Selain OSA, satu lagi gangguan apnea ialah apnea tidur sentral atau Central Sleep Apnea (CSA) iaitu keadaan apabila seseorang berhenti seketika selepas bernafas ketika tidur.

Baca Artikel Berkaitan: Berdengkur Ketika Tidur Boleh Sebabkan Kematian? Ini Penjelasan Dr Malar [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haniff Hamzah Kongsi Kisah Didiagnos Sleep Apnea, Tak Cukup Tidur Punca Utama
Baca Artikel Berkaitan: Alami Masalah Tidur? Ini Antara Tips Atasi Insomnia Dengan Mudah Tanpa Perlu Ambil Pil