Ramai Terhibur Lelaki Set Alarm Lagu ‘Negaraku’, Siap Tersenarai Top Song Dalam Spotify Wrapped
Sepanjang bulan Januari hingga November 2025, lelaki tersebut telah memasang lagu ‘Negaraku’ sebanyak 373 kali.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti semua sedia maklum, berbaki kurang daripada sebulan kita akan melangkah masuk ke tahun baharu.
Oleh disebabkan itu, ramai yang sudah mula membuat ‘recap’ perjalanan mereka pada tahun 2025. Ini termasuklah mengimbau dan mengenang semula kegagalan atau kejayaan yang sudah dicapai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Azam 2025 Masih Tak Nampak Bayang? Pakar Ini Kongsi Sebabnya
Bukan itu sahaja, orang ramai juga suka berkongsi rutin mereka sepanjang tahun ini melalui dapatan dikenali sebagai ‘Wrapped’ yang dikeluarkan oleh beberapa jenama besar seperti YouTube, Apple Music, ZUS, Spotify dan lain-lain.
Lagu Negaraku Jadi Top Song Di Spotify Kerana Dipasang Sebagai Alarm
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ikhwan (ikhwanwahi) berkongsi dapatan Spotify Wrapped miliknya untuk sepanjang tahun 2025.
Menerusi gambar dikongsi, Ikhwan telah meluangkan masa mendengar selama 79,745 minit iaitu bersamaan dengan 55 hari bagi keseluruhan muzik di dalam akaun Spotify. Bukan sahaja jumlah waktu, malah aplikasi penstriman muzik ini juga mendedahkan carta lima lagu tertinggi yang paling kerap didengari.
Rata-rata lagu yang dipasang Ikhwan bergenre Indie Pop. Namun siapa sangka lagu keramat kebangsaan juga memasuki senarai tersebut. Menerusi foto itu, kelihatan lagu ‘Negaraku’ berada di tangga pertama dengan jumlah strim sebanyak 373 kali!
Ia kemudiannya diikuti dengan lagu berikut:
- Hey Lover (tangga ke-2)
- Ego (tangga ke-3)
- Rozana (tangga ke-4)
- Aku Juga Manusia (tangga ke-5)
Mesti ada yang terfikir, memang ada ke yang mendengar lagu Negaraku sepanjang masa? Jelas Ikhwan, dia telah menetapkan lagu itu sebagai penggera pagi (alarm) bagi tahun ini sehingga membolehkan ia memonopoli senarai lagu sebagai Top Song di Spotify Wrapped.
“Kalau telefon Android boleh set alarm dari Spotify😂. Ramai yang tak tahu, sebab tu saya set alarm Negaraku dari Spotify,” katanya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: “Satu Episod Alarm Dia Eh” – Alarm Guna Suara Doraemon Bikin Dekah
Lelaki Gemar Lagu Di Era 60-an
Untuk info, senarai Spotify Wrapped ini akan dikeluarkan menjelang setiap hujung tahun. Para pengguna pula diberi pilihan sama ada mereka mahu memuat naik dapatan masing-masing di platform media sosial atau pun tidak.
Menurut News Room Spotify, Wrapped merakam perjalanan pendengaran pengguna sepanjang 2025, dari bulan Januari sehingga November iaitu beberapa hari sebelum pelancaran rasmi semalam (3 Disember).
Ia merangkumi muzik, podcast, dan juga buku audio. Malah ia juga boleh mengenal pasti jenis genre muzik yang anda selalu dengari pada tahun ini.
Daripada dapatan itu, Spotify turut menunjukkan ‘My Listening Age’ yang merujuk kepada perbandingan cita rasa muzik anda dengan kumpulan umur. Lebih menghiburkan hasil diterima Ikhwan adalah 78 tahun yang mana dia dikatakan lebih menggemari lagu di era 60-an.

Ramai Geli Hati Lihat Gelagat Lelaki Jadikan ‘Negaraku’ Sebagai Alarm Pagi
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai cuit hati melihat dapatan tersebut kerana tidak menyangka Negaraku boleh berada di tangga tertinggi dalam Spotify Wrapped.
“Jadi Negaraku di bawah genre Malay Pop ke Oldies?” seloroh seorang individu.
“Aku ingatkan alarm jawab Matematik dah rare. Ini lagi super rare, hebat kau bang,” kata seorang netizen.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lihat Gelagat Isteri Terpaksa Jawab Soalan Matematik Untuk ‘Off Alarm’ Telefon Suami [Video]
Malah ada juga yang sempat berjenaka dengan mengatakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim patut memberi pengiktirafan kepada lelaki itu.
“Rare gila Top Song lagu Negaraku. Semoga Anwar Ibrahim bagi dia anugerah rakyat paling patriotik,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ada yang tertanya adakah lelaki itu akan terus berdiri tegak sejurus mendengar lagu itu dimainkan.
“Jadi setiap pagi abang bangun terus berdiri tegak ke?” tanya seorang pengguna TikTok.
“Bijak juga cara ni. Bunyi je alarm terus kena berdiri tegak. Tak ada la gatal tangan tekan snooze lepas tu sambung tidur 5 minit lagi,” tambah seorang lagi warganet.





Baca Artikel Berkaitan: Spotify Wrapped Kini Kembali! Tapi Macam Mana Trend Ini Bantu Para Penyanyi?
Baca Artikel Berkaitan: Lagu Taylor Swift Jadi Pilihan Pelajar GPA 3.5 & Ke Atas Ketika Ulangkaji Pelajaran Sambil Dengar Muzik Di Spotify
Baca Artikel Berkaitan: Spotify Bakal Naik Harga



