“KidZania Versi Dewasa” – Fasiliti MYFutureJobs Bantu Orang Ramai ‘Explore’ Pekerjaan Yang Sesuai
Fasiliti MYFutureJobs Career Exploration Centre (MYCEC) yang dikendalikan PERKESO terletak di Tingkat 2, KL Sentral, bersebelahan kedai Eco-Shop yang dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 8 malam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila tengok kanak-kanak berseronok bermain di KidZania, pernah tak anda berharap dapat melakukan benda yang sama?
Best betul kalau kita dapat cuba pelbagai jenis pekerjaan sebelum benar-benar memilih industri yang sesuai dengan diri sendiri kan.
Mungkin ramai tak tahu, tapi sebenarnya orang dewasa pun boleh ‘mencuba’ pelbagai jenis pekerjaan!
Baca Artikel Berkaitan: Alpro Pharmacy Buka Cawangan Baru Di KidZania Kuala Lumpur, Beri Pengalaman ‘First Hand’ Buat Si Cilik
Baca Artikel Berkaitan: IKEA UK Tawar Pekerjaan Sebagai ‘Co-Worker’ Dalam Game Roblox
Baca Artikel Berkaitan: Guna Teknologi Canggih Untuk Cari Pekerjaan Baru, Ini Tips Buat Para Graduan
Fasiliti MYFutureJobs Percuma Untuk Orang Ramai
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok (@lepatpisang0000), itulah yang orang ramai boleh lakukan di fasiliti MYFutureJobs Career Exploration Centre (MYCEC) di Tingkat 2, KL Sentral. Namun lokasinya sedikit tersorok, yakni terletak bersebelahan kedai Eco-Shop.
Untuk makluman, fasiliti itu dibuka setiap hari, termasuk Sabtu dan Ahad, dari 10 pagi hingga 8 malam.
Walaupun dia menggelarkannya sebagai ‘KidZania versi dewasa’, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan di fasiliti MYFutureJobs secara PERCUMA sahaja!
Setibanya di sana, pengunjung perlu membuat pendaftaran untuk menghasilkan pengenalan diri (ID) pada skrin yang disediakan dan akan dibekalkan dengan kad ID beserta QR untuk digunakan kemudian.
Lelaki itu berkata bahawa tempahan sepatutnya perlu dibuat terlebih dahulu, namun memandangkan ada kekosongan ketika itu, mereka boleh ‘walk-in’ terus.
“Bestnya kalau masa Tingkatan 5 kita didedahkan dengan tempat macam ni supaya kita betul-betul tahu apa patut kita belajar untuk mengejar pekerjaan yang kita suka,” katanya.
Pengunjung Boleh Kenal Pasti Minat & Kerjaya Bersesuaian
Di fasiliti itu, pengunjung boleh hadir ke beberapa stesen berbeza untuk menjawab set soalan yang ditetapkan pada skrin monitor.
Antaranya ialah stesen MYSelfAwareness, di mana pengunjung perlu memilih tiga daripada lima pilihan yang diberi, untuk mengenal pasti apa yang mereka sebenarnya gemar lakukan.
Di stesen MYCareerExploration pula, pengunjung akan menerima cadangan kerja yang bersesuaian dengan profil mereka.
Malah salah satu stesen turut memberi peluang kepada orang ramai untuk ‘mencuba’ pelbagai pekerjaan dengan menjawab kuiz yang berkaitan dengan industri tersebut.
“Saya pilih saintis data. Mereka maklumkan yang pekerjaan itu banyak menggunakan SQL. Jadi kuiz itu bertanya tentang SQL,” dia berkongsi pengalamannya.
Mereka juga akan menerima saranan langkah seterusnya yang boleh diambil berdasarkan kepada tahap pengetahuan sedia ada.

Boleh Dapatkan Perkhidmatan Konsultan Untuk Bincang Langkah Seterusnya
Tidak terhenti di situ sahaja, selepas selesai menjalani latihan di kesemua stesen, pengunjung boleh membuat pilihan untuk bercakap kepada seorang konsultan.
Langkah ini amat disarankan bagi mereka yang mahu membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengejar pekerjaan impian.
Lelaki itu juga memaklumkan bahawa segala data di fasiliti itu akan dihantar kepada pengunjung menerusi e-mel. Malah orang ramai juga boleh memohon pekerjaan berkaitan menerusi laman web atau aplikasi MYFutureJobs.
Katanya lagi, terdapat sesi temuduga terbuka yang dijalankan setiap Selasa dan Khamis, namun tidak pasti apakah pekerjaan yang ditawarkan.
MYFutureJobs Bantu Orang Ramai Cari Kerja
Sebagai info, MYFutureJobs merupakan sebuah portal pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang dikendalikan oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi membantu orang ramai mendapatkan pekerjaan, antaranya:
- Sokongan percuma untuk pencari kerja.
- Cadangan pekerjaan berdasarkan lokasi berdekatan.
- Padanan pekerjaan berasaskan kemahiran menggunakan AI.
- Hebahan Karnival Kerjaya atau Program Temuduga.
- Kaunseling kerjaya dan sokongan peribadi.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Tips Uruskan Kewangan Untuk Graduan Yang Baru Melangkah Ke Alam Pekerjaan
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Hamil Tak Diambil Kerja Satu Diskriminasi? Pengamal HR Tampil Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: Cuak Nak Hadir Interview Kerja? Wanita Kongsi Teknik STAR Untuk Bantu Calon