fbpx
Now Reading
T&C Bateri QV-E Ada ‘Shariah Compliant’? Perodua Tampil Beri Penjelasan

T&C Bateri QV-E Ada ‘Shariah Compliant’? Perodua Tampil Beri Penjelasan

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, ia hanyalah salah faham komunikasi yang berlaku di peringkat dalaman khususnya pada klausa patuh syariah terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, klausa ‘Patuh Syariah’ yang terdapat dalam helaian pendedahan produk (Product Disclosure Sheet) bagi pelan pajakan bateri Perodua QV-E yang baru dilancarkan telah menjadi bualan ramai.

Dalam perkara 7 mengenai ‘tanggungjawab dan kewajiban penyewa bateri’ yang tular, Perodua menyatakan kereta dan bateri terbabit perlu digunakan untuk tujuan patuh syariah.

Ia meraih perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Threads yang berseloroh bahawa kereta terbabit tidak boleh digunakan bagi tujuan yang diharamkan di dalam Islam.

View on Threads

Hanya salah faham, Perodua tak berniat kenakan syarat patuh syariah kepada pengguna

Cakna dengan isu berkenaan, Perodua kemudiannya tampil menerusi satu kenyataan menjelaskan tentang perkara itu,

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, ia hanyalah salah faham komunikasi yang berlaku di peringkat dalaman khususnya pada klausa patuh syariah terbabit.

Menurutnya, pihaknya tidak berniat untuk mengenakan syarat patuh syariah kepada pelanggan semasa menggunakan kenderaan Perodua.

“Terma dan syarat yang betul turut dilampirkan bersama-sama dengan kenyataan ini untuk tujuan anda semua,” tulisnya.

Perodua turut mengemaskini terma dan syarat mengenai pajakan bateri dan telah menghapuskan perkataan ‘bateri dan kereta perlu digunakan untuk tujuan patuh syariah’ itu.

Sewa bateri berdasarkan Ijarah Operasi

Jelas Perodua, patuh syariah yang dimaksudkan adalah sewa bateri ini berdasarkan konsep Ijarah Operasi.

Perodua sebagai pemilik Bateri tersebut akan menyewakan Bateri kepada pengguna dengan kadar sewaan yang dipersetujui sepanjang tempoh sewaan yang telah ditetapkan.

“Hak milik Bateri kekal berada pada Perodua, manakala anda hanya mempunyai hak untuk menggunakan (usufruct) bateri tersebut.

“Pada akhir tempoh sewaan (9 tahun), anda boleh memulangkan bateri kepada Perodua atau melanjutkan tempoh sewaan bagi penggal kedua,” kata Perodua.

Perodua QV-E dilancarkan pada harga RM80,000 tak termasuk bateri

Terdahulu, pada Isnin lalu (1 Disember), Perodua telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka iaitu Perodua QV-E. Pelancaran ini juga menandakan kemunculan langganan bateri EV pertama di Malaysia untuk kereta penumpang.

Perodua QV-E ini hanya didatangkan dalam satu varian sahaja dengan dua pilihan warna iaitu Ice Blue dan Caviar Grey pada harga RM80,000 tanpa bateri.

Bateri pula perlu disewa secara berasingan melalui kontrak ‘Battery-as-a-Service’ (BaaS) dengan bayaran sebanyak RM275 sebulan (tidak termasuk SST) selama 9 tahun. Malah bateri terbabit juga akan tetap menjadi milik Perodua selepas tamat kontrak.

Baca Artikel Berkaitan: Perodua Lancar Kereta EV Pertama, QV-E Berharga RM80,000 Tak Termasuk Bateri

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.