fbpx
Now Reading
Lori Gesel Kereta Range Rover Parkir Di Laluan Bas & Teksi Raih Perhatian Ramai [Video]

Lori Gesel Kereta Range Rover Parkir Di Laluan Bas & Teksi Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan kereta Range Rover berwarna putih itu calar akibat digesel oleh lori berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali berada di jalan raya, kita sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa bersabar.

Bukan hanya itu, kita juga perlu mengikut undang-undang lalu lintas yang sudah ditetapkan bagi mengelakkan kemalangan atau sebarang perkara tak diingini berlaku.

Mana-mana pengguna jalan raya yang tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Tular lori gesel kereta mewah dipercayai parkir tepi jalan

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sebuah lori menggesel sebuah kenderaan sewaktu berada di satu jalan dipercayai di sekitar Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menerusi video tular itu, awalnya kelihatan lori berwarna coklat itu berada di sebelah kiri mengikuti lorong bas dan teksi.

Malah turut kelihatan lorong berkenaan juga diwarnakan dengan garisan kuning sebagai peringatan ia adalah laluan khas.

Sebaik melepasi satu jambatan, kelihatan pemandu lori itu menyalakan lampu isyarat kanan serta mengeluarkan tangan seolah-olah memberitahu ingin menukar laluan ke sebelah kanan.

Pemilik dashcam beri laluan untuk lori masuk, sebelum gesel kereta

Pemilik dashcam yang melihat perkara itu, kemudiannya memberikan laluan agar lori itu dapat memasuki ke lorong kanan.

Namun lori tersebut dilihat tidak memasuki ke lorong kanan itu sepenuhnya dan bertindak menggesel sebuah kenderaan putih jenis Range Rover yang dipercayai sedang berhenti atau diparkir.

Geseran itu telah menyebabkan beberapa panel kereta iaitu bahagian pintu bahagian depan dan belakang bercalar manakala cermin sisi dilihat seperti pecah.

Apa yang menjadi perhatian lori berkenaan tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanannya.

Menerusi video yang dikongsikan dipercayai insiden itu berlaku pada 2 Disember yang lalu.

View on Threads

Video lori sagat kereta parkir di tepi jalan raih perhatian

Melihat di ruangan balas, video itu mendapat perhatian orang ramai yang memberikan pelbagai pendapat.

Ada yang mengatakan ada individu yang sudah membuat laporan polis terhadap lori tersebut. Tidak kurang ada yang mengatakan lori itu boleh dikenakan tindakan saman kerana menggunakan laluan khas untuk teksi dan bas.

Namun ramai yang berpuas hati apabila melihat kereta itu digesel oleh lori berkenaan kerana dia tidak sepatutnya memarkir kenderaan di situ memandangkan ia menghalang lalu lintas.

Ada juga mengatakan laluan di jalan raya itu sentiasa sesak tidak kira siang mahupun malam disebabkan ramai yang memarkir kenderaan di tepi jalan seperti kereta di dalam video itu.

“Lori boleh kena saman, guna laluan khas untuk teksi dan bas”

“Crunch nya bunyi dia”

“Sini pagi, petang, malam jem. Punca jem orang-prang macam ni park tepi jalan. Bas Rapid nak lalu nak turunkan orang pun susah”


“Jalan Klang Lama, tempat ni dah lah jem kau pula pergi parkir situ lagi. Kalau petang nak ke malam lagilah bersusun kereta parkir nak makan kedai cina tepi tu. Tahniah kena sagat”

“Laa ni ke puncanya kereta kena sagat depan Scott Garden tu? Nampak kereta ni pagi tadi masa nak pergi kerja”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.