Dah Lama Pakai Perodua Kancil, Wanita Hadiahkan Ibu Ayah Kereta Baru Buat Ramai Sebak [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan Jieyha menyerahkan kunci kereta Toyota Vios yang dibelinya itu kepada si ibu yang merupakan pemilik sebenar kenderaan terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap yang bergelar anak pastinya ingin menggembirakan hati ibu dan ayah dengan pelbagai perkara seperti melalui kejayaan yang dikecapi dan banyak lagi.
Malah ada juga yang memberikan hadiah sebagai balasan kepada ibu ayah yang sudah bersusah payah dan banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak.
Oleh itu, tidak hairan lah jika kita lihat ramai anak-anak kini berhempas pulas untuk melihat orang tua mereka tersenyum gembira.
Hadiah kereta jenama Toyota kepada ibu ayah
Baru-baru ini, seorang wanita turut melakukan perkara sama apabila menghadiahkan ibu dan ayahnya sebuah kereta jenama Toyota.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Jieyha di TikTok, kelihatan ibunya menggunakan sebuah kereta Perodua Kancil untuk berjalan kemana-mana. Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Jieyha menyimpan impian untuk memberikan hadiah kereta kepada ibu dan ayahnya.
Namun siapa sangka impian itu akhirnya menjadi kenyataan apabila dia berjaya menghadiahkan kereta Toyota Vios berwarna putih kepada ibu bapanya.
Serahkan kunci kereta baru kepada ibu ayah
Dalam video itu, turut kelihatan Jieyha menyerahkan kunci kereta tersebut kepada ibu dan mereka sekeluarga bergambar sebagai kenangan.
Turut kelihatan kereta Vios itu turut diletakkan reben yang besar sebagai tanda tahniah kepada si pemilik.
Kelihatan wajah ibu dan ayahnya begitu gembira, malah Jieyha turut berkongsi momen ketika ibu membawa kenderaan itu keluar daripada parkir.
“Teruntuk umi dan abah, percayalah ini impian setiap anak nak bahagiakan kedua orang tuanya. Setiap saat berdoa kalau diberi rezeki nak sangat bagi umi dan abah merasa kereta baru. Syukur, alhamdulillah Allah SWT Maha Baik.
“Dulu saya tak pernah sangka boleh hadiahkan sesuatu sebesar ini untuk kedua orang tuaku. Saya tahu saya tak mampu balas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini.
“Tapi hari ini, dengan izin Allah SWT, impian kecil saya jadi kenyataan. Syukur, alahamdulillah atas langkah yang dipermudahkan,” katanya.
Berterima kasih kepada ibu bapa atas pengorbanan, doa dan kasih sayang
Jieyha turut berterima kasih di atas doa, kasih sayang dan pengorbanan yang tidak putus daripada ibu bapanya.
Malah dia juga memberi semangat kepada mereka yang sedang berusaha untuk tidak cepat mengalah dan percaya dengan usaha yang dilakukan.
“Impian kita satu hari nanti akan jadi nyata juga insya-Allah. Doakan saya murah rezeki selalu. Doakan ibu bapa saya sihat selalu ya.”
@nnajieyha_laa Teruntuk Umi dah Abah percayalah ini impian setiap anak nak bahagiakan kedua orang tuanya. Setiap saat berdoa kalau diberi rezeki nak sangat bagi umi Abah merasa kereta baru. Syukur Alhamdulillah Allah maha baik 🤲🏻😭 Dulu saya tak pernah sangka boleh hadiahkan sesuatu sebesar ini untuk kedua orang tuaku. Saya tahu saya tak mampu balas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini. 🥲 Tapi hari ini, dengan izin Allah, impian kecil saya jadi kenyataan. Syukur Alhamdulillah atas setiap langkah yang dipermudahkan. terima kasih atas segala doa, kasih sayang, dan pengorbanan yang tak pernah putus. Untuk semua yang sedang berjuang, jangan pernah berhenti percaya dan berusaha. Impian kita satu hari nanti akan jadi nyata juga insyaAllah. Doakan saya murah rezeki selalu. Doakan ibu bapa saya sihat selalu ya 🤍🫶🏻 #mydreamcometrue #achievementunlocked
♬ Reverb Bintang Yang Hilang – HairLuxLab Official Store
Ramai rasa sebak dan bangga lihat Jieyha hadiahkan kereta kepada ibu ayah
Melihat di ruangan komen ramai yang bangga dan sebak dengan apa yang dilakukan oleh Jieyha dan ingin mengikuti jejak langkahnya.
Malah ada yang mengatakan ia suatu perkara yang menyeronokkan apabila dapat membahagiakan ibu bapa.
“Alhamdulillah, tahniah kak dapat bahagiakan ratu hati kak. Semoga kak sekeluarga dimurahkan rezeki.”

“Bangga dengan awak, kak Jieyha”

“Bangga dengan awak sis, semoga suatu hari dapat ikut jejak sis. Bahagiakan ibu bapa dan keluarga”




