fbpx

Tular Cikgu Lelaki Didakwa ‘Groom’ Murid Perempuan 15 Tahun, Ramai Minta Ambil Tindakan

Menerusi tangkap layar tersebut, kelihatan perbualan antara guru lelaki dan pelajar perempuan berusia 15 tahun itu mempunyai unsur yang lucah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sekolah bukan sahaja tempat untuk para pelajar menimba ilmu, sebaliknya ia juga sepatutnya menjadi tempat yang selamat.

Ini kerana guru mahupun mana-mana kakitangan sekolah hendaklah melindungi pelajar daripada sebarang bahaya termasuklah menunjukkan tingkah laku yang baik.

Namun masih ada segelintir guru yang tidak menunjukkan contoh yang baik sebaliknya mengajar anak murid perkara yang tidak sepatutnya.

Cikgu Fadli luah rasa bimbang, ada guru didakwa ‘groom’ pelajar usia 15 tahun

Baru-baru ini seorang bekas guru terkenal iaitu Mohd Fadli Salleh telah meluahkan rasa bimbang apabila mendedahkan tangkap layar memaparkan perbualan berbaur lucah antara seorang guru lelaki dan juga pelajar yang berusia 15 tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Cikgu Fadli mendakwa pelajar berkenaan menjadi mangsa ‘groom’ guru berkenaan di sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah.

Malah Cikgu Fadli turut berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan perbualan guru tersebut dengan pelajar terbabit.

“Cikgu lelaki ‘groom’ murid perempuan usia 15 tahun. Seramnya baca perbualan lucah mereka. Sebelum ada yang kecam budak tu, saya nak cakap siap-siap. Ya, budak (pelajar) tu pun salah sebab dia melayan.

“Tapi kawan, budak tu baru umur 15 tahun. Akal tidak sempurna lagi. Ditipu, diperdaya orang dewasa dan inilah dia dipanggil ‘grooming’. Awal-awal cakap elok, tanya khabar, tunjuk ambil berat. Bila nampak budak dan mula layan, mula masuk jarum perlahan-lahan.

“Suruh panggil abang. Lepas tu mula bergurau ‘soft porn’ dulu bab muah (ciuman), peluk, cium… Lepas tu ajak jumpa,” ujarnya dalam hantaran berkenaan.

Cikgu Fadli tegaskan guru tak sepatutnya melakukan perbuatan tersebut, syukur pelajar cepat sedar

Kata Cikgu Fadli lagi, remaja yang di ‘groom’ sememangnya mudah untuk terikut apatah lagi individu itu adalah gurunya sendiri yang sepatutnya membuatkan mereka berasa selamat seperti ayah yang melindung anak-anak.

Malah dia menasihatkan guru tidak sepatutnya melakukan hal demikian kepada mereka yang di bawah umur dan bersyukur pelajar terbabit menyedari perkara itu dengan cepat.

“Kes ni dah pun dibuat laporan polis dan SISPA. Kes ni berlaku di Alor Setar, Kedah.

“Dengar kata, cikgu tersebut ditukar ke sekolah lain. Harap cikgu tu betul-betul insaf dah lah. Jangan jadikan pelajar sekolah lain jadi mangsa pula.”

Ramai mahu tindakan diambil terhadap guru ‘groom’ pelajar perempuan

Melihat di ruangan komen ramai yang mahukan tindakan diambil ke atas pendidik tersebut dan meminta Cikgu Fadli untuk membuat laporan.

Ada yang menyifatkan ia satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang guru.

Tak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan guru yang mempunyai sikap yang sama.

Malah ramai yang berasa geli atau kurang selesa apabila membaca tangkap layar perbualan antara guru dan pelajar tersebut.

“Tindakan tukar sekolah je? Nanti cari mangsa dekat sekolah lain pula. Adoii, cuba bagi gantung tugas tanpa gaji, barulah dia ada akal”

“Buat laporan cikgu. Ni dah kira ‘seksual grooming’ dah. Ni kira satu kesalahan. Tak tahu berapa ramai anak murid kena macam ni. Wajib ambil tindakan dan jauh dari dia kanak-kanak”

“Cikgu mcam ni tak patut tukar, elok buang kerja terus. Dia tukar sekolah lain, budak lain pula yang jadi mangsa dia. Spesis pedofilia tak ada yang berubah jadi baik, cuma tukar mangsa lain je.”

“Minta dijauhkan perkara sebegini dari anak-anak kita..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.