fbpx

Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Tanpa Penjaga Di Raub, Ibu Bapa Hanya Sedar Ketika Tiba Di KL

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu ditemui sedang berkeliaran di tempat letak kereta sebuah restoran oleh seorang lelaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi kebanyakan ibu bapa, anak merupakan segalanya dalam kehidupan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai yang sanggup berkorban wang ringgit dan tenaga bagi memastikan cahaya mata tersayang hidup dalam keadaan selesa dan selamat.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Ada hari ibu bapa diuji dengan cabaran dan halangan walaupun kesemua faktor telah diambil kira.

Manakan tidak, tetap ada situasi yang berlaku di luar jangkaan yang boleh menguji ibu bapa.

Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Tanpa Penjaga, Individu Teman 45 Minit Sebelum Hantar Ke Balai Polis

Semalam (1 Disember), tular di media sosial seorang kanak-kanak ditemui tanpa penjaga di hadapan sebuah restoran yang terletak di Raub, Pahang.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook Polis Daerah Raub, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu ditemui sedang berkeliaran di tempat letak kereta premis berkenaan oleh seorang lelaki.

Menyedari kanak-kanak itu yang keseorangan, lelaki berkenaan bertindak menemani dan menunggu keluarga si cilik itu selama 45 minit.

Namun, tiada seorang pun ahli keluarga kanak-kanak terbabit muncul menyebabkan lelaki berkenaan menghantarnya ke Balai Polis Raub.

Pihak Polis Berjaya Hubungi Keluarga, Sangka Anak Naik Kereta Kakak

Pun begitu, polis telahpun berjaya menghubungi ahli keluarga kanak-kanak berkenaan dan mereka tiba di Balai Polis Raub untuk mengambil si cilik itu kira-kira jam 4.00 petang.

“Ketua Polis Balai Raub telah menemubual ibu bapa kanak-kanak tersebut yang mana mereka menaiki dua kenderaan dari Johor Bharu pada 30.11.2025 untuk ke Tersan, Dong, Pahang.

“Selesai urusan Dong, pada 1 Disember 2025, jam 12.00 tengah hari mereka berhenti makan di restoran di Raub. Selesai makan keluarga ini teruskan perjalanan balik ke Johor Bharu,” kata kenyataan itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah sebaik tiba di Kuala Lumpur, ibu kanak-kanak berkenaan telah menghubungi kakaknya bertanyakan keberadaan anaknya itu.

“Berlaku salah faham semasa menaiki kereta sebelum bergerak. Barulah ibu bapa kanak-kanak itu sedar bahawa anak mereka tertinggal di restoran.

“Ibu-bapa ini telah menghubungi pihak restoran dan dimaklumkan oleh pekerja restoran anaknya telah diserahkan di Balai Polis Raub,” tulis mereka lagi.

Susulan dari kejadian ini, pihak polis meminta orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa peka dengan persekitaran agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

MAKLUMAN SEORANG KANAK-KANAK LELAKI BERUMUR 2 TAHUN TELAH DIJUMPAI TANPA PENJAGA DI HADAPAN RESTORAN AZMI STIM, RAUB,…

Posted by Polis Daerah Raub on Monday 1 December 2025

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Terkejut Terima Panggilan, Rupanya Anak Bongsu Tertinggal Di R&R Pagoh [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Tertinggal Di Stesen Minyak, Respon Ibu Undang Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.