Influencer Persoal Kereta EV Kemalangan Tak Diisytihar ‘Total Lost’, Ambil Masa Lama Untuk Dibaiki [Video]
Menurut Influencer Iman Kamil, kereta EV jenis MG4 itu telah berpindah-pindah bengkel kerana kebanyakannya tidak dapat membaiki kenderaan terbabit dan mengarahkannya untuk meminta kepada pihak insurans agar ia diklasifikasikan sebagai ‘total lost’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kenderaan di Malaysia diwajibkan untuk mengambil insurans kerana terdapat pelbagai kebaikan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini atau tidak dijangka.
Insurans kenderaan membantu memudahkan proses penyelesaian apabila berlaku kemalangan dan dapat mengelakkan mangsa daripada perlu menanggung sendiri kos pembaikan kenderaan sendiri serta pihak ketiga.
Tidak hanya itu, pelaksanaan insurans wajib ini turut menyumbang kepada kestabilan sistem pengangkutan negara.
Iman Kamil kongsi pengalaman tuntut insurans dan proses baiki kereta EV kemalangan
Pun begitu, baru-baru ini, influencer Iman Kamil telah tampil berkongsi pengalaman dalam proses menuntut insurans bagi kenderaan elektrik (EV) miliknya yang pernah terlibat kemalangan pada bulan Oktober tahun lalu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Iman menyatakan proses untuk keretanya dibaiki telah mengambil masa lebih setahun.
“Setahun lebih kena ‘sidai’, jadi sebelum beli kereta EV fikir masak-masak. Kalau rosak kemek sikit mungkin tak lama sangat tunggu, tapi kalau sudah hancur macam kereta EV aku ini, bertabahlah,” tulisnya di kapsyen.
Persoal tindakan pihak insurans tak nak isytihar ‘total lost’
Dakwa Iman, pihak insurans juga hanya meluluskan kenderaan itu untuk dibaiki dan bukannya mengisytiharkannya sebagai ‘total lost’.
Menurutnya, kereta EV jenis MG4 itu telah berpindah-pindah bengkel kerana kebanyakannya tidak dapat membaiki kenderaan terbabit dan mengarahkannya untuk meminta kepada pihak insurans agar ia dikira sebagai ‘total lost’.
“Sejujurnya aku tak kisah, nak total lost pun okay, tapi kalau boleh baiki pun aku okay, janji jangan buang masa dan buang duit aku sebab tiap-tiap bulan aku bayar kereta tu,” katanya.
Susulan itu, Imam mempersoal mengapa pihak insurans tidak mahu mengisytiharkan kenderaan EV miliknya sebagai total lost dan adakah proses untuk dibaiki mengambil masa yang lama.
@yes_iman Pengalaman claim insurance & repair kereta EV accident. Setahun lebih kena sidai. So sebelum beli EV fikir masak-masak. Kalau rosak, kemek sikit, maybe takde laa lama sangat kena sidai. Tapi kalau dah hancur macam EV aku ni, bertabah laa…
♬ original sound – Iman Kamil
Baca Artikel Berkaitan: King Myvi Paling Banyak Kemalangan & Claim Insurans Untuk Tahun 2024
Baca Artikel Berkaitan: Owner Audi Sanggup Buat Laporan Polis Palsu Hanya Kerana Ingin Claim Insurans
Baca Artikel Berkaitan: Pastikan Polisi Insurans Kereta Korang Ada 3 Benda Ni Kalau Nak Buat Tuntutan Jika Kena Banjir Di Thailand [Video]



