fbpx
Now Reading
Gelombang Udara Dalam Tiub IV Drip Boleh Jadi Bahaya, Sebabkan Embolisme Udara

Gelombang Udara Dalam Tiub IV Drip Boleh Jadi Bahaya, Sebabkan Embolisme Udara

Antara simptom embolisme udara yang disebabkan oleh gelombang udara ialah sesak nafas,sakit dada dan batuk berdarah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali seorang pesakit dirawat atau dimasukkan ke hospital, kebiasaannya pasti dia akan dipakaikan dengan branula pada tangan atau lengannya.

Dalam sesetengah keadaan, branula akan disambung pula dengan tiub yang panjang bertujuan untuk memasukkan cecair seperti ubat-ubatan, solusi elektrolit dan darah ke dalam saluran darah, prosedur yang dikenali sebagai ‘intravenous drip’ (IV drip).

Tapi pernah tak anda dengar, terdapat bahaya kalau ada gelombang udara dalam tiub IV drip tu? Ada yang kata sampai boleh menyebabkan kematian.

Baca Artikel Berkaitan: Warna Pada Branula Bukan Sekadar Hiasan, Setiap Satu Ada Kegunaan Tersendiri

Wanita Kongsi Tiub IV Drip Penuh Gelombang Udara Ketika Jalani Prosedur Infusi

Baru-baru ini tular di TikTok apabila seorang wanita berkongsi keadaannya di dalam sebuah wad di hospital yang sedang menerima infusi zat besi menerusi IV drip.

Namun apa yang mengejutkan orang ramai adalah terdapat gelembung udara di dalam tiub tersebut.

Katanya dia telah memaklumkan kepada jururawat bertugas ketika terdapat gelembung udara kecil, tetapi dia diberitahu bahawa perkara itu tidak membawa sebarang masalah.

Apabila gelembung udara semakin banyak, dia tidak memaklumkan semula kepada jururawat kerana menganggap ia tidak berbahaya.

Sumber gambar: TikTok

Ramai Risau Lihat Banyak Gelombang Udara Dalam Tiub IV Drip

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuklah mereka yang bekerja dalam bidang perubatan sendiri, yang menyatakan bahawa perkara itu amat berbahaya.

Kata mereka, gelembung udara yang masuk ke dalam saluran darah boleh menyebabkan masalah embolisme udara dengan simptom seperti sesak nafas, batuk malah jantung tersumbat.

Pengamal perubatan juga berkata bahawa mereka pasti akan meminta pesakit yang dirawat segera memaklumkan kepada mereka sekiranya terdapat gelembung udara itu.

Gelombang Udara Yang Masuk Ke Dalam Saluran Darah Boleh Sebabkan Simptom Serius

Menurut Cleveland Clinic, embolisme udara terjadi apabila udara masuk ke dalam salur darah, sama ada pada arteri atau urat.

Gelombang udara ini akan menghalang aliran darah dan sememangnya berbahaya, serta boleh menyebabkan kerengsaan dan kerosakan tisu.

Namun begitu, perkara ini jarang berlaku dan kebanyakannya terjadi akibat komplikasi prosedur perubatan.

Simptom embolisme udara berbeza bergantung kepada bahagian tubuh badan yang terlibat, antaranya:

  • Degupan jantung tidak teratur
  • Tekanan darah turun mendadak
  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Sakit kepala
  • Pening atau bingung
  • Perubahan pada visi
  • Paralisis pada satu bahagian badan
  • Hilang kesedaran

Kesemua ini merupakan petanda kecemasan perubatan dan perlu mendapatkan bantuan secepat mungkin.

Isi Padu Udara Yang Tinggi Ketika IV Drip Akan Sebabkan Embolisme Udara

Jadi betul ke gelombang udara yang masuk ke saluran darah dalam prosedur IV drip juga amat berbahaya?

Berdasarkan penerangan oleh seorang doktor di bahagian Unit Rawatan Intensif (ICU), dia berkata aliran darah boleh terhalang apabila terdapat banyak udara yang masuk ke dalam saluran darah.

Gelombang udara ini seterusnya boleh bergerak ke bahagian tubuh badan lain termasuk organ penting seperti paru-paru, jantung dan otak.

Namun katanya, hanya isi padu udara yang amat banyak dalam prosedur peripheral IV boleh menyebabkan embolisme udara.

Menurut beberapa sumber lain, jumlah udara yang tinggi ini adalah sekitar 200ml ke 300ml dan bergantung juga kepada berat badan pesakit.

Akan tetapi, jika IV drip dilakukan secara lebih invasif seperti terus ke bahagian jantung, walaupun sedikit gelembung udara yang masuk sudah boleh menyebabkan simptom embolisme udara.

@drchintandave Air embolism is a real risk with central access #doctor #nurse #hospital #iv #needle ♬ original sound – Dr. Dave
@medexplained2you

Stitch with @Hiyaant Have you ever had an air bubble in your IV tubing? Fat*l air embolism can occur with intravenous administration of approximately 200–300 mL of air at a rapid rate (e.g., 100 mL/min), but much smaller volumes (as little as 50 mL injected abruptly) have been reported to cause acute cardiovascular collapse and death, especially if the air enters the arterial circulation or the coronary/cerebral vessels.

♬ original sound – Med Explained 2 You, LLC
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.