Wanita Kongsi Detik Cemas, Dakwa Rider Baling Batu Hingga Cermin Kereta Pecah [Video]
Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat berlakunya aksi kejar-mengejar antara wanita berkenaan dan rider dengan nombor pendaftaran dari Singapura.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya seringkali dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Selain itu, pengguna perlu bersabar dan saling bertolak ansur bagi memastikan perjalanan menjadi lebih selamat dan lancar.
Namun entah mengapa, ada segelintir yang dilihat mementingkan diri malah mengikut emosi ketika berada di jalanan.
Sikap sebegini sebenarnya boleh mengundang bahaya, lebih teruk jika menjadi punca kepada kemalangan hingga menyusahkan orang lain.
Wanita Dakwa Penunggang Motosikal Pecahkan Cermin Kereta
Terbaharu, seorang wanita berkongsi detik cemas apabila kenderaannya rosak gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab individu.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @itsaeyin_._, dia mendakwa cermin keretanya pecah dek kerana seorang penunggang motosikal membaling batu ke arah kenderaannya itu.
Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat berlakunya aksi kejar-mengejar antara dia dan rider terbabit yang dipercayai dari Singapura.
Malah dapat dilihat cermin hadapan keretanya retak manakala cermin belakang pecah serta sebuah batu turut kelihatan pada tempat duduk belakang.
“Kereta aku kena pecah oleh si*l ni, siapa-siapa jumpa dia berhati-hati jela,” tulisnya.
View on Threads
Wanita Dakwa Penunggang Motosikal Cuba Cari Gaduh Sebelum Baling Batu
Dakwa wanita itu lagi, kejadian yang berlaku di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor itu mula berlaku apabila dia telah memberi isyarat dan mahu memasuki sebahagian lorong selepas Plaza Tol Bukit Indah sebelum rider berkenaan datang dari arah belakang.
“Lepas tu motor ni pula dia pergi laju lepas tu dia hon cari gaduh tunjuk jari tengah bagai.
“Kemudian dia langgar cermin sisi bahagian kanan. Lepas tu kita kejar sebab nak ambil plate number.
“Then he went to take batu besar dekat tunnel, then dia kejar nak baling batu ke tempat duduk penumpang tetapi tak lepas sebab kita pecut, pastu ada traffic light kita berhenti sebab tengah merah, dia baling batu tu dari belakang,” dakwanya lagi.
Difahamkan, wanita itu telahpun membuat laporan polis di Balai Polis Taman Perling, Johor Bahru, Johor pada hari ini berhubung kejadian tersebut.

Malah, wanita itu menjelaskan dia cuba membuat laporan kepada pihak berkuasa Singapura namun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mempunyai Singpass iaitu digital ID yang membolehkan seseorang menggunakan pelbagai perkhidmatan kerajaan atau swasta di Singapura.

Pada masa yang sama, dia turut memohon maaf kepada mana-mana pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian berkenaan.
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Perkongsian yang telah mendapat lebih 358,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan penunggang motosikal berkenaan yang dilihat amat berbahaya sehingga menyusahkan pengguna lain.
Malah, ada yang menyarankan agar wanita itu membuat laporan polis di kedua-dua negara selain menularkan kejadian tersebut di media sosial agar tindakan dapat diambil.
Namun, ada segelintir yang berpendapat kemungkinan wanita tersebut telah melakukan sesuatu yang mengundang kemarahan rider terbabit.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Saya Dari Singapura & Saya Nak Rider Ni Diviralkan, Sis Ada Dashcam Tak?

“Kau Mesti Ada Buat Something Dekat Dia Dulu Ni”

“Kenapa Nak Tanya Sis Ni Buat Apa? Saya Duduk JB Memang Kebanyakan Perangai Yang Bawa Motor Macam Ni”

“Post Dekat Facebook Singapura, Viralkan, Dapatkan Data & Buat Report Cubaan Bunuh Dengan Senjata”

“Jahatnya! Siap Menganjing Lagi Eh, Betul-Betul Kebal Dia Rasa”

Baca Artikel Berkaitan: Cermin Kereta Kena Pecah Kerana Double Park, Wanita Cari Saksi & Rakaman Dashcam
Baca Artikel Berkaitan: Tular 4 Kereta Di Pudu Dibaling Batu Oleh Individu Misteri Hingga Cermin Pecah [Video]
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.




