Ramai Terhibur Lihat Mat Saleh ‘Review’ Minum Air Kacip Fatimah, Siap Cakap Rasa ‘Not Bad’ [Video]
Lelaki berkenaan menyatakan rasa minuman air kacip fatimah itu tidak begitu teruk dan rasanya seperti teh ais bersama madu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, ada sesetengah minuman yang dibuat khusus untuk wanita atau lelaki sahaja kerana khasiat-khasiat yang terkandung di dalam air itu.
Sebagai contoh, tumbuhan herba Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumila yang dijadikan minuman mempunyai pelbagai khasiat untuk wanita.
Maka tidak hairanlah, jika jenama-jenama minuman yang mempunyai kandungan kacip fatimah kebanyakannya diminum oleh wanita sahaja.
Tular mat saleh cuba minum air kacip Fatimah
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki warga Norway yang kini berada di Malaysia mencuba minuman jenama Per’l Café iaitu Kacip Fatimah & Collagen Café.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@fergusaskeland), lelaki terbabit mencuba minuman itu selepas diminta oleh salah seorang pengikutnya.
Difahamkan, dia sebelum ini melakukan ‘review’ dengan mencuba tiga jenis minuman yang dibeli di sebuah kedai serbaneka.
Mat saleh akui rasa minuman air kacip fatimah seperti teh campur madu
Ketika meminum air campuran herba kacip fatimah itu, lelaki berkenaan menyatakan rasanya tidaklah begitu teruk.
Pada pendapatnya, air tersebut mempunyai rasa seperti teh ais dengan campuran madu.
“Sebenarnya not bad, ia rasa seperti air teh ais dengan campuran madu. Saya bagi rating 6/10,” katanya.
@fergusaskeland Replying to @😬 ♬ original sound – fergusaskeland
Khasiat kacip fatimah bukan mitos
Untuk info, khasiat yang terkandung di dalam kacip fatimah bukanlah sekadar mitos, sebaliknya memang benar mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan wanita menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM).
Berikut adalah kebaikan kacip fatimah:
- Boleh menguatkan dan menyembuhkan faraj
- Melegakan otot faraj
- Mengimbangi hormon wanita
- Meningkatkan sistem imum
- Merendahkan tahap kolestrol
- Dapat mengelak simptom menopause
Malah, minuman air kacip fatimah juga boleh diminum oleh lelaki untuk memberi tenaga meskipun khasiatnya tidaklah sebanyak seperti wanita.
Netizen beri pelbagai reaksi, siap berseloroh
Sementara itu, memindai ke ruangan komen pada hantaran terbabit, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi.
Kebanyakan orang terhibur melihat gelagat lelaki itu melakukan ‘review’ minuman berkenaan yang kebanyakannya diminum oleh kaum wanita sahaja.
Tidak kurang juga netizen yang berseloroh dengan komen-komen yang melucukan sekali gus menghiburkan lelaki terbabit.







