fbpx

Pemandu Kongsi Detik Cemas, Penumpang Lahirkan Anak Dalam Kereta Ketika Perjalanan Ke Hospital

Kongsi pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Norwin, dia pada mulanya didatangi oleh beberapa orang individu yang sedang mengangkat seorang wanita yang mahu bersalin pada jam 7.30 pagi tadi (1 Disember).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan individu lebih senang memandu atau menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Namun pada masa kini, ramai juga yang lebih senang memilih perkhidmatan e-hailing untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Buat mereka yang terlibat dalam sektor perkhidmatan sebegini, pastinya pelbagai ragam pelanggan atau pengalaman unik pernah dilalui.

Penumpang Lahirkan Bayi Dalam Kereta Ketika Perjalanan Menuju Ke Hospital

Itulah yang dihadapi oleh seorang pemandu wanita e-hailing apabila penumpangnya melahirkan bayi dalam kereta.

Detik mendebarkan itu dikongsikan oleh pemandu wanita berkenaan, Norwin Mohamad di Facebook miliknya pagi tadi.

Memetik Harian Metro, Norwin yang baru setahun menyediakan perkhidmatan sewa kereta menjelaskan dia pada mulanya didatangi oleh beberapa orang individu yang sedang mengangkat seorang wanita yang mahu bersalin pada jam 7.30 pagi tadi (1 Disember).

Sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah, wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an itu tiba-tiba melahirkan bayi hingga menyebabkan penumpang lain termasuk suami dan bapanya panik.

Pemandu Wanita Tak Rasa Gementar Hadapi Detik Cemas

Namun bagi Norwin, dia tidak merasa begitu gementar memandangkan telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak hasil dari perkahwinannya itu.

Malah, dia turut meminta penumpang lain bertenang dan terus memandu ke destinasi yang dituju.

“Saya cuma kasihan melihat bayi itu kerana sebaik disambut oleh seorang wanita yang bersama mereka yang saya kira ‘bidan kampung’, bayi itu tidak menangis.

“Saya tidak sempat mendapatkan maklumat mereka. Sebaik sampai di hospital, saya terus membawa kereta untuk dicuci. Saya harap bayi itu baik-baik saja,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Tak Minta Apa-Apa Bayaran, Penumpang Berulang Kali Minta Maaf

Kongsi Norwin lagi, dia tidak meminta bayaran dari penumpang berkenaan kerana memahami situasi yang dihadapi oleh mereka sekeluarga.

Bukan itu sahaja, dia turut berasa kasihan dengan suami wanita terbabit kerana berusaha membersih dan mengelap kesan darah yang memenuhi tempat duduk menggunakan bajunya.

Jelas Norwin, bapa serta suami penumpang terbabit juga berulang kali memohon maaf atas kejadian berkenaan.

“Saya kata tidak apa sebab saya faham perasaan mereka. Saya juga tidak sangka selepas memuat naik gambar di laman sosial, ada beberapa pusat cuci kereta menghubungi saya dan menawarkan bantuan mencuci kereta secara percuma.

“Mereka cakap mahu bantu kerana saya sudah bantu orang,” katanya.

Kongsi Norwin lagi, penumpangnya itu telah menahan kontraksi sejak jam 3 pagi lagi namun tidak dibawa ke hospital di peringkat awal kerana dipercayai warga asing.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu E-Hailing Hairan Pelanggan Minta Hantar Walaupun Jarak Dekat Tapi Terkejut Lepas Tahu Kisah Sebenar [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu E-Hailing Pandai Cakap Korea Buat Pelancong Teruja, Siap Boleh Berborak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.