“Malaysia Mendonia!” – Ramai Teruja Dengar Dialog Bahasa Melayu Dalam K-Drama [Video]
Menyedari persoalan yang timbul, aktor berkenaan yang dikenali sebagai Amir Haiqal tampil memberi penjelasan di akaun Threads miliknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Majoriti kebanyakan rakyat Malaysia sememangnya meminati siri drama dari Korea Selatan atau juga dikenali sebagai k-drama.
Manakan tidak, kebanyakan jalan cerita yang dihidangkan kepada penonton disifatkan tidak cliché malah berbeza dari yang lain.
Namun, ada juga yang menonton k-drama hanya kerana watak yang dilakonkan oleh artis kegemaran mereka sendiri.
Aktor Lakon & Guna Bahasa Melayu Dalam K-Drama
Baru-baru ini, tular di media sosial adegan sebuah k-drama yang sedang ditayangkan di sebuah platform penstriman.
Menerusi sedutan babak yang dikongsikan di Threads, beberapa orang pengguna meluahkan persoalan mereka tentang dialog yang digunakan oleh seorang pelakon dalam drama tersebut.
Manakan tidak, dialog yang digunakan oleh aktor berkenaan adalah Bahasa Melayu sewaktu adegan dia mengejar pelakon utama, Lee Jee Hon dalam siri k-drama Taxi Driver Musim Ketiga.
Melalui perkongsian itu, kedengaran aktor tersebut menggunakan beberapa ayat seperti ‘Woi’ dan kata-kata makian dalam babak yang dilakonkan di sebuah bengkel kereta.
View on Threads
View on Threads
Aktor Tampil Beri Penjelasan, Pengarah Memang Suruh Lakonkan Babak Dalam Bahasa Melayu
Menyedari persoalan yang timbul, aktor berkenaan yang dikenali sebagai Amir Haiqal tampil memberi penjelasan di Threads @hhighqal.
Jelas Haiqal, dia yang berasal dari Semenyih, Selangor telahpun menetap di Korea selama tujuh tahun.
Difahamkan, dia terus menyambung kerjaya sebagai pelakon selepas menamatkan pengajian di salah sebuah universiti tempatan.
“Hi assalamualaikum semua. Memandangkan ada dapat banyak soalan, to clear things up, saya berasal dari Semenyih, Malaysia dan dah duduk di Korea selama 7 tahun.
“Saya dulu study di Konkuk University bidang Films and Acting dan selepas saya graduate, saya memang continue career saya sebagai pelakon di Korea dan bukan crew,” jelasnya.
Malah, Haiqal menjelaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam adegan drama Taxi Driver itu sememangnya merupakan permintaan pengarah.

Turut Tampil Dalam K-Drama & Filem Korea Lain
Terang Haiqal lagi, dia juga pernah membuat penampilan dalam drama Korea yang lain bertajuk A Shop For Killers musim pertama serta filem Hideaway yang baru ditayangkan pada 19 November lalu.
“Saya tak pasti kalau movie ni akan release di Malaysia tapi kalau ada saya akan update.
“Selain tu saya juga ada terlibat dalam theatre. Korang boleh check instagram saya. Saya ada post dan juga beberapa independent filem yang saya berlakon sebagai watak utama,” kongsinya lagi.
View on Threads
Pada masa yang sama, Haiqal turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu atas sokongan yang diberikan kepadanya.
View on Threads
Ramai Teruja Aktor Guna Bahasa Melayu Dalam K-Drama
Perkongsian yang telah mendapat lebih 307,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja serta bangga dengan aksi yang dilakonkan oleh Haiqal apatah lagi peluangnya yang menjayakan babak tersebut bersama aktor terkenal.
Malah, ada juga yang terus menyuarakan hasrat untuk terus menyokong Haiqal dalam perjalanan seninya itu.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Good Job Anak Melayu Kita, Bangga! Terus Kembangkan Lagi Bakat Anda Bawa Nama Malaysia Kita”

“All The Best Dekat Korea. Semoga Maju Jaya, Jangan Tinggal Solat”

“Terbaik Bang! Bukan Senang Nak Dapat Airtime Selama Itu Dalam Drama Korea”

Baca Artikel Berkaitan: “Cerita Malaysia Sangkut Stetoskop Pon Tak Betul” – Dr Zulkifli Puji Drama Korea Penuh Mesej & Ilmu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peminat K-Pop Thailand Bantu Pemandu Tuk Tuk Raih Pendapatan Dengan Cara Kreatif



