fbpx
Now Reading
Kekurangan Bukan Halangan, Steven Sim Bangga OKU Penglihatan Berjaya Raih PhD [Video]

Kekurangan Bukan Halangan, Steven Sim Bangga OKU Penglihatan Berjaya Raih PhD [Video]

Menerusi hantaran yang dikongsikan di media sosial rasmi beliau, Steven meluahkan rasa bangga apabila anak FELDA yang pernah dibantunya, Dr Noorilham Ismail berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika ditanya kepada individu, masing-masing mempunyai impian dan harapan mereka tersendiri.

Ada yang mahu membahagiakan keluarga dengan cara menyediakan keperluan dan perbelanjaan harian, ada juga yang mahu menggapai kejayaan menerusi pelajaran.

Pun begitu, tidak semua berpeluang merealisasikan hasrat tersebut atas sebab tertentu contohnya seperti masalah kewangan.

Namun kadangkala ia bukanlah satu alasan kerana wujud insan baik yang sudi membantu mereka yang memerlukan.

Steven Sim Rai Kejayaan OKU Penglihatan Genggam PhD, Bantu Tambah Elaun Ketika Pengajian

Semalam (30 November), tular di media sosial perkongsian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang hadir ke Universiti Malaya (UM) bagi meraikan kejayaan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di media sosial rasmi beliau, Steven meluahkan rasa bangga apabila anak FELDA yang pernah dibantunya, Dr Noorilham Ismail berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di UM.

Memetik Harian Metro, Steven menjelaskan Noorilham bukan hanya sekadar bukti dalam dunia akademik tetapi simbol ketabahan luar biasa seorang anak FELDA yang pernah berdepan dengan penolakan masyarakat kerana kecacatan dan kekurangan.

“Saya sangat-sangat bangga. Dua tahun lalu hidupnya sangat susah, hanya menerima RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara dirinya dan isteri.

“Meskipun Ilham OKU penglihatan, cita-citanya ialah untuk buat PhD di Universiti Malaya.

“Demi menyokong cita-cita itu, Ifa (isterinya) terpaksa bekerja sepenuh masa sebagai ‘pembantu’ suaminya, memandu, membacakan bahan kajian dan menjaga makan minumnya.

“Selepas mengetahui kisah Ilham, saya bantu biaya kos peringkat akhir kajian PhD di Amerika Syarikat. Bulan-bulan saya tambah elaun RM1,000, setakat upaya saya.

“Akhirnya selepas dua tahun, saya cukup bangga hari ini. Ilham akhirnya bergelar Doktor,” jelasnya,

Pernah Ditolak Dalam Dunia Pekerjaan, Kini Bergelar Pensyarah

Kongsi Steven lagi, walaupun pernah ditolak kerana kecacatan yang dialami dalam dunia pekerjaan sebelum ini, namun itu tidak mematahkan semangat Ilham yang kini berjaya bergelar pensyarah di UM.

“Bukan setakat gaji sudah baik, malah dia berjanji akan menjadi guru yang baik, mendidik anak bangsa tanpa mengira kaum dan agama,” jelasnya.

Menerusi video yang dikongsikan, selain AirPods Max, Steven turut membuat kejutan dengan menghadiahkan jersi kelab bola sepak Ilham, Manchester United.

“Dia penyokong tegar Man Utd. Setiap kali tulis di Facebook, hujung ayat wajib ada: ‘Glory glory.’

“Mungkin sebab itu hatinya terlatih untuk menghadap naik turun hidup. Macam dia sayang kelab yang tak selalu menang tu, macam tu jugalah dia hadap hidup.

“Sakit hati ada, kecewa ada, gembira pun ada. Tapi dia tak lari, tak berhenti, tak berputus asa. Dua tahun lalu saya tulis: ‘Ilham, kau benar-benar ilhamku.’

“Hari ini di Universiti Malaya, saya nak tambah sikit: Glory, Glory, Dr Ilham. Jalan teruih,” jelasnya lagi.

2 tahun lepas, Ilham dan isterinya Ifa hidup dalam serba kekurangan. Ilham OKU penglihatan. Tapi cita-citanya ialah…

Posted by Steven Sim Chee Keong 沈志强 on Sunday 30 November 2025

Baca Artikel Berkaitan: Dari Sembang Kosong Atas Motor, Rider Terkejut Steven Sim Bantu Bayarkan Insurans Keluarga Selama Setahun

Baca Artikel Berkaitan: Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Raih Pujian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.