Tindakan Sekolah Minta Jangan Tekan Hon Kenderaan Ketika Peperiksaan SPM Cetus Perdebatan
Pihak sekolah menengah itu menggantung bunting di lampu isyarat, meminta orang ramai di kawasan sekitar supaya tidak membunyikan hon sepanjang peperiksaan berlangsung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum sedia maklum, peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 telah pun bermula 25 November ini (Selasa). Secara keseluruhannya, seramai 413,372 calon mendaftar menduduki SPM kali ini di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
Oleh disebabkan peperiksaan genting ini, pihak sekolah melakukan pelbagai inisiatif bagi memastikan kesemua calon dapat menjawab peperiksaan dengan lancar dan tenang dalam persekitaran yang selesa.
Ini termasuklah menyediakan sarapan pagi bagi pelajar yang tidak sempat menjamah makanan, memastikan kebersihan bilik darjah serta kawasan sekolah yang senyap.
Untuk info, peperiksaan ini dijadualkan berakhir pada 23 Disember 2025.
Pihak Sekolah Minta Pengguna Jalan Raya Tidak Bunyikan Hon Sepanjang SPM
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila seorang pengguna Facebook berkongsi satu bunting yang digantung pada tiang lampu isyarat bersebelahan sebuah sekolah.
Memandangkan pelajar tingkatan lima sedang menduduki peperiksaan SPM, pihak sekolah memohon agar orang ramai di kawasan sekitar termasuklah pengguna jalan raya dapat memberi kerjasama agar tidak membuat bunyi bising sehingga boleh menyebabkan fokus calon terganggu.
Menerusi tulisan di bunting tersebut, pihak sekolah menengah terbabit meminta orang ramai tidak membunyikan hon sepanjang peperiksaan itu dijalankan.
Lelaki itu bagaimanapun mempersoalkan permintaan pihak sekolah berkenaan.
“Budak sekolah sekarang masa SPM kereta pun tak boleh hon. Kita dulu sekolah tepi jalan juga tak ada macam ni. Paling tidak pun cikgu letak papan tanda jangan bising tepi dewan je,” kata lelaki itu di ruangan kapsyen.
Hantaran itu kemudiannya semakin tular selepas dimuat naik semula di laman Threads (@muzzzamirrr).
View on Threads
Orang Ramai Beri Pelbagai Pandangan Tentang Bunting Sekolah Itu
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang bunting itu. Segelintir individu berkata permintaan pihak sekolah berkenaan tidak salah selagi mana boleh memudahkan urusan calon SPM.
“Salah satu benda best bila kita makin dewasa ialah kita jadi lebih matang dan lebih memahami orang. Ia bagi kita peluang untuk bagi pengalaman lebih baik kepada generasi muda berbanding apa yang kita rasa dulu di sekolah.
“Bukan nak jadikan generasi ‘lembik’, tapi kalau kita boleh jadikan hidup anak-anak kita lebih baik dan lebih lembut, kenapa tak?” tanya seorang wanita.
Malah ada yang memaklumkan bahawa bunting itu tidak sama sekali mencerminkan anak muda sekarang yang dikatakan bersifat manja dan sebagainya.
“Ini sebenarnya adab asas je, kan? Tengok China, bila ada peperiksaan besar, memang tak ada siapa berani buat bising. Jadi kenapa bila benda macam ni dibuat di Malaysia, terus dianggap lemah?” tambah seorang pengguna Threads.
Sementara itu, ada juga sesetengah individu berpendapat bahawa bunyi hon tidak sepatutnya memudaratkan emosi pelajar-pelajar SPM.
“2025 tolong jangan hon. 2054 tolong jangan bernafas,” perli seorang netizen.
Pelajar SPM Kini Juga Duduki Ujian Lisan & Mendengar
Menurut seorang lelaki, permintaan sekolah itu adalah logik kerana berbanding dengan waktu dahulu, SPM kini mempunyai ujian lisan dan mendengar yang memerlukan persekitaran aman dan senyap.
“Sekarang SPM ada ujian lisan dan mendengar, memang logik pun ada peraturan jangan hon. Tak tahu keadaan semasa, lebih baik diam. Sekian dari seorang milenial. Nampak sangat b*doh kalau benda ni nak jadikan isu,” jelas individu terbabit.







Baca Artikel Berkaitan: “Ini Baru Betul, Tak Conteng Baju” – Sekumpulan Pelajar Sujud Syukur Selepas Tamat SPM Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bapa Meninggal Dunia Ketika Exam, Calon SPM Lengkap Berpakaian Sekolah Urus Jenazah Undang Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bahan Rujukan Musnah Kerana Banjir, Calon SPM Tak Patah Semangat Ulang Kaji Guna Telefon Bimbit



