fbpx
Now Reading
Pengantin Lelaki Terharu! Rakan Buat Kejutan Terbang Dari Sabah Sempena Hari Bahagia [Video]

Pengantin Lelaki Terharu! Rakan Buat Kejutan Terbang Dari Sabah Sempena Hari Bahagia [Video]

Menariknya, Afiq dan rakannya hanya mengambil masa selama sehari untuk membuat keputusan itu walaupun jemputan yang diterima kurang dua minggu sebelum majlis berlangsung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila ada perjalanan yang melibatkan perkhidmatan udara seperti kapal terbang, pasti ramai yang lebih senang membeli tiket pada awal waktu.

Manakan tidak, harga yang diperolehi jauh lebih murah berbanding membuat pembelian pada saat akhir.

Namun bagi sesetengah individu, itu bukanlah alasan atau halangan asalkan dapat bertemu dengan insan tersayang walaupun terpaksa membayar dengan harga yang agak tinggi.

Dapat Jemputan Kurang Dua Minggu Sebelum Majlis, Rakan Bincang Last Minute Hadir Kenduri Kahwin

Itulah yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang berasal dari Sabah apabila memberi kejutan kepada salah seorang rakan mereka di hari bahagia.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @mohdafiqkandi_, pengguna yang merupakan rakan pengantin lelaki berkongsikan momen indah tersebut sewaktu menghadiri kenduri kahwin rakannya di Shah Alam, Selangor.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pengantin lelaki berkenaan terkejut dan terharu serta mengelap air mata apabila menyedari kehadiran rakannya itu.

Bukan hanya pengantin lelaki sahaja malah masing-masing turut sedih dengan pertemuan itu.

Kongsi Afiq, mereka membuat keputusan untuk menghadiri majlis kahwin dan memberi kejutan kepada pengantin lelaki yang dikenali sebagai Jackson Joseph.

Menariknya, Afiq dan rakannya hanya mengambil masa selama sehari untuk membuat keputusan itu walaupun jemputan yang diterima kurang dua minggu sebelum majlis berlangsung.

“Kawan-kawan dari Sabah semua mahu hadir dan bagi kejutan. Bincang sehari, esok book flight ticket, cari homestay dan apply cuti.

“Memang biasa kalau plan lama-lama benda tak akan jadi, kena on the spot dan last minute, insya-Allah plan akan jadi,” kongsinya.

Ada Rakan Yang Tak Dapat Datang, Titip Ucapan Tahniah Buat Rakan

Jelas Afiq lagi, dia gembira dengan pertemuan tersebut apatah lagi hampir sedekad mereka tidak berjumpa dek kerana situasi masing-masing yang sudah mempunyai kehidupan sendiri.

“Tapi macam biasa, tetap ada beberapa halangan yang tak dapat elak macam kawan-kawan yang tak dapat hadir, bukan sebab tak sayang kawan tapi lebih kepada ‘personal matter’ dan itu kita faham.

“Cuma kali ini aku personally happy sebab selepas 10 tahun susah mahu luang masa dan berkumpul macam ini.

“Kita faham sekarang masing-masing sudah ada kehidupan sendiri, ada keluarga anak isteri suami jadi bukan senang untuk berjumpa dan berkumpul dengan kawan-kawan masa sekolah dulu,” tulisnya lagi.

Pada masa yang sama, Afiq turut menitipkan ucapan tahniah buat rakannya atas mahligai yang dibina.

“Buat Jackson Joseph yang diraihkan, selamat pengantin baru. Moga semakin sayang setiap hari dan semoga tahap kesabaran ditingkatkan bila melayan karenah isteri.

“Last tengok dia menangis 10 tahun lalu masa lawatan sambil belajar masa pra-universiti dulu, ini kali kedua tengok dia menangis,” kongsinya lagi.

View on Threads

Ramai Terharu Lihat Semangat Persahabatan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 79,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terharu melihat semangat setiakawan di antara pengantin lelaki dan rakan-rakannya yang lain.

Mereka berpendapat, susah untuk berjumpa dengan rakan sebegitu apatah lagi yang sanggup berkorban wang ringgit serta masa demi meraikan hari bahagia.

Tidak kurang juga ada yang menitipkan ucapan tahniah buat pengantin lelaki berkenaan.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Kalau Nak Nangis, Tolongla Nangis Sorang, Kenapa Dah Saya Pun Ikut Nangis Sekali”

“Aku Bukan Kawan Korang Tapi Kenapa Aku Ikut Nangis Sekali? Terharu Tengok Persahabatan Korang”

“Untungnya Kawan-Kawan Nak Datang, Aku Kahwin Dekat Sarawak, Kawan-Kawan Perak Suruh Kahwin Dekat Perak”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Pemuda Dapat Hadiah Barang Rumah Dari Rakan Sempena Masuk Rumah Pertama [Video]

Baca Artikel Berkaitan: BFF Berlainan Bangsa Buat Pengantin Terharu, Bagi Gelang Emas Sebagai Hadiah Perkahwinan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.