Isu ‘Kereta Booking’ Cop Parkir: “Kenderaan Terlibat Ada Nombor Plat & Bayar Caj Parkir” – DBKL [Video]
DBKL memaklumkan hasil semakan mendapati kesemua kereta terlibat telah memasang nombor pendaftaran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki mengadu sebuah kawasan parkir awam di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dipenuhi dengan kereta-kereta baru yang belum diserahkan kepada pemiliknya.
Dakwa lelaki itu di TikTok, kotak-kotak parkir itu dipercayai ‘dicop’ oleh sebuah syarikat pengedar kereta nasional untuk meletakkan ‘kenderaan booking’.
Susulan itu, dia meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tampil memantau perkara terbabit.
Hasil semakan dapati semua kereta sudah pasang nombor plat dan bayar caj parkir
Terbaharu, DBKL yang cakna dengan aduan lelaki berkenaan telah hadir ke lokasi dan melakukan pemantauan.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok, DBKL memaklumkan hasil semakan mendapati kesemua kereta terlibat telah memasang nombor pendaftaran.
Menurutnya, kesemua kenderaan terbabit juga telah membayar caj parkir yang ditetapkan oleh DBKL.
10 notis kompaun dikeluarkan kepada kenderaan lain
Bagaimanapun, DBKL berkata, 10 notis kompaun telah dikeluarkan kepada kenderaan lain di sekitar kawasan aduan dengan pelbagai kesalahan.
Menurutnya lagi, notis kompaun berkenaan dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (WPKL) 2016.
DBKL turut berkongsi beberapa foto pihak penguatkuasa meletakkan notis kompaun pada cermin hadapan beberapa kenderaan yang parkir di sekitar kawasan itu.
@dbkl.tt Hasil pemantauan dan tindakan dari video yang tular di akaun tiktok @wanjawa . #MalaysiaMADANI #KLBandarUntukSemua #klcityforall #KLBerdayaHuni #sayangikl ♬ original sound – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Orang ramai didakwa susah cari parkir gara-gara dipenuhi kereta booking
Terdahulu, lelaki terbabit mendakwa tindakan syarikat pengedar kereta berkenaan mengambil parkir menyebabkan kesukaran kepada orang lain untuk mencari kotak parkir kosong.
“Sampai berpuluh (kotak parkir) kau ambil buat parkir kereta booking korang. Kalau korang bayar aku tiada masalah.
“DBKL tolong ambil tindakan. Hari-hari menyusahkan orang nak parkir,” tulis lelaki itu di kapsyen.
DBKL kemudiannya tampil di ruangan komen menyatakan pihaknya mengambil maklum berhubung perkara itu.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Parkir Awam Jadi Tempat Letak ‘Kereta Booking’ Raih Perhatian Ramai [Video]



