Fenomena Jarang Berlaku, Jom Kenali Apa Itu Ribut Tropika Senyar
Ribut Tropika Senyar mula berkembang daripada sistem tekanan rendah di Selat Melaka sejak 21 November lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (27 November), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran mengenai Ribut Tropika Senyar.
Keadaan ini berpotensi menyebabkan hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung Malaysia khususnya negeri-negeri barat dan tengah mengalami hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora bermula 27 November sehingga 29 November ini.
Jadi, tidak hairanlah mengapa kebanyakan tempat kini dilanda hujan lebat berterusan malah ombak di beberapa kawasan pantai lebih kuat dari kebiasaan.
Tetapi, pernah tak korang tertanya-tanya apa sebenarnya Ribut Tropika Senyar dan bagaimana ia memberi kesan khususnya kepada negeri di Semenanjung Malaysia?
Ribut Tropika Senyar, Fenomena Luar Biasa Yang Jarang Berlaku
Ribut Tropika Senyar atau merupakan satu fenomena yang jarang berlaku menyebabkan ia menjadi tumpuan dalam dunia meteorologi.
Manakan tidak, pembentukan Ribut Tropika Senyar yang terbentuk di Selat Melaka pada 26 November dianggap luar biasa.
Ini kerana kebiasaannya pembentukan di kawasan ini tidak menghasilkan daya pusaran (Kesan Coriolis) yang cukup kuat untuk membolehkan ribut tropika terbentuk dan kekal kuat.
Senyar mula berkembang daripada sistem tekanan rendah di Selat Melaka sejak 21 November lalu.
Korang tahu tak kekuatan ribut Senyar bergantung kepada suhu permukaan laut itu sendiri?
Semakin panas air, semakin banyak tenaga yang dapat diserap oleh ribut berkenaan.
Apa yang pasti, fenomena ini jarang berlaku dan kali terakhir kejadian serupa berlaku adalah pada tahun 2001 iaitu pembentukan Taufan Vamei di kawasan berhampiran Khatulistiwa.
Ribut tropika Senyar yang dikesan terbentuk di Selat Melaka dijangka membawa impak hujan lebat luar biasa berterusan…
Posted by BuzzKini on Thursday 27 November 2025
Amaran Hujan Lebat Tahap Buruk Di Beberapa Negeri Semenanjung Malaysia
Susulan pergerakan ribut ini, MetMalaysia telah mengeluarkan status terkini Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi beberapa negeri dan kawasan terlibat.
Negeri tersebut adalah:
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perak
- Pahang
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk (jingga) turut dikeluarkan terhadap negeri-negeri seperti:
- Pulau Pinang
- Perak
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
- Beberapa kawasan di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu)
- Beberapa kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, dan Bentong)
Namun, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan terbaharu menjelaskan Ribut Tropika Senyar telah semakin melemah selepas melanda pantai barat Semenanjung namun hujan lebat masih berlaku.
Malah difahamkan, ribut itu kini bergerak ke Pahang.
“Senyar melanda daratan sekitar jam 1 pagi antara Banting dan Port Dickson sebelum melemah ketika bergerak merentasi kawasan pedalaman.
“Walaupun ia telah melemah, peredaran sisa ribut itu masih berpotensi membawa hujan dari semasa ke semasa,” katanya.
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 : 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐑𝐎𝐏𝐈𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐘𝐀𝐑 | 𝟐𝟖 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 Ribut…
Posted by Malaysian Meteorological Department on Thursday 27 November 2025
Langkah Selamat Hadapi Ribut Tropika Senyar
Jadi, untuk mengelakkan dari berlakunya perkara tidak diingini khususnya sepanjang tempoh tiga hari ini, korang boleh mengambil langkah keselamatan dengan:
- Elakkan dari melakukan aktiviti pantai dan laut kerana laut dijangka bergelora dan berbahaya khususnya buat kapal yang kecil.
- Buat korang yang tinggal di kawasan berisiko banjir, siap sedia untuk pindah dan ketahui pusat pemindahan terdekat.
- Sediakan keperluan asas untuk menghadapi hujan lebat berpanjangan.
- Ikuti amaran dan nasihat terkini dari MetMalaysia menerusi laman web, aplikasi myCuaca atau hotline di talian 1-300-22-1638
Baca Artikel Berkaitan: Amaran Hujan Lebat Berterusan, Ini Tips Persediaan Penting Ketika Berdepan Gelombang Banjir
Baca Artikel Berkaitan: Akibat Ribut Senyar, Beberapa Insiden Pokok Tumbang & Tanah Runtuh Berlaku Di Negeri Sembilan


