Ramai Doa Serta Tawar Bantuan Selepas Wanita Maklum Rumah Banjir & Ada Anak OKU Terlantar [Video]
Menerusi hantaran itu, wanita yang dikenali sebagai Roslina memaklumkan dia dan suami sukar untuk menguruskan anak istimewa itu jika banjir masih berterusan kerana faktor umur dan tidak lagi mempunyai kekuatan seperti dahulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui keadaan cuaca pada masa kini dilaporkan kurang baik dan terdapat banyak kawasan yang sudah dilanda banjir.
Bahkan ada segelintir kawasan air naik sehingga menghampiri paras merah dan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Perlindungan Sementara (PPS) yang berdekatan.
Antara negeri yang terjejas dengan banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Bukan hanya itu, kita juga dapat melihat keadaan banjir yang berlaku di kawasan ini menerusi muat naik orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Wanita luah bimbang air naik di dalam rumah
Baru-baru ini seorang wanita yang juga mangsa banjir di Kangar, Perlis telah meluahkan rasa bimbangnya apabila melihat air mula naik di dalam rumah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Roslina di Threads, kelihatan dia menunjukkan keadaan di dalam rumah yang sudah dinaiki air.
Ada anak istimewa yang terlantar, banjir sukarkan untuk urus anak OKU
Namun apa yang menjadi kebimbangannya adalah dia mempunyai seorang anak istimewa yang terlantar di atas katil pesakit. Keadaan banjir menyukarkan dia untuk memindah atau menguruskan anaknya ke tempat lebih selamat.
Oleh itu dia meminta orang ramai untuk mendoakan agar banjir yang berlaku cepat surut.
“Mohon doakan moga banjir ni cepat-cepat surut. Susah hati sebab makcik ada anak istimewa terlantar.
“Nak uruskan dia dalam keadaan ini, terpaksa angkat turun naik atas rumah. Pakcik makcik dah berumur tak sekuat masa muda dulu. Air semakin naik, moga Allah SWT permudahkan segala-galanya,” ujar wanita itu.
View on Threads
Air semakin naik buat wanita bimbang, anak istimewa sudah dipindahkan ke rumah saudara
Dalam satu lagi hantaran, Roslina menunjukkan air yang naik semakin tinggi serta keruh dan membuatkan dia tidak tahu ke mana ingin dituju kerana mempunyai anak istimewa.
Menerusi satu lagi video, Roslina menunjukkan dia telah membawa anak yang mesra dipanggil Kakak keluar dan berpindah ke rumah saudara mereka.
View on Threads

Ramai doakan agar dipermurdahkan & beri bantuan
Melihat di ruangan balas, ramai yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan banjir cepat surut.
Tak kurang juga ada yang bertanya lokasi kediaman mak cik tersebut dipercayai untuk memberikan bantuan.
Malah ada yang memintanya untuk menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan.
Seorang influencer yang juga aktivis, Hazeman Huzir juga meminta agar wanita itu memberikan maklumat agar mereka dapat memberikan bantuan di rumahnya.
Sebaik memaklumkan anak sudah selamat dipindahkan, ramai yang menzahirkan rasa syukur dan mendoakan urusan keluarga wanita itu dipermudahkan.
Berikut antara komen netizen:
“Salam puan saya dan kawan-kawan sedang ke sana. Boleh kami dapatkan alamat penuh? Bagaimana rumah puan sekarang?”

“Semoga Allah permudahkan segala urusan, diangkat kesusahan diganti dengan kesenangan”

“Macam mana keadaan rumah makcik sekarang?”

“Alhamdulillah.”




