Pernah Ada Ketika Susah! Gadis Bawa Keluarga Jumpa Pak Cik Grab Selepas Majlis Konvo Buat Ramai Teruja
Kongsi gadis yang dikenali sebagai Mirza, pertemuan bersama pak cik Grab yang dikenali sebagai Shafie merupakan atas permintaan bapanya sendiri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada minggu lalu, tular di media sosial kisah kebaikan seorang pemandu Grab membantu penumpangnya yang sedang berada dalam kesusahan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan gadis yang dikenali sebagai Mirza, dia berkongsi kebaikan pemandu e-hailing berkenaan yang membantunya ketika dia sakit malah siap memberi bantuan dalam bentuk kewangan dan kebajikan umpama ahli keluarga di saat dia berjauhan dari yang tercinta.
Kisah itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang tersentuh dengan kebaikan yang dibuat oleh pak cik Grab berkenaan sehingga ia menjadi sohor di media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: Pak Cik Grab Bawa Penumpang Sakit Pergi Hospital, Siap Bagi Duit Belanja & Beli Sarapan Raih Pujian
Gadis Bawa Keluarga Jumpa Pak Cik Grab Yang Bantu Ketika Susah Selepas Majlis Konvokesyen
Terbaharu, Mirza berkongsikan momen indah membawa ibu bapanya berjumpa dengan pak cik Grab itu sebaik sahaja selesai menghadiri Majlis Konvokesyen di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @mirzahiraa, gadis berkenaan telah memuat naik gambar pertemuan antara keluarganya dan pak cik Grab pada perkongsian tersebut.
Apa yang menjadi perhatian adalah pertemuan itu adalah sebagai penghargaan Mirza terhadap Shafie yang membantunya ketika kesusahan.
“Korang ingat tak Pak Cik Grab viral sebab tolong saya haritu. Kami jumpa semalam (25 November).
“Lepas je majlis graduation (graduasi), keluar bawak family jumpa pak cik. Pak cik yang memainkan peranan jadi ayah akhirnya jumpa ayah saya yang sebenar,” tulisnya.
View on Threads
Bapa Mahu Jumpa Dengan Pak Cik Grab, Kini Anggap Sebagai Ahli Keluarga
Kongsi Mirza di ruangan komen, pada mulanya mereka sekeluarga mahu pergi menziarahi Shafie di rumah.
Namun, akibat kesuntukan masa, mereka hanya memilih untuk berjumpa dan makan bersama di luar.
Pertemuan itu difahamkan atas permintaan bapanya sendiri yang mahu bertemu Shafie kerana bantuan yang diberikan baru-baru ini.

Jelas Mirza lagi, bapanya kini menganggap pemandu e-hailing berkenaan sebagai abangnya sendiri.

Pak Cik Grab Zahir Ucapan Terima Kasih, Sempat Titipkan Pesan
Menerusi ruang balasan komen juga, Shafie turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mirza sekeluarga atas kesudian mereka meluangkan masa untuk berjumpanya.
Pada masa yang sama, Shafie sempat menzahirkan rasa kagum dengan ibu bapa Mirza serta menitipkan nasihat buat graduan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), UKM itu.

Ramai Teruja Dengan Pertemuan Pak Cik Grab & Ahli Keluarga
Perkongsian yang telah mendapat lebih 388,000 tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat pertemuan di antara pak cik Grab berkenaan bersama keluarga Mirza.
Malah, ada yang turut tersentuh dengan pertemuan kesemua individu terbabit yang dilihat merapatkan ukhwah sesama manusia.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Saya Sanggup Scroll Threads Balik Cari Post Pasal Pak Cik Grab Ni. Sumpah Nangis. Semoga Kedua-Duanya Diberi Kesihatan Yang Baik”

“Teruskan Bersilaturahim, Semoga Sihat Semuanya Emak, Ayah & Pak Cik Grab”

“Seronoknya Tengok Post Ini, Semoga Awak, Keluarga & Pak Cik Grab Sentiasa Dalam Lindungan Allah & Sentiasa Murah Rezeki”

“Tahniah Dik! Rezeki Dapat Jumpa Orang Baik Untuk Tolong Adik & Rezeki Pak Cik Tu Juga Tolong Orang Baik Macam Adik”

Baca Artikel Berkaitan: Rider Sanggup Batal ‘Order’ Pelanggan Demi Tolong Pakcik Alami Serangan Jantung [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Rider GrabFood Jujur & Pulangkan Duit Tip RM500 Yang Diterima, Syak Pelanggan Pelupa Serta Kurang Sihat



