Pelancong Eropah Kagum Airport Langkawi Sediakan Payung Untuk Elak Penumpang Kena Hujan [Video]
Kelihatan para penumpang penerbangan AirAsia sedang menaiki pesawat sambil menggunakan payung disediakan petugas darat (Ground Team Red) ketika sedang hujan lebat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila bercakap sahaja tentang melancong, sudah tentu anda mengharapkan kesemuanya berjalan dengan lancar. Bukan sahaja tentang cuaca, tempat menarik atau penginapan, malah termasuk juga penerbangan yang lancar.
Mana tidaknya selepas menghabiskan duit yang banyak untuk sesuatu percutian, pasti anda mahu ia berbaloi. Sebab itulah penerbangan mainkan peranan penting dalam menentukan mood keseluruhan perjalanan.
Dari proses daftar masuk (check-in), layanan kru kabin, sehinggalah ketetapan masa pesawat.
Petugas LGK Sediakan Payung Untuk Penumpang Penerbangan AirAsia
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@margitdob) apabila seorang pelancong daripada Eropah dikenali sebagai Margit berkongsi situasi semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK).
Menerusi video perkongsian, kelihatan sekumpulan penumpang penerbangan AirAsia sedang dalam proses menaiki pesawat. Oleh disebabkan hujan lebat pada ketika itu, setiap penumpang disediakan payung untuk mengelakkan mereka basah kuyup.
“Di lapangan terbang Malaysia, mereka (petugas LGK) beri payung kepada penumpang ketika hujan. Saya tak pernah nampak ni di Eropah. Syabas Malaysia,” katanya.
Malah kumpulan petugas darat (Ground Team Red) LGK juga dilihat memegangkan payung buat setiap penumpang yang sedang menaiki tangga ke pesawat.
Pelancong Terharu Dengan Kesungguhan Petugas Untuk Pastikan Penumpang Tidak Basah Dek Hujan
Perkara itu telah membuatkan Margit lebih menghargai kesungguhan petugas lapangan terbang dalam memastikan perjalanan penumpang berjalan dengan lancar dan selesa tidak kira cuaca.
Margit di ruangan kapsyennya turut berkata dia akan merindui suasana dan vibe di Malaysia selepas pulang ke tanah air.
Baca Artikel Berkaitan: Penyanyi Indonesia, Kunto Aji Puji Malaysia Airlines Beri Baucar Makanan Lepas Penerbangan Lewat 2 Jam
@margitdob We all got umbrellas, no one cares about passengers like that in Europe. I will miss you Malaysia 🇲🇾 travel#podroze#malezja#asia#world ♬ original sound – TravelandbehappyMM
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Puji Perkhidmatan Cemerlang Di LGK
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkata pemberian payung itu sebenarnya sudah lama dilakukan oleh petugas lapangan terbang.
“Malaysia adalah sebuah negara yang bagus dengan penduduk tempatan yang baik dan bertimbang rasa. Semoga Tuhan berkati Malaysia,” kata seorang wanita.
“Ini amalan standard di Malaysia. Terima kasih sebab menyedari kebajikan kecil ini,” tambah seorang lelaki.
Malah sesetengah warganet juga memuji petugas yang sanggup basah bagi memastikan penumpang tidak terkena tempias hujan.
“Dia payungkan orang tapi dia berhujan demi mencari rezeki halal dan berkat,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada yang berkata perkara itu sudah menjadi satu norma sehingga segelintir individu lupa untuk menghargainya.
“Benda ni common dekat Malaysia sehingga kadang-kadang terlupa nak cakap terima kasih,” kata seorang netizen.







Baca Artikel Berkaitan: KLIA Dinobat Sebagai Lapangan Terbang Dengan Kualiti Perkhidmatan Terbaik Di Dunia
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Airports Sedia Servis ‘The Butterfly Effect’ Untuk Individu Autisme
Baca Artikel Berkaitan: KLIA & LGK Dipilih Sebagai Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia