fbpx
Now Reading
Lelaki Prank Isteri Minum Air Kosong Dari Tin Arak Undang Kecaman

Lelaki Prank Isteri Minum Air Kosong Dari Tin Arak Undang Kecaman

Menerusi hantaran tular, bekas air kosong yang diminum oleh lelaki berkenaan dipercayai tin arak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehidupan sebagai suami isteri sememangnya penuh dengan warna-warni. Ada hari bahagia, ada juga hari yang mencabar sehingga boleh berlakunya perselisihan faham.

Namun, ada suami atau isteri yang berusaha menceriakan kehidupan rumah tangga mereka dengan cara tersendiri antaranya menerusi gurauan.

Pun begitu, ada gurauan yang melampaui batas yang tidak sepatutnya dilakukan bersama pasangan.

Lelaki Prank Isteri Minum Air Kosong Dari Tin Arak

Semalam (26 November), tular di media sosial gurauan seorang lelaki bersama isterinya dalam sebuah kereta.

Menerusi hantaran yang tular, lelaki berkenaan dilihat cuba bergurau dengan minum air kosong di hadapan pasangannya itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah bekas air yang digunakannya untuk minum air kosong itu merupakan tin arak.

Cuci Tin Arak Menggunakan Sabun Sebelum Isi Dengan Air Kosong

Pada permulaan video tular berkenaan, kelihatan lelaki tersebut mencuci tin kosong berwarna biru perak itu dengan sabun sebelum mengisinya dengan air kosong.

“Okay, inilah masanya kita prank dia (isteri), kita tengok apa dia punya reaksi,” kata lelaki berkenaan.

Setelah beberapa ketika, lelaki tersebut dilihat berpura-pura minum air kosong dari tin arak itu sehingga mendapat respon negatif dari isterinya sendiri.

“Air apa ini? Air tin apa ini? Mana dapat ni? Arak la ini. Mana lagi dapat minuman syaitan ini,” tanya isterinya.

Lelaki itu kemudiannya dilihat tertawa kecil sebelum menjelaskan perkara sebenar kepada isterinya bahawa minuman yang diminum itu hanyalah air kosong.

Ramai Kecam Tindakan Lelaki Minum Air Dari Bekas Arak

Perkongsian yang telah mendapat lebih 32,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan lelaki berkenaan bergurau dengan cara sebegitu terhadap isterinya.

Malah, ramai yang mempersoalkan adakah lelaki berkenaan tidak rasa bersalah kerana memegang dan minum dari bekas minuman yang diharamkan dalam agama Islam.

Hasil semakan kami di Facebook pengguna berkenaan mendapati hantaran asal video tersebut telahpun dipadam.

Boleh Minum Air Dari Bekas Berisi Arak, Tapi Makruh & Tak Digalakkan

Untuk info, arak dikategorikan sebagai najis pertengahan iaitu najis mutawassitah.

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, cara menyucikan najis ini adalah dengan mengalirkan air sehingga hilang kesan ain (yang dilihat) pada najis tersebut serta sifat lain seperti warna, rasa dan bau.

Jelas laman itu lagi, sekiranya botol atau bekas arak telah dibersihkan daripada segala zat atau cecair arak, maka botol itu adalah suci dan boleh digunakan.

Namun mereka berpendapat, penggunaan botol arak bagi tujuan minum minuman lain adalah makruh dan tidak digalakkan.

Ini kerana tindakan tersebut boleh mendatangkan fitnah kepada agama Islam serta kepada individu.

Pendapat yang sama turut diberikan oleh seorang ustaz dan mutawwif yang dikenali sebagai Rahim Azhari di TikTok miliknya.

Jelas Ustaz Rahim, tiada masalah untuk individu terbabit menggunakan cawan atau botol yang mempunyai logo arak untuk minum air kosong, jus dan sebagainya namun hukumnya makruh dan tidak digalakkan.

“Kalau dah hilang semua tu, kita yakin suci dan gunakan benda tu (gelas berlogo arak atau botol arak) untuk minum tidak ada masalah. Hukumnya boleh,” kata beliau.

@rahimazhari

Replying to @Shahrul Amir Ahmad Kamal elakkan !

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Minum Minuman Halal Tapi Bayangkan Minuman Arak Adalah Haram

Pun begitu, menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, tindakan minum minuman halal namun membayangkan atau berniat minuman itu sebagai arak adalah haram dan berdosa.

“Perbuatan meminum minuman halal dengan membayangkan atau berniat minuman itu sebagai arak hukum adalah haram dan berdosa. Ini berdasarkan kepada hadis daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka,” jelas mereka.

Penjelasan itu dikeluarkan oleh jabatan tersebut selepas seorang individu bertanya mengenai hukum berlakon meminum air kosong sebagai arak 

Tonton video penuh [DI SINI]

Ini antara komen pengguna Threads:

“Kita Nak Pegang Pun Tak Mahu Tin (Arak) Tu”

“Benda Macam Ini Kau Tak Boleh Jadikan Lawak, Konten Atau Prank, Takkan Tak Boleh Bezakan Benda Betul Atau Salah”

“Tiada Istilah Olok-Olok, Walaupun Air Kosong, Kita Kata Minum Arak, Umpama Seperti Minum Araklah Ketika Itu”

“Saya Dari Kecil Nak Pegang Tin Arak Pun Rasa Bersalah, Bila Terpegang Terus Rasa Semacam”

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minum Air Halal Guna Botol Arak, Apa Hukumnya?

Baca Artikel Berkaitan: “Ingat Tuhan Sayang!” – Suami Pening Layan Karenah Isteri Mengandung Mengidam Minum Arak

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Bertudung Dikecam Selepas Tular Buat Live Minum Arak Sambil Memandu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.