fbpx
Now Reading
Kenali ‘Loss Aversion’, Fenomena Yang Buat Seseorang Takut Dengan Perubahan & Kekal Di Takuk Sama

Kenali ‘Loss Aversion’, Fenomena Yang Buat Seseorang Takut Dengan Perubahan & Kekal Di Takuk Sama

Seorang individu yang dikenali sebagai Aiman Firdaus berkata masalah Loss Aversion boleh diatasi dengan menerapkan rasa tawakal dalam setiap urusan termasuk untuk membuat perubahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehidupan di dunia memang penuh pancaroba. Setiap hari ada sahaja cabaran yang harus dihadapi sama ada kecil mahupun besar.

Namun kadangkala masalah timbul kerana diri kita sendiri yang tidak mahukan perubahan. Ada yang rasa lebih baik bersabar sahaja dengan cabaran kerana pasti akan ada sinar di sebaliknya.

Tapi betul ke kita bertahan selama ini sebab bersabar, atau sebenarnya kerana takut pada perubahan dan sesuatu yang baharu?

Baca Artikel Berkaitan: Hari Isnin Je Mesti Rasa Malas? Ini Punca Sebenar Monday Blues & Cara Rawatnya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Apa Kesan Pada Sistem Otak Jika Selalu Kena ‘Gaslighting’ Dengan Orang Sekeliling?

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Psikologi Kongsi Anak Boleh Alami ‘Luka Emosi’ Akibat Pengalaman Buruk Ketika Zaman Kanak-kanak

Takut Buat Perubahan Ada Kaitan Dengan ‘Loss Aversion’

Menerusi hantaran di Threads (@aimanfirdausezaddin), seorang individu yang dikenali sebagai Aiman Firdaus berkongsi mengapa perkara ini berlaku dari sudut psikologi.

Dia yang gemar berkongsi tentang kesihatan mental mempersoalkan bagaimana ramai yang sanggup terus menanggung sakit berbanding kehilangan sesuatu yang dimiliki.

“Kerja toksik stay. Hubungan toksik stay. Barang lama busuk pun sayang nak buang,” katanya.

Jelasnya, terdapat asas psikologi yang menerangkan berkenaan situasi ini iaitu ‘Loss Aversion’.

Loss Aversion Buatkan Otak Rasa Takut Dengan Kehilangan

Menurut Psychology Today, Loss Aversion merupakan ketakutan seseorang untuk kehilangan sesuatu, sekali gus membuatkan mereka fokus kepada kemunduran berbanding perkembangan pada perubahan.

Malah seseorang akan berasa lebih terkesan dengan kehilangan berbanding ganjaran yang diterima, walaupun dalam nilai yang sama.

Aiman mengaitkan perkara ini dengan keadaan otak yang telah diprogram agar menyamakan kehilangan dengan bahaya.

Loss Aversion tahap ekstrem juga mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan mental.

“Dulu kalau hilang makanan, tempat berlindung, atau kawan, memang boleh mati. Sebab tu sampai sekarang, benda kecil pun boleh bangkitkan rasa takut kehilangan,” ujarnya.

Dia turut memberi contoh beberapa situasi di mana individu tidak mahu membuat perubahan seperti sanggup kekal bekerja di tempat yang toksik kerana risau tidak mendapat peluang baharu.

Ada juga yang memilih untuk kekal dalam hubungan yang sudah rosak kerana takut berasa sunyi dan menyimpan barang-barang lama atas alasan mengenang memori.

Islam Mengajar Umat Agar Tidak Takut Pada Kehilangan, Tetapi Bertawakal

Di samping itu, Aiman turut mengaitkan Loss Aversion dengan agama Islam yang sekian lama mengingatkan umatnya agar tidak terikat dengan sebarang perkara keduniaan.

Sebaliknya, Islam mengajar umatnya agar bertawakal kepada Allah SWT dalam setiap urusan, termasuklah membuat perubahan kepada sesuatu yang lebih baik.

Apabila seseorang melepaskan sesuatu bukanlah bermakna mereka menanggung kerugian, namun mungkin akan menerima rezeki yang tidak dijangka dari Maha Esa.

“Loss Aversion juga buat kita simpan rezeki yang tak berkat. Kita takut hilang pendapatan, padahal kita tengah hilang ketenangan. Mana lebih mahal sebenarnya?” katanya.

Buat umat Islam, tawakal penting untuk ketenangan diri.

Lakukan Perancangan Awal Sebelum Buat Perubahan, Sama Seperti Ajaran Islam

Dalam masa sama, Aiman turut berpesan bahawa normal apabila seseorang berasa takut untuk melakukan perubahan dan mereka tidak seharusnya menyalahkan diri sendiri.

Apa yang penting adalah membuat perancangan dengan lebih awal dan teliti, seperti menyediakan pelan sebelum berhenti kerja atau bermula dengan suatu perkara kecil bagi perubahan besar.

Melakukan perancangan sebelum mengambil sesuatu tindakan juga dapat dikaitkan dengan agama Islam yang mengajar umatnya agar ikhtiar dahulu sebelum bertawakal.

Lakukan perancangan dahulu agar jelas dengan perubahan yang mahu dilakukan.

Tapi kadangkala walaupun dah sediakan macam-macam pelan, kita tetap rasa takut dengan kehilangan kan?

Tambah Aiman, bagi menghilangkan rasa takut kehilangan ini, seseorang boleh mempersoalkan kepada diri sendiri sama ada kehidupannya akan bertambah baik atau kekal sebegitu jika tidak melepaskan sesuatu.

“Kalau jawapannya ‘stuck’, itu bukan petanda cinta. Itu petanda otak tengah buat kita takut benda yang tak betul,” katanya.

Dia turut mengingatkan umat Islam tentang jaminan Allah SWT bahawa mereka akan menerima ganjaran yang lebih elok jika melepaskan sesuatu demi kebaikan dan ketenangan.

View on Threads

Nak Buat Perubahan Kena Ada Motivasi & Tahu Ganjaran Yang Diharapkan

Bercakap tentang perubahan, ada tak antara korang yang masih tak capai lagi azam 2025? Dah hujung tahun ni!

Bukan sahaja takutkan perubahan, namun ada beberapa punca lain yang boleh membuatkan seseorang tidak memulakan sesuatu.

Seperti yang diterangkan oleh Pakar Kesihatan Mental Amirul Ramli, terdapat lima syarat penting agar bahagian dalam otak (motor cortex) yang berkait dengan perbuatan aktif bagi mencapai suatu impian, iaitu:

  • Meletakkan harapan ganjaran yang bakal diterima selepas matlamat dicapai.
  • Menerapkan motivasi dengan meletakkan sebab untuk mencapai matlamat.
  • Menetapkan tahap kesukaran tugas yang sederhana dan bersesuaian.
  • Menanam rasa percaya terhadap kebolehan diri.
  • Membuat ramalan apa yang akan terjadi selepas sasaran dicapai.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Azam 2025 Masih Tak Nampak Bayang? Pakar Ini Kongsi Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Psikologi Jelaskan Kenapa Ramai Remaja Masa Kini Gagal Kawal Emosi

Baca Artikel Berkaitan: Asyik Menangis Termasuk Ketika Marah? Ini Penjelasan Jurulatih Psikologi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.