fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Tular Kutip Kotak Di Bangi: Zakat Selangor Dedah Keluarga Adalah Penerima Zakat

Kanak-Kanak Tular Kutip Kotak Di Bangi: Zakat Selangor Dedah Keluarga Adalah Penerima Zakat

Menurut Lembaga Zakat Selangor, berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperolehi dari Penolong Amil Kariah Masjid Teras Jernang, keluarga kanak-kanak tersebut merupakan golongan asnaf miskin yang telah berdaftar sejak tahun 2016.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (26 November), tular di media sosial perkongsian pendakwah dan personaliti televisyen terkenal, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim mengenai pertemuannya dengan seorang kanak-kanak yang mengutip kotak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Menerusi hantaran yang tular, kanak-kanak lelaki itu pada mulanya memuji kereta yang dibawa oleh pendakwah tersebut sebelum Dr Izhar bertanyakan adakah si cilik berkenaan telah menikmati makan tengah hari.

Namun, jawapan kanak-kanak tersebut nyata mengejutkan Dr Izhar sehingga pendakwah berkenaan membuat keputusan untuk membungkuskan makanan buat kanak-kanak tersebut.

“Saya cakap nanti adik pun boleh beli macam ni apabila besar nanti ye. Belajar rajin-rajin. ‘Adik dah makan?’

“Dia jawab tak makan lagi. ‘Beras habis kat rumah.’ Adus! Hati saya sayup terus. Ajak dia makan dengan saya, dia jawab ‘baju busuk tak sesuai.’

“Puas saya ajak dia tetap tak mahu. Akhirnya saya mengalah dan saya belikan dia nasi bungkus,” kongsinya.

Melalui perkongsian itu juga, Dr Izhar turut menyeru wakil rakyat serta pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membantu keluarga si cilik berkenaan.

Alhamdulillah rezeki saya tengah hari ni dapat bantu adik ini… Nak pergi makan di Syeksyen 15 Bandar Baru Bangi….

Posted by Dr Mohd Izhar Ariff on Tuesday 25 November 2025

Lembaga Zakat Selangor Dedah Keluarga Kanak-Kanak Kutip Kotak Adalah Penerima Zakat

Terbaharu, LZS dalam satu hantaran di Facebook menjelaskan keluarga kanak-kanak tular itu sememangnya merupakan penerima bantuan dari Zakat Selangor.

Jelas mereka, berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperolehi dari Penolong Amil Kariah Masjid Teras Jernang, keluarga kanak-kanak tersebut merupakan golongan asnaf miskin yang telah berdaftar sejak tahun 2016.

Malah, ketua keluarga berkenaan difahamkan sedang menerima rawatan di hospital selain mempunyai enam orang anak yang berusia empat hingga 21 tahun.

Keluarga Telah Menerima Pelbagai Bantuan

Kongsi Zakat Selangor lagi, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada keluarga berkenaan bagi meringankan beban antaranya seperti:

  • Bantuan kewangan bulanan
  • Bantuan pendidikan
  • Bantuan keperluan asasi
  • Bantuan Hari Raya
  • Bantuan lain mengikut keperluan

“Zakat Selangor akan terus memantau situasi keluarga ini dan memastikan kebajikan mereka dijaga dengan sebaiknya. Terima kasih kepada masyarakat yang peka dan prihatin,” kongsinya.

MAKLUM BALAS ISU TULAR KANAK-KANAK MENGUTIP KOTAK DI SEKSYEN 15, BANDAR BARU BANGI. Zakat Selangor mengambil maklum…

Posted by Lembaga Zakat Selangor on Wednesday 26 November 2025

Sebelum ini, hantaran yang dikongsikan oleh pendakwah turut mendapat perhatian pengguna media sosial.

Ramai yang turut berkongsi pengalaman sama pernah berjumpa dengan kanak-kanak itu bersama bapanya di kawasan sekitar Bangi dan mengharapkan pihak berkaitan dapat memberi bantuan.

Baca Artikel Berkaitan: Lembaga Zakat Selangor Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Hantaran Tular Bapa Besarkan Bayi Seorang Diri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Sudah Dibantu Sejak 2010, Lembaga Zakat Selangor Akan Panggil Bapa 28 Anak Untuk Kaunseling

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.