fbpx
Now Reading
Lelaki Dakwa Parkir Awam Jadi Tempat Letak ‘Kereta Booking’ Raih Perhatian Ramai [Video]

Lelaki Dakwa Parkir Awam Jadi Tempat Letak ‘Kereta Booking’ Raih Perhatian Ramai [Video]

Dakwa lelaki terbabit, tindakan syarikat pengedar kereta berkenaan memarkir kenderaan-kenderaan yang ditempah menyebabkan kesukaran kepada orang lain untuk mencari kotak parkir kosong.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Di Malaysia terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada rakyat dan salah satunya adakah tempat letak kenderaan awam.

Tidak dinafikan, ada sesetengah kawasan parkir yang memerlukan individu untuk membayarnya dan ada juga yang disediakan secara percuma kepada orang ramai.

Bagaimanapun, jumlah parkir yang terhad disebabkan penyalahgunaan parkir seperti mencop atau meletakkan kereta untuk jangka masa yang lama menyukarkan fasiliti ini dari digunakan sebaiknya.

Lelaki mengadu parkir awam dipenuhi kereta-kereta baru

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki mengadu mengenai sebuah kawasan parkir awam di Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan kereta-kereta baru yang menunggu untuk diserahkan kepada pemiliknya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh lelaki terbabit di akaun TikTok miliknya, kotak-kotak parkir itu dipercayai diambil oleh sebuah syarikat pengedar kereta nasional.

Susulan itu, dia meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tampil memantau perkara terbabit.

Orang awam susah cari parkir gara-gara dipenuhi kereta tempahan

Dakwa lelaki itu lagi, tindakan syarikat pengedar kereta terbabit menyebabkan kesukaran kepada orang lain yang bekerja di kawasan berkenaan untuk mencari kotak parkir kosong.

“Sampai berpuluh (kotak parkir) kau ambil buat parkir kereta booking korang. Kalau korang bayar aku tiada masalah.

“DBKL tolong ambil tindakan. Hari-hari menyusahkan orang nak parkir,” tulis lelaki itu di kapsyen.

@wanjawa Salam. Aku tak suka nak bising2 tapi dah makin melampau. Orang kerja nak parking susah. Sampai berpuluh ko amik buat park kereta booking korang. Kalau korang bayar aku takde masalah. DBKL tolong ambil tindakan. Hari-hari menyusahkan orang nak parking. Sudah bila kami double park kene saman. Kereta booking ni ada kene saman tak? #perodua #dbkl #parkinglot #viral #fyp @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ♬ original sound – WANJAWA

DBKL kemudiannya tampil di ruangan komen menyatakan pihaknya mengambil maklum berhubung perkara itu.

Netizen beri pelbagai reaksi, akui memang sukar cari parkir di kawasan itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Kebanyakan pengguna TikTok turut mengakui sukar mencari parkir di kawasan berkenaan dan berterima kasih kepada lelaki terbabit kerana menyuarakannya.

Bagaimanapun, segelintir individu menasihati lelaki itu agar bertanya terlebih dahulu kepada syarikat pengedar itu sama ada kotak-kotak parkir terbabit sudahpun disewa oleh mereka atau sebaliknya.

Pun begitu, dia menjawab petak parkir yang telah disewakan akan dicat dengan warna merah beserta tulisan sewa, manakala petak biasa berwarna kuning.

Seorang lagi netizen kemudiannya menjelaskan ade petak parkir berhampiran bangunan kerajaan sudah mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lengkap dengan surat, namun warna cat parkirnya belum ditukar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.