fbpx

Bapa Meninggal Dunia Ketika Exam, Calon SPM Lengkap Berpakaian Sekolah Urus Jenazah Undang Sebak [Video]

Pelajar lelaki terbabit kembali menduduki peperiksaan SPM selepas selesai urusan pengebumian bapanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 sudah bermula sejak 3 November lalu sehingga 23 Disember depan.

Sudah pasti ketika ini calon-calon SPM sedang mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan penting itu yang menjadi penentu hala tuju mereka di menara gading.

Malah, mereka juga ketika ini pastinya memerlukan sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga terutamanya ibu bapa.

Calon SPM keluar dewan peperiksaan dapat berita bapa meninggal dunia

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang pelajar lelaki calon SPM di Nibong Tebal, Pulau Pinang ini apabila terpaksa menerima takdir kehilangan bapa tersayang ketika dia sedang menjawab peperiksaan itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @tvpsssmkasaf, calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim itu dilihat mendapat perkhabaran duka terbabit daripada keluarganya selepas keluar dari dewan peperiksaan.

“Keluar dari dewan peperiksaan dengan penuh harapan, namun yang menyambutnya ialah berita paling pilu. Perginya seorang ayah saat anaknya masih berjuang demi masa depan,” tulis di kapsyen.

Calon SPM lengkap beruniform sekolah uruskan pengebumian bapa

Dalam hantaran sama, kelihatan pelajar bernama Ahmad Khairuddin itu meninggalkan dewan peperiksaan untuk menguruskan pengebumian jenazah bapanya, Allahyarham Ustaz Md Nor Jusoh.

Lebih menyentuh hati, kelihatan Ahmad Khairuddin yang lengkap beruniform sekolah mengimamkan solat jenazah dan turun ke dalam liang lahad semasa pengebumian.

“Salam takziah kepada Ahmad Khairuddin atas kehilangan ayah tercinta, Ustaz Md Nor Jusoh. Semoga almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Amin,” tulisnya lagi.

Sambung jawab exam selepas pengebumian bapa

Dalam video sama, kelihatan Ahmad Khairuddin kembali menjawab peperiksaan selepas selesai majlis pengebumian insan tersayang itu.

“Jiwa yang begitu kental, seusai pengebumian ayahnya, dia kembali ke bilik peperiksaan untuk meneruskan perjuangan,” tulis di komen.

Turut kelihatan warga pendidik dan pengawas peperiksaan memberi semangat kepada calon SPM itu untuk meneruskan perjuangannya.

@tvpsssmkasaf

Keluar dari dewan peperiksaan dengan penuh harapan… namun yang menyambutnya ialah berita paling pilu. Perginya seorang ayah saat anaknya masih berjuang demi masa depan. Salam takziah kepada Ahmad Khairuddin (calon SPM) atas kehilangan ayah tercinta, Ustaz Md Nor bin Jusoh. Semoga al-Marhum ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Amin 🤲

♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama

Netizen sebak dan titip doa semoga calon SPM itu berjaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa amat sedih dan sebak melihat ujian yang harus dilalui oleh calon SPM terbabit.

Kebanyakan pengguna TikTok menitipkan kata-kata semangat dan doa kepada Ahmad Khairudin agar meraih kejayaan dalam peperiksaan itu.

Tidak kurang juga segelintir netizen yang menyatakan mereka belum tentu sekuat pelajar berkenaan sekiranya menghadapi situasi sedemikian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.