AmBank Mohon Maaf Selepas Tular Video Gelandangan Kena Siram Air & Ditendang Di Kaki Lima
Kata AmBank, pengawal keselamatan berkenaan adalah pekerja daripada vendor keselamatan luar yang dilantik di cawangan bank Taman Maluri itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular satu video memaparkan tindakan biadap dan tidak berperikemanusiaan dua individu terhadap seorang gelandangan yang sedang tidur di kaki lima sebuah cawangan bank.
Menerusi video itu, pada mulanya seorang wanita memakai uniform pengawal keselamatan telah membuka paip air sebelum bertindak menyiram ke arah gelandangan berkenaan.
Tidak lama selepas itu datang seorang lelaki yang datang ke arah gelandangan terbabit lalu menendangnya sebelum turut menyiramnya dengan air.
Video tular itu kemudiannya membuatkan orang ramai kurang berasa senang dan menyifatkan ia satu tindakan yang tidak wajar.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Kecam Tindakan 2 Individu Siram Air & Tendang Gelandangan Tidur Di Kaki Lima [Video]
AmBank mohon maaf, pengawal keselamatan bekerja dengan vendor keselamatan yang dilantik
Susulan itu syarikat perbankan, AmBank telah tampil memohon maaf di atas insiden yang berlaku.
Menurutnya, pihak mereka sedar mengenai video yang tular membabitkan pengawal keselamatan dari pihak ketiga dan juga seorang lelaki yang memberi layanan tidak sopan terhadap seorang lelaki (gelandangan) di luar cawangan bank di Taman Maluri, Kuala Lumpur.
“Kami amat sedih dan prihatin dengan perkara yang berlaku. Tiada mana-mana individu patut menerima layanan seperti itu, malah kami sentiasa mengutamakan keselamatan semua orang yang berada di sekitar premis kami.
“Pengawal keselamatan yang terlibat sebenarnya bekerja dengan penyedia perkhidmatan keselamatan luar yang dilantik di cawangan berkenaan,” jelasnya, dalam satu kenyataan.
AmBank beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan tidak mahu perkara sama berulang
Manakala lelaki di dalam video itu merupakan seorang tukang kasut yang kecewa dengan individu berkenaan.
Jelas syarikat perbankan itu lagi, pihaknya sentiasa menjangkakan semua kakitangan yang mewakilinya, termasuk vendor serta rakan kongsi untuk menegakkan tatatertib yang profesional tertinggi.
“Kami juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan matlamat kami adalah mahu mencegah daripada perkara ini berulang lagi.”




