fbpx
Now Reading
UiTM Pandang Serius Isu Graduan Tak Jaga Adab & Etika Ketika Istiadat Konvokesyen

UiTM Pandang Serius Isu Graduan Tak Jaga Adab & Etika Ketika Istiadat Konvokesyen

Menurut UiTM dalam satu kenyataan, pihaknya memberi penekanan yang tinggi kepada etika dan adab dalam istiadat sebagai cerminan perjalanan ilmu yang dilalui oleh para graduan bersama pihak universiti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi satu kenyataan memandang serius tindakan bertentangan dengan adab dan etika seorang graduan lelaki semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung yang tular di media sosial pada baru-baru ini.

Menurut UiTM, tindakan graduan berkenaan sama sekali bertentangan dengan adab dan etika istiadat.

“Insiden seumpama itu tidak sepatutnya berlaku” – UiTM

“UiTM memberi penekanan kepada etika dan adab yang tinggi dalam kalangan graduan dan insiden seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

“Antara usaha UiTM dalam penekanan etika dan adalah taklimat yang disampaikan oleh Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen (BPRPK) UiTM semasa pengambilan jubah.

“Graduan diingatkan untuk mematuhi etika sepanjang istiadat berlangsung bermula dari perarakan di luar dewan sehingga pemulangan jubah kepada universiti,” kata kenyataan itu dipetik Harian Metro.

UiTM beri penekanan tinggi kepada etika dan adab

Menurut kenyataan itu lagi, UiTM memberi penekanan yang tinggi kepada etika dan adab dalam istiadat sebagai cerminan perjalanan ilmu yang dilalui oleh para graduan bersama pihak universiti.

“Oleh itu, UiTM berharap semua pelajar yang akan hadir untuk Istiadat Konvokesyen UiTM mematuhi etika dan peraturan universiti,” katanya.

Tular graduan selamba minta Tengku Permaisuri Selangor pandang kamera

Terdahulu, tular di media sosial video seorang graduan lelaki meminta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro Canselor UiTM memandang kamera ketika pengurniaan ijazah pada salah satu sidang.

Tindakan graduan terbabit telah mengundang kecaman ramai yang menyifatkan dia tidak menjaga adab ketika mengambil ijazahnya.

Bagaimanapun, menerusi semakan kami, video berkenaan telahpun diturunkan di media sosial.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.