Ramai Kecam Tindakan 2 Individu Siram Air & Tendang Gelandangan Tidur Di Kaki Lima [Video]
Menerusi video, kelihatan seorang lelaki datang ke arah gelandangan berkenaan untuk meminta beredar sebelum menendangnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu pastinya mempunyai ujian tersendiri yang adakalanya membuatkan diri mereka kurang bernasib baik.
Ujian yang dialami oleh seseorang itu ada ketika memberikan mereka tekanan hidup sehingga terpaksa melalui suatu kehidupan yang sukar seperti menjadi gelandangan dan sebagainya.
Namun siapa pun individu itu dan apa sekali pun nasib mereka, sebagai manusia kita perlu menghormatinya dan tidak melakukan sesuatu perkara yang dipandang serong oleh masyarakat.
Ini kerana kita hidup dalam budaya masyarakat yang penuh adab dan kebaikan serta kesopanan sentiasa dituntut dalam sesuatu perkara yang dilakukan.
Tindakan 2 individu siram dan sepak gelandangan raih perhatian
Baru-baru ini, dua individu telah menjadi perhatian orang ramai apabila dilihat melakukan satu tindakan biadap dan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang lelaki gelandangan.
Menerusi video yang dikongsikan di Reddit, awalnya kelihatan seorang gelandangan dilihat sedang tidur di kaki lima.
Dalam video sama kelihatan seorang wanita yang memakai uniform pengawal keselamatan sedang membuka paip air sebelum menghalakan hos ke arah gelandangan dan menyiramnya.
Ekoran itu, gelandangan berkenaan bingkas duduk sebelum datang lagi seorang lelaki seolah-olah menyuruhnya pergi dari kaki lima itu.
Tendang gelandangan seolah-olah menghalaunya pergi dari kawasan kaki lima itu
Apa yang menjadi perhatian, lelaki berkenaan turut dilihat menendang gelandangan berkenaan sebelum mengambil barangan individu terbabit.
Namun melihat gelandangan itu terpinga-pinga dan masih lagi duduk serta tidak beredar dari kawasan itu, dia kemudian mengambil hos yang berada di lantai lalu menyiram lelaki gelandangan berkenaan.
Tidak lama selepas itu, kelihatan gelandangan itu bangun dan jelas pakaiannya basah lencun akibat disiram oleh lelaki tersebut.
The sad reality of being homeless in Malaysia
Ramai sifatkan ia tindakan tak wajar terhadap seseorang
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan dua individu berkenaan dan menyifatkan ia satu perbuatan yang tidak wajar.
Malah ada yang mengatakan terdapat banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya ingin gelandangan berkenaan beredar dari kaki lima itu.
Ada juga yang bertanya adakah tindakan terhadap gelandangan itu boleh dilaporkan kepada pihak polis.
Video sama turut dikongsikan oleh penyanyi rap, Caprice yang menyifatkan perbuatan tersebut tidak sepatutnya dilakukan.
“Sepak lelaki (gelandangan) tersebut ketika emosinya sedang bersedih. Tiada perasaan”

“Kalau ya pun nak suruh pergi tempat lain, tak payah lah tendang apa semua. Beritahu suruh pergi kalau tak panggil polis. Kena orang tu gila, tak pasal kena masuk hospital.”

“Tak berhati perut langsung pakcik dan makcik ni”

“Sekali pun anda tidak mahu dia berada di situ, awak boleh memintanya pergi dengan baik”

“Guard tu cuma makan gaji je sembur air elok lagi. Yang patut disumpah seranah yang pergi sepak tu”




