fbpx
Now Reading
“Jangan Sampai Sakit Di Dunia, Sampai Akhirat” – Ustazah Asma’ Tegur Wanita Dedah Aurat Di Hospital

“Jangan Sampai Sakit Di Dunia, Sampai Akhirat” – Ustazah Asma’ Tegur Wanita Dedah Aurat Di Hospital

Menurutnya, syarak memang memberikan rukhsah atau kelonggaran ketika keadaan darurat khususnya apabila bahagian tertentu perlu dibuka bagi tujuan rawatan, namun bukan bermakna semua batas aurat boleh diabaikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil menegur segelintir kaum wanita agar menitik beratkan soal penjagaan aurat di hospital meskipun ketika sedang menerima rawatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Ustazah Asma’ menyuarakan kesedihannya apabila melihat ada segelintir wanita yang mendedahkan aurat dengan sengaja atau tidak sengaja di hospital.

“Sedih bila lihat ramai wanita di hospital dedah aurat dengan sengaja atau tidak sengaja. Doktor dan staf lelaki keluar masuk (wad atau bilik rawatan), aurat terlihat begitu sahaja,” katanya.

Memang ada kelonggaran ketika darurat, tapi bukan bermakna semua batas aurat diabaikan

Menurutnya, syarak memang memberikan rukhsah atau kelonggaran ketika keadaan darurat khususnya apabila bahagian tertentu perlu dibuka bagi tujuan rawatan.

Namun, beliau mengingatkan bahawa kelonggaran itu bukan bermaksud semua batas aurat boleh diabaikan.

Ujar Ustazah Asma’, selain bahagian yang benar-benar perlu didedahkan atas sebab perubatan, aurat selebihnya tetap wajib dijaga.

“Jangan sampai saat diuji di dunia, sakit itu sampai di akhirat sana,” katanya lagi.

Kisah Su’Airah Al-Asadiyyah dijamin syurga kerana menjaga aurat walaupun sakit

Beliau pada masa sama turut berkongsi mengenai kisah seorang wanita yang dijamin syurga kerana pertahan aurat saat sakit.

Berikut kisah Su’Airah Al-Asadiyyah yang dikongsikan Ustazah Asma’:

Atha’ bin Abu Rabah berkata: Ibn ‘Abbas r.a., berkata kepadaku: “Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga. Aku menjawab: Sudah pasti!

Ibn ‘Abbas berkata: Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah SAW, lalu dia berkata kepada baginda: Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang), aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah SWT untuk diri ku.

Baginda SAW menjawab: Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan engkau. Wanita itu berkata: Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka. Maka Rasulullah SAW mendoakan beliau.

Atho’ bin Abu Rabih memberitahu Ibn Juraih bahawa dia melihat Ummu Zufar (wanita di atas) yang tinggi lampai dan berkulit gelap di sisi Kaabah.

Hadis Riwayat Bukhari

Siapakah wanita kulit hitam penghuni syurga ini?

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah menyebutkan dalam Fathul Bari bahawa nama wanita ini adalah Su’airah al-Asadiyyah (سعيرة الأسدية). Beliau merupakan tukang sikat kepada isteri baginda, Saidatina Khadijah bt Khuwailid r.a.,

Su’airah al-Asadiyyah, juga dikenali sebagai Ummu Zufar. Beliau seorang wanita sahabat Nabi SAW yang dijamin masuk syurga kerana kesabarannya dan keteguhannya menjaga kehormatan diri. Kisahnya adalah teladan luar biasa tentang iman, kesabaran, dan rasa malu yang mulia.

Kisah ini diambil daripada kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari dan kitab Al-Isobah Fi Tamyiz as-Sahabah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.