Ingatkan EBM Tumbuh Kulat, Rupa-rupanya Ini Penyebab Ada Tompok Putih Pada Susu Beku
Menurut Kaunselor Penyusuan Isya, tompok putih yang terbentuk pada susu ibu (EBM) beku adalah disebabkan oleh kelembapan aslinya yang telah hilang ketika di dalam peti sejuk beku.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selepas melahirkan bayi dalam kandungan, sesetengah ibu, terutamanya mereka yang bekerja perlu mengepam susu badan untuk diberi kepada si kecil ketika tidak berada bersama dengannya.
Susu badan yang diperah (EBM) ini akan disimpan dalam peti sejuk beku dan boleh bertahan sehingga setahun lamanya.
Namun kadangkala mungkin ada ibu ayah yang berasa ragu-ragu dengan keadaan susu beku setelah dikeluarkan beberapa minggu atau bulan kemudian. Rasa macam dah rosak susunya.
Baca Artikel Berkaitan: “Susu Tak Keluar Pun Lagi?” – Pakar Ini Ulas Topik Bila Sebenarnya Susu Ibu Mula Dihasilkan
Baca Artikel Berkaitan: Perlu Ke Suami Bagi Upah Pada Isteri Sebab Susukan Anak?
Baca Artikel Berkaitan: Susu Ibu Waktu Pagi & Malam Ada Kandungan Hormon Berbeza? [Video]
Kaunselor Penyusuan Jelaskan Tentang Masalah ‘Freezer Burn’ Pada Susu Beku
Seperti yang dikongsikan oleh Kaunselor Penyusuan Isya di Threads (@soothesutalk), mungkin ada sesetengah individu menyangkakan tompok-tompok putih yang terdapat pada susu EBM beku ialah kulat.
Namun katanya, tompok tersebut sebenarnya disebabkan oleh ‘freezer burn’ yang berlaku pada susu yang dibekukan.
Ia terhasil disebabkan susu terdedah kepada udara kering ketika di dalam peti sejuk beku dan kebiasaannya terjadi apabila angin tidak dikeluarkan sepenuhnya daripada beg simpanan sebelum dimasukkan ke dalam freezer.
Dia turut menjelaskan bagaimana proses freezer burn boleh berlaku terhadap susu dalam situasi-situasi tertentu.

#1. Kehilangan Kelembapan (Sublimasi)
Isya berkata suhu yang sangat rendah dalam freezer akan menukarkan kandungan air (kelembapan) dalam susu beku terus menjadi wap, proses yang dikenali sebagai sublimasi.
Memandangkan tiada ruang untuk keluar, wap tersebut akan membeku semula menjadi kristal ais yang besar pada permukaan beg atau botol simpanan, seterusnya menampakkan tompok-tompok putih.
“Bila kelembapan asli dalam susu tu hilang, susu di kawasan tersebut jadi kering dan boleh mengubah tekstur dan rasa susu,” jelasnya.
Bukan susu sahaja, freezer burn juga boleh terjadi pada bahan basah lain yang disimpan di dalam peti sejuk beku dengan cara yang tidak betul.
#2. Guna Bekas Tak Kedap Udara
Selain itu, tidak menggunakan bekas kedap udara untuk menyimpan susu atau bekas tidak ditutup rapat juga merupakan punca berlakunya freezer burn pada EBM.
Dalam situasi ini, udara dari dalam peti sejuk beku yang mempunyai kandungan wap air rendah akan masuk ke dalam bekas simpanan dan menjadi terperangkap.
Udara ini yang bersentuhan dengan EBM beku seterusnya akan ‘menarik keluar’ kelembapan daripada dalam susu, dan seperti dalam kes di atas, menyebabkan freezer burn.
#3. Suhu Freezer Tak Stabil
Suhu dalam peti sejuk beku juga akan memberi kesan terhadap susu yang disimpan di dalamnya.
Menurut Isya, suhu freezer yang tidak stabil seperti pada bahagian pintu serta pintu yang kerap dibuka dan ditutup, akan mempercepatkan lagi proses sublimasi.
“Perubahan suhu yang kecil pun dah cukup untuk mencairkan sedikit lapisan luar susu beku, dan kemudian air tu akan membeku semula menjadi kristal ais yang besar, yang menyebabkan freezer burn,” ujarnya.

Susu Dengan Freezer Burn Selamat & Masih Boleh Diberi Kepada Bayi
Mungkin timbul persoalan dalam kalangan orang ramai sama ada susu beku yang telah mengalami freezer burn selamat diminum oleh si kecil.
Isya menerangkan bahawa bayi boleh meminum susu berkenaan, namun ia mungkin mempunyai rasa dan kualiti yang berubah, termasuklah rasa agak berkapur.
Kadar nutrien dalam susu tersebut juga tidak akan berkurangan. Namun disebabkan oleh perubahan rasa dan tekstur yang berlaku, sesetengah bayi mungkin menolak susu yang telah terkena freezer burn.
Tips Untuk Elak Masalah Freezer Burn Pada Susu EBM Yang Dibekukan
Dalam pada itu, Isya turut berkongsi cara-cara yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah susu terkena freezer burn.
Seperti yang dinyatakan tadi, freezer burn terjadi apabila susu terdedah kepada udara kering. Oleh itu, keluarkan semua angin yang terperangkap dalam beg simpanan sepenuhnya sebelum disimpan dalam freezer.
Katanya lagi, beg simpanan juga boleh disimpan dalam keadaan dibaringkan agar membeku dalam bentuk leper.
Selain itu, penggunaan bekas yang bersesuaian juga penting. Gunakan botol atau beg simpanan susu khas yang berkualiti dan boleh ditutup rapat sehingga menjadi kedap udara.
Akhir sekali, stok susu EBM juga boleh disimpan di bahagian paling dalam freezer dan bukan pada bahagian pintu, agar suhu kekal stabil dan sejuk.
View on Threads
Cara Panaskan Susu EBM Yang Disimpan Dalam Freezer
Apabila susu baru dikeluarkan dari freezer, mestilah ia perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum diberi kepada si kecil.
Kaunselor Penyusuan Syuhada sebelum ini telah berkongsi kaedah-kaedah bagi memanaskan susu, iaitu:
- Tinggalkan di luar sahaja selama lima minit sehingga mengikut suhu bilik iaitu antara 20°C ke 22°C.
- Rendam dalam air dengan nisbah dua (2) air biasa dan satu (1) air panas selama lima minit atau mencapai suhu bersesuaian.
- Gunakan pemanas susu khas (milk warmer) yang akan meningkatkan suhu sehingga 37°C ke 40°C, yakni suhu paling optimum.
Sekadar info, susu juga boleh diberikan kepada bayi secara sejuk tanpa dipanaskan dahulu.
Syuhada menjelaskan bahawa bayi boleh diberi susu sejuk sekiranya mereka dapat menerimanya dengan baik.
Ini kerana bayi selalunya sudah biasa dengan susu suam yang dikeluarkan dari payudara ibu.
