fbpx
Now Reading
“Boleh Kena Keracunan” – Longgokan Ayam Mentah Dibiar Tanpa Penutup Di Belakang Pikap Buat Ramai Bimbang

“Boleh Kena Keracunan” – Longgokan Ayam Mentah Dibiar Tanpa Penutup Di Belakang Pikap Buat Ramai Bimbang

Kelihatan ayam mentah itu terdedah sepenuhnya tanpa kotak penyimpanan, atau penutup yang dikhuatiri boleh meningkatkan pembiakan bakteria pada ayam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kes keracunan makanan adalah sesuatu yang pasti mahu dielak oleh semua individu. Ia bukan sahaja boleh membuatkan seseorang cirit-birit atau muntah, malah jika berada di tahap serius keracunan tersebut boleh mengancam nyawa.

Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku disebabkan pengendalian makanan yang lemah, bahan mentah yang tercemar, cara penyimpanan tidak betul dan sebagainya.

Bagaimanapun, masih ada golongan peniaga atau pembekal yang ambil ringan tentang isu itu meskipun banyak posting kesedaran diuar-uarkan selama ini.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Waspada Bila Anak Kecil Keracunan Makanan. Boleh Bawa Maut!

Baca Artikel Berkaitan: “Asal Boleh Masak Je Jual” – Chef Wan Dedah Ramai Peniaga Tak Tahu Cara Betul Kendali Makanan

Pakar Kulit Kecewa Lihat Ayam Mentah Dilonggok Atas Trak Pikap Tanpa Pelindung

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pakar estetik kulit dikenali sebagai Noor Ameera Rahmat berkongsi foto sebuah trak pikap yang mengangkut lauk basah di bahagian truck bed (belakang) tanpa sebarang langkah kebersihan serta keselamatan.

Menerusi foto perkongsian, kelihatan selonggok ayam mentah dibawa di bahagian belakang kenderaan dalam keadaan terdedah sepenuhnya dipercayai tanpa kotak penyimpanan, atau pelindung yang sepatutnya digunakan untuk mengelakkan risiko pencemaran silang.

Ia bukan sahaja berisiko terdedah kepada habuk, malah kotoran, cuaca dan serangga yang boleh menjejaskan kualiti ayam mentah berkenaan.

Lokasi kejadian dipercayai berlaku sekitar persimpangan lampu isyarat di Senawang, Negeri Sembilan.

“Ayam mentah macam ni memang berpotensi ada bakteria. Tapi kalau terdedah, risiko bakteria berkembang lebih cepat,” kata Noor Ameera.

Antara Bakteria Boleh Membiak Melalui Ayam Mentah Yang Terdedah

Menurut Noor Ameera, berikut adalah antara bakteria yang mampu merebak melalui ayam mentah tersebut:

  • Salmonella
  • Campylobacter jejuni
  • Escherichia coli (E. coli)
  • Staphylococcus aureus
  • Clostridium perfringens 

Baca Artikel Berkaitan: Kes Keracunan Makanan: JKN Selangor Kesan Bakteria Salmonella Dalam Sampel Najis

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Jual Kau Pun Nak Jual” – Wanita Kecewa Ayam Bakar Dibeli Di Bazar Ramadan Mentah

Di bawah ini pula adalah antara pencemaran silang yang boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran termasuk udara, asap kenderaan, permukaan jalan dan sebagainya:

  • Pseudomonas
  • Listeria monocytogenes
  • Klebsiella
  • Enterobacter
  • Acinetobacter
  • Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs)
  • Mikroorganisma udara seperti fungus spora iaitu Aspergillus dan Penicillium

Dalam masa sama, tanah, air, hujan, permukaan karat pada kenderaan dan sisa minyak hitam juga boleh mengandungi bakteria Clostridium species, Bacillus cereus dan Streptococcus.

Setiap jenis bakteria yang disebutkan boleh memudaratkan kesihatan individu, merosakkan organ atau memberi kesan buruk terhadap kualiti ayam mentah terbabit.

View on Threads

Orang Ramai Bimbang Lihat Ayam Mentah Yang Tercemar Atas Pikap

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa kecewa dengan sikap individu yang tidak mementingkan kebersihan bahan mentah.

“Bab pengendalian lauk-lauk basah Malaysia gagal betul. Tak tengok daging dekat pasar lagi. Allahuakbar, tak tergamak kadang-kadang nak beli,” kata seorang pengguna Threads.

“Bayangkan ni bekalan ke sekolah. Lepas tu anak-anak makan dekat kantin. Lepas tu keracunan makanan sebab ayam dah ada bakteria. Fuh ngeri,” tambah seorang netizen.

Malah ada yang berkata perbuatan sambil lewa sebegitu membuatkan mereka tidak mahu makan makanan yang dibeli dari luar.

“Sebab ni la saya elak pesan menu berasaskan ayam kalau makan dekat luar. Saya tak percaya proses dan cara mereka kendalikan (bahan mentah) dari pembekal ke dapur. Buat saya rasa meremang. Rela masak sendiri,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga yang berkata air kotor daripada ayam mentah itu boleh terkena kepada orang lain khususnya mereka yang menunggang motosikal di kawasan berhampiran.

“Lagi-lagi darah ayam tu. Buatnya tersimbah pemandu dengan co pilot,” kata seorang individu.

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Telur Ni Elok Ke Rosak?” – Hilang Tarikh Luput? Ini Cara Mudah Semak Tahap Kesegaran Telur Ayam Sebelum Dimasak

Baca Artikel Berkaitan: Dr Malar Kongsi 4 Cara ‘Defrost’ Bahan Mentah Agar Tidak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.