“Parking Dah La Sikit” – Wanita Berang Penganjuran Acara Di R&R Jadi Punca Pengunjung Tidak Dapat Parkir Kereta
Menurut wanita itu, penutupan ruangan parkir untuk kegunaan VVIP majlis menyukarkan pengunjung untuk mencari tempat meletakkan kenderaan di R&R Seremban.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selepas perjalanan yang jauh, sudah tentu pengguna jalan raya mahu berehat sebentar, makan atau menunaikan solat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) berhampiran sebelum meneruskan perjalanan.
Antara R&R menjadi tumpuan ramai pada ketika ini adalah di Seremban kerana reka bentuknya yang lebih moden. Selain surau yang cantik dan luas, R&R itu juga dipuji kerana mempunyai konsep terbuka serta pengudaraan yang baik.
Bagaimanapun, ada juga sesetengah perkara yang membuatkan orang ramai enggan singgah di kawasan itu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] R&R Seremban Kini Lebih Moden Selepas ‘Renovation’
Baca Artikel Berkaitan: Surau R&R Seremban Jadi Yang Pertama Di Lebuh Raya Benarkan Solat Jumaat
Wanita Bengang R&R Seremban Penuh Disebabkan Penganjuran Majlis
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads (@nrllaniss) apabila seorang wanita meluahkan kekecewaannya selepas mengunjungi R&R Seremban.
Jelasnya, penganjuran majlis di R&R tersebut telah membuatkan parkir di kawasan berkenaan begitu terhad lebih-lebih lagi dengan jumlah pengunjung yang ramai.
Menurut wanita terbabit, perkara itu dianggap tidak wajar kerana dia berpendapat R&R bukanlah lokasi sesuai untuk sebarang majlis atau acara.
“Tak faham kenapa asyik buat event dekat R&R Seremban ni. R&R ni tempat singgah makan dan rehat bukan tempat dan ruang event.
“Lepas tu tutup parking dua ke tiga lot sampai ramai susah nak cari parking. Buat parking dah la sikit. Konon VVIP la yang parking dekat kon tu. Menyusahkan orang,” dakwanya.

Turut Persoal Pengunjung Yang Berhenti Lama Di R&R
Wanita itu dalam masa sama turut mempersoal sikap pengunjung yang singgah di R&R dalam tempoh masa yang lama.
“Yang menyinggah pun kalau boleh tiga ke empat jam duduk, yang baru sampai susah nak dapat parking. Nak duduk berjam-jam pergi pusat beli-belah la awak. Makan lepas tu pergi. Janganlah pentingkan diri sangat,” katanya.
View on Threads
Warganet Beri Pelbagai Reaksi Tentang Isu Parkir Terhad Di R&R Seremban
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan pandangan wanita itu.
“Masalahnya parking dah la tak banyak. Kalau dah dia ambil ruang sebesar alam macam tu, mana orang nak letak kereta?” tanya seorang pengguna Threads.
Jelas seorang lagi pengunjung, penganjuran persembahan nyanyian tidak sesuai dilakukan di sana.
“Lagi satu R&R tu untuk orang rehatkan jiwa dan minda. Bukan nak dengar orang memekak busking,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, seorang netizen pula berpendapat bahawa individu yang menghadap perjalanan jauh perlu mendapatkan rehat secukupnya sewaktu singgah di kawasan R&R berkenaan.
“Kalau tak kerana nak singgah solat demi kewajipan, tak kuasa la nak singgah R&R Seremban ni. Cari parking je dah setengah jam. Kita dah la penat perjalanan jauh, kadangkala naik ke Kuala Lumpur sebulan dua kali. Rutin urusan kerja kena juga singgah. Serabut semacam la nak tenang pun tak boleh,” kongsi seorang wanita.






Baca Artikel Berkaitan: “Ini Adalah Ekstravaganza”- Pelancong AS Teruja Lihat R&R Di Malaysia [Video]
Myvi Parkir Di Selekoh Halang Laluan Kenderaan Di R&R Seremban
Pada hari biasa tanpa sebarang penganjuran majlis juga parkir merupakan antara isu utama di kawasan tersebut. Seperti sebelum ini, seorang pemandu lori berasa bengang apabila kereta jenis Perodua, Myvi diparkir di kawasan selekoh R&R yang sama.
Menerusi video perkongsian, kelihatan lori itu tersekat di selekoh akibat kenderaan yang menghalang laluan. Keberadaan Myvi terbabit menyebabkan si pemandu lori tidak dapat berganjak dari situ.
Bukan sahaja menyusahkan pemandu lori, malah kenderaan lain yang berada di belakang juga tidak dapat bergerak hingga menyebabkan kesesakan di R&R tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: “Parking Kereta Kosong Je” – Pemandu Lori Bengang Myvi Parkir Di Selekoh RnR Hingga Halang Laluan
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹
