ISS Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Udara Raih Perhatian Ramai
Menurut ISS, Sungai Kelantan mengalir merentasi salah satu dataran banjir yang paling padat penduduk di Malaysia sebelum menuju ke Laut China Selatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sering berkongsi imej-imej dari udara dan angkasa lepas di media sosial mereka kepada orang ramai.
Tugas utama ISS adalah sebagai makmal penyelidikan yang menjalankan kajian dalam persekitaran mikrogaviti serta sebagai pusat kerjasama antarabangsa untuk penerokaan angkasa lepas.
Pun begitu, semalam (23 November), hantaran yang dimuat naik ISS di Instagram mengenai empat imej air di muka bumi telah menarik perhatian ramai termasuk rakyat Malaysia.
Tular ISS kongsi imej Sungai Kelantan dari udara di Instagram
Hal ini selepas imej ketiga yang dikongsikan makmal penyelidikan gergasi itu memaparkan gambar Sungai Kelantan yang diambil dari ruang udara.

Menurut ISS, Sungai Kelantan mengalir merentasi salah satu dataran banjir yang paling padat penduduk di Malaysia sebelum menuju ke Laut China Selatan.
“Di tebing timurnya, tempat sungai bertemu laut, terletaknya bandar Kota Bharu yang diasaskan pada lewat abad ke-19 dan kini mempunyai kira-kira 570,000 penduduk,” tulis di kapsyen.
Selain imej Sungai Kelantan, ISS turut berkongsi beberapa gambar air di negara lain
Selain Sungai Kelantan, imej air yang dikongsikan ISS dari pos orbit itu turut menunjukkan beting pasir di Bahamas, kawasan kaya biodiversiti di Teluk California di Mexico dan Tasik Pyramid, Nevada di Amerika Syarikat (AS).
Gambar 1: beting pasir di Bahamas

Air jenis berwarna biru di luar pesisir pulau Eleuthera di Bahamas memperlihatkan beting pasir dan bukit pasir tenggelam yang beralun di dasar laut dibentuk oleh arus dan ombak di Atlantik barat.
Gambar 2: Teluk California

Teluk California juga dikenali sebagai Laut Cortez yang memisahkan tanah besar Mexico daripada Semenanjung Baja California. Dari sudut geologi, ia merupakan laut termuda di Bumi, terbentuk sekitar 5 juta tahun lalu akibat aktiviti tektonik.
Gambar 4: Tasik Piramid di timur laut Reno, Nevada

Tasik Piramid terletak di timur laut Reno, Nevada di AS yang dikelilingi tanah gurun yang dramatik dan menjadi lokasi popular untuk aktiviti memancing, berkhemah dan memerhati burung.
“Kelate Mendonia” – Netizen
Memindai ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia dipercayai warga Kelantan berbangga selepas ISS berkongsi mengenai sungai di negeri terbabit.
Tidak kurang juga yang berseloroh dengan menyatakan Kelantan semakin dikenali di serata dunia.






