fbpx
Now Reading
Gara-gara Sering Didesak Berkahwin, Lelaki Cekik Warga Emas Hingga Maut

Gara-gara Sering Didesak Berkahwin, Lelaki Cekik Warga Emas Hingga Maut

Pihak polis mula menjejaki suspek selepas penemuan mayat seorang wanita tidak dikenal pasti pada 14 November lalu berhampiran tepi jalan di persimpangan tiga Nagla Bhus di kawasan Chandpa, daerah Hathras, Uttar Pradesh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seorang lelaki di Hathras, India didakwa mencekik seorang wanita warga emas hingga mati kerana mendesaknya untuk berkahwin.

Memetik agensi berita NDTV, suspek yang telah berjaya ditahan polis pada Ahad lalu itu dikatakan tidak tahan apabila mangsa sering mengajak lelaki itu untuk menikahinya.

Mayat warga emas ditemui 14 November lalu

Pihak polis mula menjejaki suspek selepas penemuan mayat seorang wanita tidak dikenal pasti pada 14 November lalu berhampiran tepi jalan di persimpangan tiga Nagla Bhus di kawasan Chandpa, daerah Hathras, Uttar Pradesh.

Menurut polis, susulan penemuan mayat itu, 10 pasukan ditubuhkan untuk mengenal pasti mayat terbabit dan menjejaki suspek yang membunuhnya.

Pihak polis kemudiannya mengenal pasti mangsa sebagai Joshina yang berusia 60 tahun.

Suspek berjaya ditangkap selepas polis teliti rakaman kira-kira 1,000 CCTV

Menurut seorang pegawai kanan polis, suspek dikenali sebagai Imran, 45, berjaya dikesan selepas pihaknya meneliti rakaman daripada kira-kira 1,000 kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lima daerah.

Ujar pegawai itu, Imran kemudiannya telah ditangkap berhampiran sebuah jambatan di Hathras dan telefon milik mangsa turut ditemui selepas dia menunjukkan lokasinya.

Ketua Polis Daerah, Chiranjeev Nath Sinha berkata, suspek sebelum ini pernah membantu menguruskan perkahwinan anak perempuan Joshina.

Memandangkan keluarga mentua Imran tinggal berdekatan kediaman Joshina di Bengal Barat, kedua-duanya sering berjumpa dan dipercayai menjalinkan hubungan.

Joshina desak Imran untuk berkahwin dengannya, namun suspek tolak

Pegawai itu berkata, Joshina pada 10 November lalu tiba dari Kolkata untuk menghadiri majlis perkahwinan cucunya dan telah melawat rumah Imran sambil didakwa mendesak lelaki itu supaya berkahwin dengannya.

Bagaimanapun, Imran menolak kerana dia sudah mempunyai isteri dan anak-anak.

Ketika disoal siasat, Imrah memberitahu polis bahawa dia keluar bersama Joshina pada 13 November dengan alasan ingin menghantarnya pulang ke Kolkata.

Namun, mereka menaiki bas menuju Agra sebelum turun di persimpangan tiga Nagla Bhus di Hathras.

Polis berkata, Imran mengaku mencekik Joshina hingga mati di lokasi tersebut untuk ‘melepaskan diri daripadanya’ dan kemudian cuba membuatkan kelihatan seolah-olah orang lain yang melakukan jenayah itu dengan mengoyakkan pakaian mangsa sebelum melarikan diri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.