fbpx
Now Reading
Asal Viral Je Serbu! Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP Hukum Makan Di Restoran Tiada Logo Halal

Asal Viral Je Serbu! Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP Hukum Makan Di Restoran Tiada Logo Halal

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menasihati umat Islam agar memilih restoran yang mempunyai sijil halal oleh JAKIM atau JAIN bagi mengelak sebarang keraguan dan syuhbhat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Di zaman ini, ada sahaja restoran atau warung tepi jalan yang tular di media sosial dan menarik perhatian ramai rakyat Malaysia untuk mencubanya.

Tidak dinafikan, ada sesetengah restoran atau kedai makan viral ini tidak mempunyai sijil atau logo halal yang diperakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) namun dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan beragama Islam.

Perkara sebegini tentunya menimbulkan persoalan mengenai hukumnya di dalam Islam.

Pejabat Mufti WP jelaskan hukum makan di restoran tiada logo halal

Susulan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) tampil memberi penjelasan mengenai hukum makan di restoran tiada logo halal.

Hal ini selepas seorang individu meminta penjelasan mengenai soalan ‘bolehkah makan di restoran viral di shopping mall yang tidak ada logo halal tetapi ramai orang Melayu makan?’.

Foto: Pexels

Menurutnya, hukum mencari yang halal adalah wajib, namun makan di restoran yang tidak mempunyai logo halal sama ada di pusat membeli-belah mahupun di tepi jalan adalah diharuskan selagi makanan tersebut diyakini tidak mengandungi bahan yang haram dan proses penyediaannya menepati kehendak syarak.

“Sekiranya terdapat keraguan berkenaan status halal makanan tersebut, maka perlu ditinggalkan dan mencari restoran makanan halal yang lain,” katanya.

Umat Islam dinasihatkan pilih restoran yang ada sijil halal, elak keraguan

Bagaimanapun, Pejabat Mufti WP turut menasihati umat Islam agar memilih restoran yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi mengelak sebarang keraguan dan syubhat.

“Sebagai pengguna muslim, kita perlu berusaha mencari yang halal dan menjauhi sebarang perkara yang meragukan kerana ia lebih dekat kepada takwa,” katanya lagi.

Pejabat Mufti WP turut berkongsi panduan untuk memilih makanan dan minuman di luar negara seperti berikut:

  • Mencari restoran atau kedai makan yang menyediakan makanan halal atau mempamerkan logo halal.
  • Pastikan makanan dan minuman yang dibeli tidak mengandungi bahan yang diharamkan.
  • Elakkan diri daripada membeli makanan atau minuman yang diragui kehalalannya.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.