fbpx

“Agama Bukan Penghalang” – Keluarga Bukan Islam Ziarah Kubur Arwah Ahli Keluarga Undang Sebak [Video]

Keluarga berbangsa India itu dilihat menaburkan bunga-bunga dan hirisan daun pandan di kubur arwah yang beragama Islam, serta meletakkan kalungan bunga malai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Cinta ibu tiada penghujungnya. Bukan sekadar membesarkan anak dalam kandungan selama sembilan bulan, tetapi seorang ibu juga mendidik dan mengasuh buah hatinya sehingga dewasa.

Malah walau apapun pilihan seorang anak, rata-rata ibu kebiasaannya akan tetap menyayangi dan memberi sepenuh sokongan kepada mereka.

Ini termasuklah dalam keadaan seseorang anak yang telah membuat pilihan untuk menukar ke agama lain.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Berbangsa Cina Raih Pujian Besarkan 3 Beradik Melayu Seperti Anak Sendiri & Tetap Sediakan Pendidikan Islam

Hantaran Keluarga India Ziarah Kubur Arwah Beragama Islam Tular Di Media Sosial

Seperti yang tular di TikTok (@harieight) baru-baru ini, sebuah keluarga kaum India telah menziarahi kubur Islam yang menempatkan salah seorang ahli keluarga dikenali sebagai Arjuna.

Difahamkan mereka mengamalkan kepercayaan agama Hindu, manakala arwah pula telah memeluk agama Islam.

Kesedihan yang dirasai oleh seisi keluarga itu jelas terpapar. Namun lebih meruntun hati lagi apabila kelihatan ibu arwah mencium kubur seraya menangisi pemergiannya.

Seperti kebanyakan orang, mereka turut menaburkan bunga-bunga dan hirisan daun pandan di kubur berkenaan. Kelihatan juga mereka meletakkan kalungan bunga malai yang kebiasaannya membawa simbol hormat dan kasih-sayang.

Dalam masa sama, keluarga itu turut membersihkan dan menyiram kubur tersebut. Malah ibu kepada arwah turut menyiram air pada batu nisan.

Hantaran itu telah mencecah lebih 896,000 tontonan dengan sekitar 31,300 tanda suka.

@harieight Rest in peace my brother🥲🫂❤️#fyppppppppppppppppppppppp #brother #riplegends ♬ original sound – Hari karan

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Kagum Keluarga Masih Sayangkan Arjuna Walau Berbeza Agama

Menjenguk di ruangan komen, orang ramai turut terasa hiba saat melihat ibu arwah yang mereka gelar sebagai Amma menangisi pemergiaannya.

“Kasih sayang ibu pada anak yang tiada penghujung. Amma dan keluarga, terima kasih sebab tetap sayangkan Arjuna walaupun dia berbeza agama,” kata seorang individu.

Di samping itu, warganet juga memuji keluarga itu kerana masih menyayangi arwah walaupun telah memasuki Islam, malah sehingga menziarahi kuburnya.

“Hormat keluarga ni, anak masuk Islam pun masih baik. Ni mesti arwah sangat-sangat baik orangnya,” kata seorang pengguna media sosial.

Mereka turut mensedahkan Al-Fatihah kepada arwah serta mendoakan agar dia dimasukkan ke syurga kelak.

Dalam masa sama, ramai juga yang menyatakan bahawa arwah masih memiliki doa ibu walaupun telah meninggal dunia.

“Doa ibu walaupun dah tukar agama, masih tak terputus,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok

Ahli Keluarga Turut Terlibat Dalam Urusan Pengebumian Arjuna

Menerusi satu video lain yang dikongsikan, dapat dilihat keluarga itu turut bersama-sama menguruskan kematian Arjuna termasuklah ketika di masjid.

Bukan itu sahaja, kelihatan juga ahli keluarga lelaki yang lain sama-sama mengangkat jenazah ke tanah perkuburan dan menggali kubur bagi tujuan pengebumian.

Dalam masa sama, mereka turut mengadakan upacara keagamaan tersendiri bagi menghormati pemergian Arjuna.

@harieight Rest in power my king👑🫂💔#mybrother #imissyou #Archunan#setapak #fyp #solofighter⚔️ ♬ original sound – Hari karan

Tonton video penuh [DI SINI].

Tiada Larangan Non-Muslim Masuk Tanah Perkuburan Islam

Terdahulu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa tiada sebarang dalil yang melarang orang bukan Islam daripada memasuki tanah perkuburan Islam, lebih-lebih lagi jika berniat baik.

“Mereka juga dialu-alukan untuk datang jika untuk menziarahi kubur saudara-mara mereka, namun sebarang amalan ritual keagamaan bukan Islam adalah dilarang sama sekali,” ujarnya.

Malah, para ulama juga telah menyebut bahawa orang bukan Islam tidak dilarang daripada bersama-sama mengiringi jenazah orang Islam ke tanah perkuburan dan mendoakan kesejateraannya.

Pun begitu, orang bukan Islam seharusnya mengikut adab-adab tertentu ketika menziarahi tanah perkuburan Islam, termasuk:

  • Memakai pakaian yang sopan.
  • Tidak duduk di atas binaan kubur, melangkah dan memijak tempat jenazah ditanam.
  • Tidak meludah dan perkara-perkara lain yang boleh mengotorkan kawasan kubur.

Baca Artikel Berkaitan: “Sebab Nak Jimat Tanah” – Ramai Tak Pernah Tengok, Kubur Bertingkat Di Penang Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “First Time Tengok” – Proses Kebumi Jenazah Di Tanah Kubur Jenis Pasir Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Perjelas Hukum Binaan Kekal Di Atas Tanah Kubur. Boleh Ke?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.