“Sampai Macam Tu Sekali” – Ramai Terkejut Lihat Aksi Wanita Meniarap Kerana Mahu Curi Parcel [Video]
Melalui rakaman video yang tular, dapat dilihat wanita itu cuba mengambil sesuatu dari dalam gril namun tidak berjaya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, ramai yang lebih senang membuat pembelian barang secara dalam talian.
Manakan tidak, harga yang ditawarkan kebiasaannya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga barangan di kedai fizikal.
Namun sejak belakangan ini, ada sesetengah pembeli yang sering mengadu barang yang dibeli secara online tidak sampai ke tangan mereka.
Manakan tidak, ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab selamba ‘mengambil’ parcel atau bungkusan yang dihantar kepada si penerima.
Wanita Gigih Meniarap Semata-Mata Mahu Ambil Parcel Depan Rumah Orang
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perbuatan tidak bertanggungjawab seorang wanita.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di TikTok @syahanahana, kelihatan wanita berkenaan pada mulanya menghampiri pintu grill kediaman pemilik video tersebut.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat wanita itu cuba mengambil sesuatu dari dalam gril namun tidak berjaya.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia kemudiannya dilihat gigih meniarap dan bersusah payah menggapai barang yang mahu diambil sebelum berjaya melarikan diri bersama bungkusan yang diambil.
Pemilik Video Dakwa Parcel Hanya Mengandungi Ubat Ulser, Pelaku Bukan Dari Kalangan Jiran-Jiran
Kongsi pemilik video berkenaan di ruangan komen, parcel yang diambil oleh wanita berkenaan hanyalah mengandungi gel bagi mengubati ulser.

Malah dakwanya, si pelaku bukanlah dari kalangan jiran di kediamannya memandangkan individu yang menetap di situ amat baik.

Difahamkan, si pelaku membuat perbuatan tidak bertanggungjawab itu ketika pemilik rumah sedang keluar bekerja.
@syahanahana Buat kerja time orang keluar bekerja
♬ why? why? Exciting cute BGM – NaruIDEA
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Geram Lihat Tindakan Si Pelaku Curi Parcel
Perkongsian yang telah mendapat lebih 162,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram melihat tindakan wanita yang selamba mengambil parcel dari rumah orang lain.
Malah, ada yang terkejut dengan kegigihannya yang sanggup meniarap dan tidak putus asa untuk mengambil bungkusan tersebut.
Bukan itu sahaja, ada sesetengah pengguna media sosial yang turut memberi pendapat mengenai penjagaan keselamatan kepada pemilik video terbabit agar kejadian sama tidak berulang.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Ya Allah Gigihnya! Dengan Kemahiran Dia Tu, Pergi La Apply Kerja Kosong Mana-Mana Bengkel, Tukar Minyak Hitam, Gaji Pun Berkat”

“Patut Pasang CCTV Ada Speaker, Time Tengah Terlentang Tu, Tegur Dia”

“Buat Report Polis Sis, Tempat Kami Sebelum Ni Selalu Parcel & Makanan Hilang”

“Kena Pasang Jaring Halus Yang Tebal Sikit, Biar Dia Tak Boleh Nak Seluk”

“Sanggup Tu Sampai Meniarap Dekat Lantai Semata-Mata Nak Ambil Barang Orang”

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Shopping Dia Buat” – Wanita Didakwa Curi Parcel Di Sebuah Kondominium Di KL [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular 2 Gadis Kantoi Curi Parcel Rumah Orang Lain Di Johor Bahru



